Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, November 24, 2009

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA

Hari Raya Aidil Adha telah di tetapkan pada 27 November 2009 iaitu hari Jumaat.
Surau Al Husna dijangka akan melaksanakan korban sebanyak 5 ekor lembu dan 1 ekor kambing. CORRECTION - 6 ekor lembu dan 1 ekor kambing.
Seperti biasa tentu agak kalut kalau orang tak ramai sebab hari Jumaat. Kena siapkan sebelum pukul 12:00 sebab Zohor masuk pukul 13:00.
Nampaknya tahun ni jadi tukang tengok dan tukang ajar. Kang tak pasal pasal lepak kat wad lagi minggu depan. Insyaallah akan update gambar Majlis Korban tu nanti.
Hasil perbincangan AJK, korban akan dilaksanakan pada hari Sabtu 28 Nov 2009 mengelakkan terkejar solat Jumaat.
Semua akan mula berkumpul dari jam 07:15.

Penyembelihan bermula jam 8:30. Lembu sampai pagi pukul 7:45. Semua selesai 11:30. Pelapis pelapis termasuk anak-anak aku membantu sesangat korban kali ini. Baguslah. Kami cuma memberi tunjuk ajar caranya sahaja.

Wednesday, November 11, 2009

SERUPA TAPI TAK SAMA

SERUPA TAPI TAK SAMA. Terdapat perbezaan dalam dua gambar di bawah. Sila cari perbezaan tersebut.
Terbaca kisah dalam surat khabar pasal kes suami tikam isteri. Dah berumur, gambar bawah menunjukkan suspek di tangkap.
Ni Gambar dari Utusan Malaysia.

Dan ini dari The Star

Thursday, October 29, 2009

Pemilik gedung terkemuka 'Harrods', Mohamed Al-Fayedh ingin menjadi Presiden negara Scotland yang merdeka.

INI AL FAYEDH

INI ADLI AHMED FAYEDH

INI bukan angan-angan Mat Jenin.
Syarat Fayedh cukup mudah: "Rakyat Scotland mesti melupakan keluarga Di-Raja Britain".
Ini kerana semua urusan perlantikan termasuk pelantikan First Minister of Scotland (berperanan sama seperti Ketua Menteri atau Menteri Besar) masih tertakluk di bawah bidang kuasa Raja dan dalam kes ini ialah Ratu England iaitu Queen Elizabeth II.
Al-Fayedh yang merupakan seorang berketurunan Arab Mesir mendakwa beliau sebenarnya berkongsi keturunan dengan warga Scotland.
Fayedh juga berkata dia akan membeli Istana Balmoral milik Ratu dan mentransformasikannya ke sebuah muzium selepas Scotland berpisah dengan United Kingdom.

Tuesday, October 13, 2009

AKTIVITI HARIRAYA PADA SABTU DAN AHAD

SABTU (GAMBAR TAK SEMPAT AMBIL)
MAJLIS HARI RAYA SURAU AL-HUSNA SEKSYEN 20.
BERMULA PAGI SIBUK PERSIAPAN SERTA KITAR SEMULA.
MENU-MENU ADALAH:
KAMBING PANGGANG (2 EKOR)
RENDANG AYAM
TALAPIA GORENG
NASI IMPIT
LAKSA
CHAR KUEY TEOW - MASAK ON THE SPOT (FAYEDH SIBUK MEMBANTU AYIE)
KUIH MUIH

AHAD - MAJLIS HARI RAYA TABM.
SAMBUTAN KOMPANG MENYAMBUT KETIBAAN VIP
MENU UTAMA - KAMBING PANGGANG 4 EKOR
PEMBERIAN WANG ANGPAU KEPADA ANAK-ANAK DAN PEKERJA BUJANG
HADIAH CABUTAN BERTUAH, KARAOKE DAN PERTANDINGAN MENGANYAM KETUPAT.
SEBAB KENA HANTAR HARITH BALIK, KAMI MENINGGALKAN MAJLIS PADA JAM 13:30.

Monday, October 12, 2009

PRK BAGAN PINANG

PAS terima kekalahan tapi salahkan sistem undi pos
PORT DICKSON: PAS menerima kekalahannya pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang semalam, namun menyatakan undi pos sebagai antara faktor parti itu gagal merampas kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu.

Naib Presiden PAS yang juga Pengarah Induk Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang, Salahuddin Ayub, mendakwa kekalahan parti itu juga disebabkan rasa takut terhadap gangsterisme yang menyukarkan PAS mendekati 13,664 pengundi di kawasan itu.

"PAS terima keputusan ini tapi terus iltizam perjuang sistem undi pos lebih telus," katanya kepada pemberita di Markas Induk PAS di sini sejurus keputusan pilihan raya kecil itu diumum yang menyaksikan Tan Sri Isa Samad (BN) menewaskan Zulkefly Mohamad Omar (PAs) dengan majoriti 5,435 undi.

Isa, yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan mendapat 8,013 undi manakala Zulkefly Mohamad, yang juga Pensuruhjaya PAS negeri, mendapat 2,578 undi.

Bagi undi pos, BN mendapat 3,521 undi, manakala PAS memperoleh 601 undi daripada keseluruhan 4,604 pengundi pos yang terdiri daripada 4,571 tentera dan selebihnya anggota polis. BERNAMA

AKU BUAT KIRA-KIRA - KALAU 50% DAI UNDI POS YANG ISA SAMAD DAPAT PEGI KE PAS,
PAS AKAN DAPAT 4338 DAN ISA DAPAT 6252.

UNDI POS BUKAN PENENTU MUTLAK. PR KENA BUAT POST MORTEM KENAPA JADI MACAM TU. ADAKAH ISU DI SELANGOR - PERANG HASSAN ALI DAN KHALID SAMAD JADI PUNCA? ISU KUIL? DAN MACAM MACAM LAGI.....

Cerita Dolu Dolu