Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, October 07, 2009

TETAMU HARIRAYA AIDIL FITRI

Pada Sabtu 3 Oct dan Ahad 4 Oct kami menerima tetamu. Berjadual dan tidak berjadual. Alhamdulillah - kehadiran tetamu bermakna memberi cahaya kepada rumah dan seisi keluarga.
TETAMU HARI SABTU

TETAMU HARI SABTU
TETAMU HARI AHAD - STAF OFFICE DATANG MENGEJUT

ANTARA MENU YANG DI HIDANGKAN

Wednesday, September 30, 2009

ISU ARAK DI SELANGOR


Semalam ada dinner dengan Work Council dan Management di Restoran Tasik Indah, Shah Alam. Biasalah.... sampai aje bos tanya ada beer tak? Tasik Indah dari dua bulan lepas (sebelum puasa) telah tidak menghidangkan minuman beralkohol jika tidak anugerah retoran halal dan mungkin juga lesen dari MBSA akan di tarik balik - kata pekerja di situ. OK aper.... ramai jugak pelanggan yang makan dan bagus jugaklah. Takde sesapa nak cerita apa perbedaan PR ngan BN dalam kes ni ke?..... takyah kecoh tapi berhasil. Pelanggan dorang ni pun ramai orang Islam jadi memang takde isu pun. Aku rasa ramai tak tau..... Tak tau lah lepas ni kepoh pulak lepas aku tulis ni....

Monday, September 28, 2009

Aidil Fitri Syawal 1430H

1 Syawal - Solat hari raya di Seksyen 19 - Masjid Ubudiyah. Lepas solat pergi ke Pandan Indah ke rumah mak mertua.
11:00 - Pergi ke rumah arwah pak mertua. Abang ipar dan kak ipar ada disana
12:00 - Pergi rumah mama di Lembah Jaya.
Lepas solat zohor pergi rumah makcik d iMasjid Al Aman.
15:30 - Pergi rumah makcik di Ampang Indah dan kemudian ke Keramat AU3.
Malam - Balik rumah.
2 Syawal - sambung kemas rumah.
3 Syawal - pergi rumah makcik di Kajang, Petang anak buah datang rumah. Malam makcik datang rumah bawak anak-anak dia.
Bergambar bersama makcik dan anak-anak.

4 Syawal - Pagi pergi kerja settle gaji pekerja. Adik dan sepupu datang rumah. Malam pergi rumah makcik di Subang Perdana.
5 Syawal - Pagi hantar gaji ke bank. Pergi rumah adik kat Bukit Mahkota dan sepupu di Salak Tinggi.
6 Syawal - Lepas solat Jumaat lepak kat rumah
7 Syawal - Adik dan mama datang tengahari. Petang ipar duai datang pulak. Masak sup tulang.
MENU UNTUK STAF
DAN JIRAN-JIRAN

Menu : Nasi impit, kuah lodeh, ayam masak merah, kari daging dengan roti arab, sambal tumis ikan bilis
8 Syawal - prepare kot-kot orang datang, sebab staf cakap nak datang. Alih-alih jiran yang ramai datang. Staf adalah dua orang. Yang beria-ia kata nak datang kensel (ni semua CELCOM punya pasal - info lewat)
8 Syawal - Start kerja balik.

NOTA : Tahun ini tak buat ketupat atau rendang. Rumah siap hari Jumaat, sehari sebelum raya. Kemas pun tak abis.

Monday, September 21, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430h

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430H
MAAF ZAHIR DAN BATIN



DARI KAMI
MAHYUDDIN ABD KARIM
AZANITA CHE WAN
SERTA

Dari kiri ' Adli Aiman, Adli Harith, Azanita, Mahyuddin, Adli Ahmed Fayedh

ADLI HARITH
ADLI AIMAN
ADLI AHMED FAYEDH

Sunday, September 06, 2009

RON 95 atau RON97?

Seperti dah semua maklum, rega minyak dah naik lagi.... naik ke turun ke entah penin kepala....

Ramai bertanya pasal pilihan minyak ni. Seperti yang dapat kat e-mail, MTM (Motor Traders Malaysia) ada keluarkan senarai kenderaan yang boleh dan tak boleh guna RON95(kena pakai minyak mahal ye...)

Kesimpulannya : Kereta yang HIGH PERFORMANCE seperti TYPE-R atau M-BENZ SLK ataupun TURBO CHARGED jangan nak memandai pakai RON95. Cuma aku musykil macamana SUZUKI - SWIFT SPORTS dan GRAND VITARA takleh pakai RON95 tak taulah. Kebanyakan kereta boleh pakai RON95 kecuali geng-geng Peugeot kalu tak silap. Volvo mungkin ada kesan jangka panjang dari segi performance - kalau korang biasa henjut dari KL ke IPOH 1 jam, baik guna RON97.

Aku pun tanyalah mekanik aku sebab kereta aku tak tersenarai dalam list tu - dia cakap, dia pun tak pasti tapi sebab aku punya ESTIMA SUPER CHARGER, baik guna RON97 takut nanti ada effect jangka masa panjang. Aduhai......

NOTA KAKI: Oleh kerana travellinh allowance kat company guna harga minyak di pasaran sebenar, aku ngan staf aku nampaknya kena kira RM2.05/liter dan orang lain kena kira RM1.80. Memo terpaksa di keluarkan sebab - dah ada yang dengan bangga dok hint kat staf HR - "Rega minyak dah naik!" - "boleh Blah! Ko naik motor macam ler takleh pakai RON95". Tu yang terpaksa tunjukkan list tu.... padan muka korang....

Cerita Dolu Dolu