Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, June 05, 2009

BERNAMA TV ASTRO 502 jam 21:27

Berita bertulis di kaki TV menyatakan 'MB' Perak Dr Zambry berharap kerajaan Persekutuan meluluskan permohonan mengujudkan Pusat Jantung (ni macam IJN ler kot?) di Perak.

Semua harus harus setuju terutama orang Perak. Ramai dah kena sakit jantung sebab permakanan kurang sihat. Banyak makan roti canai dan minum teh tarik agaknya.

Saya raswa benda ni tidak patut di politikkan oleh sesapa pun. Pusat ni amat amat di perlukan lebih lebih lagi selepas PRU13 nanti.

Tuesday, June 02, 2009

MARI BELAJAR MENGIRA

Keputusan Penanti bukan kayu ukur populariti parti - Najib
PULAU JEJU (Korea Selatan): Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Penanti semalam bukanlah kayu ukur populariti mana-mana parti politik.

Perdana Menteri berkata ia juga satu kemenangan yang tidak merangsangkan daripada dua segi iaitu bilangan pengundi yang keluar mengundi menurun kepada kurang 50 peratus, dan majoriti yang diperoleh PKR merosot kira-kira 1,300 undi - statement ni yang aku tak paham - sila rujuk kira-kira kat bawah.

Beliau turut menyifatkan kemenangan PKR mengalahkan calon Bebas itu sebagai bukan satu kemenangan mutlak atau kemenangan yang boleh dibanggakan.


- Mar 2008 Fairus (PKR) 7,346 Datuk Jalil (BN) 5,127 - Majoriti 2,219
Jumlah pengundi 15,384 tapi yang keluar 12,473

- May 2009 Mansor (PKR) 6,052 Bebas (494, 392, 56) - Majoriti 7,100
Jumlah pengundi 15,384 tapi yang keluar 7,100

Peratusan - 2008 PKR 59% BN 41%
2009 PKR 85% Bebas - 7% 6% dan 1% (2% rosak?)

Monday, May 25, 2009

ALMARHUM CHE WAN BIN CHE SAID

Pada 15 Mei 2009 jam 10:00 pagi ayah mertua Che Wan Che Said telah kembali ke rahmatullah. Hari Jumaat, merupakan hari yang baik. Pada pagi di beritakan beliau sesak nafas dan pergi ke klinik berhampiran menaiki motor. Doktor kata tekanan darah agak tinggi dan mengesyorkan ke hospital tapi tidak di persetujui. Dia kemudian singgah kedai dan minum kopi, balik ke rumah dan duduk di kerusi malasnya. Agak sesak nafas dan di nasihatkan mengucap oleh ibu. Dia kemudian terus mengucap dan meninggal tanpa di sedari. Tidak pernah sakit kuat atau masuk hospital. Apabila doktor di panggil untuk mengesahkan kematian, jiran jiran menafikan kerana mereka nampak aruah pergi menaiki motor dan minum di kedai pada pagi tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Solat jenazah di adakan selepas asar di Masjid AU3 dan di kebumikan di tanah perkuburan AU4.
Alfatihah

Thursday, May 14, 2009

BERANI KE TAK BERANI?

Najib: BN tidak khuatir hadapi pilihan raya baru di Perak

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) tidak bimbang untuk menghadapi pilihan raya baru di negeri Perak jika diadakan

Teng dibidas cadang DUN Perak dibubar

IPOH: Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan hari ini dibidas kerana mencadangkan agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan, satu kenyataan yang dianggap boleh menimbulkan pergeseran dalam Barisan Nasional.


Saya sudah musykil. . . .

Wednesday, May 13, 2009

Tidak ada kerajaan efektif di Perak?

IPOH: Tidak sampai 24 jam selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memberikan status memihak kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam, krisis politik Perak yang dilihat belum menemui jalan penyelesaian, memasuki bab baru tengah hari tadi.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional (BN) berjaya dalam usahanya untuk menagguhkan keputusan semalam sehingga Mahkamah Rayuan mendengar rayuannya kelak.

Zambry dilantik menerajui kerajaan negeri Perak pada 5 Februari lalu menggantikan Nizar dari Pakatan Rakyat.

Ekoran keputusan semalam, Zambry berkata, beliau mengosongkan Pejabat Menteri Besar dan tidak hadir majlis kurnia pingat di Istana Iskandariah pagi tadi sebagai tanda hormat keputusan semalam.

Sambil menegaskan mahu menjalankan tugas Menteri Besar seperti biasa mulai hari ini dan memasuki pejabat pagi esok, Zambry memberitahu, "dalam kes ini bukan saya yang saman Nizar, Nizar yang mempertikaikan status saya."

Beliau memberi gambaran statusnya masih sahih kerana dilantik Sultan.


KEADAAN MAKIN MEMENINGKAN KEPALA SEMUA ORANG..... ADUHAI....

Cerita Dolu Dolu