Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, December 19, 2006

Cuti Cuti Sekolah #2


Pada 16 Dec dan 17 Dec kami sekeluarga bersama keluarga adik serta rakan sekerja isteri telah pergi ke Sg Congkak untuk sessi perkhemahan yang telah di rancang. Kami seperti biasa bertolak awal untuk memastikan tempat yang sesuai walaupun telah menelefon Wak Borhan, pengusaha taman rekreasi di sana. Kami tiba pada jam 10:30. Chalet (untuk simpan barang dan makanan kami ambil juga.... RM30.00).
Di sebabkan masih awal, anak-anak bermandi manda sambil kami menyiapkan khemah. Tengahari makan mihun goreng yang dibawa dari rumah.
Adik saya tiba jam 13:30 beserta anak-anak buah. Di ikuti pula oleh rakan pada jam 16:30.
Cuaca yang kurang menentu membantutkan sedikit keceriaan terutama rancangan BBQ di luar. Akhirnya kami buat BBQ di bawah pondok.
Menu makan malam -
BBQ ayam, ikan, sotong, udang serta seperti biasa hotdog.
Telur dadar
Sayur kobis goreng
Nasi putih
Sambal sardin
Walaupun malam dingin, agak selesa juga di bawah pondok. Selepas selesai, anak-anak pergi membasuh pinggan makan - bagus, belajar berdikari.
Tiba-tiba terdengar jeritan, ingatkan apa? Rupanya ada yang ternampak belut dan menyangkakan ular..... ceh !
Keesokan hari sesudah solat subuh, anak-anak tidak sabar untuk mandi.
Menu sarapan pagi pula merupakan
telur rebus + mayonis
scramble egg
hotdog goreng
roti
nasi goreng
sambal sardin
Anak-anak ada yang terus mandi sehingga jam 12:00 masih tidak keluar dari dalam air - sejuk giler air di situ..... kejernihan air di waktu pagi berkurangan seiring dengan pertambahan pengunjung menjelang tengahari.
Tengahari kami sambil ada yang sedang bersiap untuk pulang, juga ada yang bersiap untuk makan tengahari. Dua keluarga lagi hadir untuk bersama kami. Mereka membawa
Nasi goreng dan kudapan.
Kami menambah menu tengahari dengan
Ayam (BBQ) masak kicap
Ikan (BBQ) masak cili
BBQ - ayam, hotdog dan burger.
Nasi putih
Menjelang jam 14:00 semua sudah bersiap untuk berkemas. Kami akhirnya meninggalkan Sg Congkak pada jam 15:30 dalam cuaca yang terang.
Sempat singgah membeli pucuk paku.
Anak-anak tidur kepenatan dalam perjalanan pulang yang mengambil masa tidak sampai 1 jam itu.
NEXT! Jom Camping ke Janda Baik pulak!

Wednesday, December 13, 2006

Cuti cuti Sekolah

Percutian sekolah yang bermula sejak dari 18 November tidak memberikan banyak impak kepada kami sekeluarga. Maid aku balik bercuti dan kembali dari bercuti pada 25 November 2006, so weekend sibuk kemas rumah ajerlah. Akhirnya setelah hampir sebulan, destinasi di pilih untuk percutian pada minggu lepas. Kesibukan di tempat kerja menyebabkan cuti pun tak dapat nak ambik. Harapkan cuti hujung minggu aje lah.
Isnin 11 Disember, sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor 'Daulat Tuanku !' kami sekeluarga pergi bercuti ringkas. Ringkas bermakna, tempat yang dekat dan boleh balik hari. Dengan keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu, percutian panjang sukar di rencanakan. Kami pergi ke Zoo Negara. Akhir pergi ke sana pada tahun 2000 (Hari Raya ke tiga kot?). Setelah sekian lama dan menariknya, jadual telah di tetapkan tetapi terdapat artikel kurang ceria di dalam akhbar KOSMO seminggu sebelumnya berkenaan Zoo Negara yang di katakan tidak terjaga - binatang dah tiada, aquarium yang kosong dsbnya. Agak mengurangkan keceriaan ke sana.
Gambar lain di Zoo Negara - klik gambar
Kami tiba pada jam 10:00 dan bermula dari melihat laluan ke sebelah kiri - zirafah, gajah dsbnya. Keseluruhan lawatan mengambil masa 4 jam sahaja. Jarak yang dekat dari rumah. Keluasan Zoo Negara yang tidak terlalu besar memberi lawatan secara santai.
Banyak benda yang jika di lihat dari lawatan terdahulu memberi kesan. KFC dah tiada lagi di ZOO tetapi ada Marrybrown. Restoran KFC dah jadi tempat burung. Penguin - tinggal beberapa ekor dan kolam penguin tengah repair. Aquarium? banyak sedang baik pulih.... aku tak nampak piranha dah..... dan yang tak pasti Ular Sawa yang pernah di tangkap berhampiran Yow Chuan Plaza pada tahun 70an dahulu (masa tu panjang dia 22 kaki - kejar budak petik pucuk paku) tapi tak pasti ada lagi ke tak sebab macam takde aje.....
Bagaimanapun pelawat agak ramai apabila menjelang tengahari dan Zoo Negara tetap menjadi tarikan kepada keluarga untuk melawat. Tidak sempat menonton pertunjukan binatang yang berlangsung pada 11:00 dan 15:00 sebab jauh dari tempat pertunjukan. Mungkin lain kali lah.

Monday, October 30, 2006

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Salam Eidul Fitri kepada semua. Apakah perbedaan yang amat di rasai pada Hari Raya sejak akhir akhir ini?
Tentunya berkurangannya kad-kad ucapan hari raya. Ianya digantikan oleh SMS sebagai ucapan pengganti kad ucapan.
Di sini saya turunkan beberapa SMS yang saya terima. Adakah anda menerima SMS yang serupa?
Simple :
Selamat Hari Raya
The golfer :
Tiada hari seindah Jumaat
Tiada kata seindah zikir
Tiada ibadah seindah solat
Tiada bulan seindah Ramadhan
Tiada sambutan segembira Syawal
Tiada menebas seindah 'birdie'
Kesedihan :
Saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada En. sekeluarga. Sememangnya saya banyak salah, saya minta maaf. Selamat bergembira di hari raya.
Pantun pelik :
Anak Ayam Pasang Pelita
Kucing ketawa bagai nak gila
Ayam dan Kucing tu takde kena mengena
Saja nak ucap selamat Hari Raya
Nasihat :
Mata kadang salah melihat
Mulut kadang salah berucap
Hati kadang salah menduga
Mohon maafkan segala khilaf yang ada
Pantun 4 kerat :
Ikang aye tetap ikan aye
Mana boleh jadi ikan patin
Selamat menyambut Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
Panjang giler :
Di Aidil Fitri yang Mulia
Maaf dipinta seandainya......
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta benda
TERmoody taksemena-mena
TERumpat bila-bila
TERusik yang sengaja
Dan macam-macam lagi yang adaaa......
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
Tulus Ikhlas dari XXXX
The instruction :
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Today Open House please attend - Yoroshiku !
Pantun lagi :
Cincin Emas Cincin Suasa
CIncin Berlian Cincin Permata
Bukan Pasal Cincin yang Nak diCerita
Cuma nak Ucap Selamt Hari Raya
Nasihat #2 :
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
Berhati-hati bukan dijalanraya sahaja
Tapi dimeja makan juga
SMS :
SMS buat pengganti kad & diri
Bukan lupakan tradisi
Tapi ikut teknologi di hujung jari
Selamat Hari Raya
Selamat Hariraya Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin.
Jangan RAYA tanpa RIA!
he he.......
Tahniah :
Tahniah kerana berjaya menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan
Semoga beroleh rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka.
Mohon ampun dan maaf seandainya ada kata-kata dan ucapan
yang menyinggung perasaan.
Dari New Zealand (Err..... aku kena charge gak ke? dua kali hantar pulak tu......)
Berbaju kurung bersamping songket,
Menyusun jari memohon kemaafan
Dari Azahri dan Rose di NZ.
Salam Aidilfitri kami ucapkan.
Kes salah nombor?
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Best regards.
Mark Ngei
TUV NORD
Bagaimana dengan anda?

Friday, October 20, 2006

SELAMAT HARI RAYA

SAYA DAN SEISI KELUARGA INGIN MENGUCAPKAN
SELAMAT HARI RAYA
AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI.
SEMOGA KETEMU DILAIN KALI

Wednesday, October 18, 2006

Berita menarik

Saya tertarik kepada berita yang saya petik di bawah dari mstar-online.
KUCHING: Sarawak akan menggubal satu rang undang-undang kecil bagi menyekat penjualan arak di kawasan penduduk majoriti Islam di negeri itu, kata Menteri Muda bagi Hal Ehwal Islam di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Daud Abdul Rahman.
Katanya undang-undang kecil itu akan juga mengambil kira sensitiviti dan pandangan bukan Islam di negeri itu.
"Harap-harap undang-undang kecil ini boleh dibentangkan pada persidangan dewan undangan negeri pada Jun tahun depan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat dan dialog persijilan halal dengan pengilang-pengilang tempatan di sini hari ini.
Mengikut undang-undang kini, peniaga yang disabitkan kerana kesalahan menjual arak tanpa permit dari pihak berkuasa tempatan, dikenakan denda minimum dan ini tidak menghalang mereka daripada menjual arak secara haram khususnya di kawasan majoriti orang Islam.
Awal bulan ini, Datuk Bandar Kuching Utara Abdul Hamed Mohd Yusoff mencadangkan agar undang-undang kecil penjualan arak sedia ada dipinda atau undang-undang baru digubal supaya pihak berkuasa tempatan boleh membendung masalah itu dengan lebih berkesan.
Antara cadangan beliau ialah supaya denda maksimum dinaikkan sehingga RM5,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali.
Jika ianya dapat dilaksanakan di seluruh Malaysia tentu lebih baik (walaupun memang seharusnya begitu) dan antara tempat yang paling utama adalah di Shah Alam yang majoriti penduduk adalah Islam.
Terfikir saya pada satu perkara - bagaimana PBT akan bertoleransi dengan kedai 24 Jam yang menjual arak jika perkara tersebut dilaksanakan?

Cerita Dolu Dolu