Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, May 10, 2006

Pengangguran di Malaysia

Bercakap mengenai pengangguran di Malaysia meberi makna yang amat luas. Sebagai HR sebuah syarikat swasta, sebenarnya amat mengejutkan apabila mendapati memang terdapat ramai yang 'desperate' untuk mendapat kerja.
Saya telah melaksanakan tanggungjawab untuk mencari pekerja - operator pengilangan dan dengan kekosongan yang hanya sebanyak 20 kekosongan, permintaan untuk memenuhi kekosongan tersebut mencecah kepada 300 orang. Apakah kerana nama syarikat menjadi punca? Mungkin juga.
ANALISA
Analisa data pemohon, saya dapati terdapat beberapa perkara yang menjadi punca 'serbuan' pemintaan kerja tersebut.
1 - Ramai yang bekerja kontrak, 1~2 tahun dan bukan pekerja tetap. Seperti kita sedia maklum, pekerja kontrak jarang yang mendapat faedah seperti pekerja tetap seperti bonus atau kenaikan gaji. Mereka juga boleh diberhentikan bila-bila masa sahaja.
2 - Graduan. Saya terkejut apabila graduan memohon jawatan operator. Bila di tanya, lebih baik dari tiada kerja langsung. Mungkin ianya berkaitan dengan kursus yang mereka ambil. Lambakan graduan dalam bidang tertentu seperti IT atau Management tidak setara dengan kekosongan yang ada.
3 - Syarikat berpindah, penurunan pengeluaran, pengurangan pekerja atau syarikat tutup. Ramai juga pemohon yang mencari kerja kerana tempat kerja mereka telah tiada kerja lebihmasa. Dengan gaji pokok sebanyak RM500~ RM600. Selepas di tolak potongan wajib, tanpa overtime, mereka menghadapi kesukaran. VSS terutama dipihak syarikat elektrik dan elektronik menyebabkan lambakan pekerja.
4 - Pekerja asing diutamakan. Ada pekerja yang berhenti kerja atau mencari kerja baru kerana syarikat mereka bekerja mengutamakan pekerja asing. Samada dari segi kenaikan mahupun kerja lebih masa.
PEKERJA ASING
Masalah pekerja asing adalah duri dalam daging kepada pekerja tempatan. Banyak syarikat mengambil pekerja asing. Apakah punca sebenarnya? Pekerja tempatan pemalas? Pekerja tempatan tidak mahu bekerja?
Saya suka menurunkan beberapa contoh :
1 - Jiran saya diberhentikan kerja kerana 'membawa' pekerja tempatan untuk mendapat kerja di syarikat yang memerlukan pekerja. Maksud 'membawa' di sini adalah dia mewar-warkan kekosongan yang ada di syarikat tersebut. Adalah menjadi kewajiban pihak syarikat mewar-warkan kekosongan kepada rakyat tempatan dahulu sebelum ianya boleh diisi oleh pekerja asing. Ada cerita disebalik cerita, pihak yang bertanggungjawab dalam syarikat tersebut telah dijanjikan sesuatu untuk mengambil pekerja asing melalui agensi yang merupakan rakannya juga.
2 - Syarikat yang mewar-warkan kekosongan kerja tetapi apabila di telefon, telah memberi alasan yang amat logik. Jika lelaki menelefon, dikatakan memerlukan pekerja wanita dan begitu juga sebaliknya.
3 - Tiada membuat sebarang pemberitahuan mengenai kekosongan jawatan. Bagaimana ianya diluluskan diluar bidang saya.
4 - Menganaktirikan pekerja tempatan. Contohnya, pekerja tempatan dilarang melakukan kerja lebih masa.
5 - Penipuan pembayaran gaji. Maksud disini adalah penipuan dalam bentuk pengiraan dan tidak mengambil kira pengiraan wajib seperti cuti tahunan. Memasukkan bayaran tempat tinggal dalam gaji pekerja (untuk pekerja asing) dan berbagai cara lagi. Syarikat 'berjimat' melalui unsur penipuan tersebut.
Menurut analisa saya, jika pekerja asing diambil dan dibayar menurut hak seperti yang diwartakan dalam akta pekerja asing, sebenarnya, kos pekerja tersebut lebih tinggi dari pekerja tempatan. Ada pekerja dari negara-negara tertentu meletakkan gaji minima bulanan seperti Vietnam atau Myanmar pada kadar RM700~750 sebulan. Pekerja tempatan hanya dibayar RM500 sahaja.
PUNCA DAN INISIATIF
Syarikat seharusnya mengambil inisiatif untuk memastikan pekerja boleh bekerja lama dalam sesuatu syarikat. Syarikat yang mengutamakan 'Human Development' - Pembangunan Manusia tentulah memerlukan pekerja yang bukan sahaja berdaya saing tetapi pekerja yang bergerak dan meningkat seiring dengan syarikat.
Antara alasan yang diberikan oleh majikan adalah pekerja asing lebih tinggi daya ketahanannya. Benarkah begitu? Saya pernah menguruskan pekerja asing dan saya pernah juga perlu 'menghambat' mereka pergi kerja kerana pelbagai alasan yang diberi. Ada majikan yang tidak membuat potongan EPF atau SOCSO - tiada pembayaran, kerja lebih masa di'curi' dari pekerja. Pekerja asing dengan 'kekurangan' mereka dari segi bahasa dan pengetahuan tentang Akta Pekerja, telah dan mudah dieksploitasi oleh majikan. Pekerja tempatan masih mempunyai jalan untuk melaporkan ketidak-adilan majikan kepada pihak berwajib.
Pemandu MD saya sekarang merupakan bekas pekerja sebuah syarikat tempatan yang mengendalikan kereta sewa. Apabila syarikat kami menyewa kereta termasuk pemandu, selain kos sewa kenderaan, bayaran pemandu serta kos lebih masa dituntut dari penyewa. Pemandu rupanya tidak pernah mendapat bayaran lebih masa tersebut selain gaji pokok. Potongan EPF serta SOCSO juga tiada. Sebagai HR, saya menasihatkannya melapor kepada pihak yang berkenaan.
Benar, pekerja tempatan memberi masalah kepada majikan. Tidak tahan panas, tidak tahan kerja berat dsbnya pernah menjadi alasan. Kekerapan menukar kerja kerana tawaran gaji yang lebih tinggi (mungkin RM50~RM100) tetapi saya perhatikan ianya kerap berlaku dalam pertengahan 90an dan bukan selepas tahun 2000. Pekerja sekarang saya perhatikan lebih tulus, sabar dan cuba mempertahankan kerja mereka. Sikap majikan lebih menjadi alasan mereka untuk menukar kerja bukan pendapatan semata-mata
Pekerja yang pernah saya ambil bekerja dalam syarikat sebelum ini masih bekerja dengan majikan yang sama - bermakna telah bekerja lebih dari 5 tahun. Mana lebih baik? Pekerja tempatan yang boleh bekerja berterusan selama puluhan tahun atau pekerja asing yang perlu ditukar setiap 3 tahun?
Akhir kata - saya nasihatkan kepada anda supaya jika sudah bekerja, mungkin ada masanya anda merasa tidak senang, gaji anda rendah atau berbagai alasan lagi tetapi ingatkan juga bahawa diluar sana ramai yang tiada kerja.

Thursday, April 06, 2006

Ubahsuai ikut Citarasa

Saya telah menetap di rumah sekarang selama satu dekad. Dalam tempoh tersebut tiada pengubahsuaian yang kami lakukan kecuali bumbung tambahan di sebelah kiri. Setelah sedekad, terasa bosanlah pula dan sudah pasti keadaan agak sempit. Kebetulan isteri saya dapat contact pembuat/pereka pergola dan wakaf. Mereka mempunyai rangkaian showroom seperti di SACC yang di uruskan oleh partners mereka. Sudah tentu jika kita pergi ke tempat seperti itu, harganya agak mahal tetapi kerana kami direct deal dengan mereka ini, harga amat berpatutan.

Mula-mula mereka perlu bersihkan bumbung asal dan sekitaran. Kerja telah bermula pada jam 11:00 pagi. Pemasangan tiang kayu dan alang pegola dilaksanakan sebelum pangkin wakaf dapat di lakukan. Sesudah pemasangan bumbung poly, pangkin di bentuk dan di sempurnakan

Hasilnya adalah seperti yang dapat di lihat - sebelum dan selepas

Apakah ianya berbaloi. Pada saya, amat berbaloi. Pangkin bersaiz 8' X 12' dengan bumbung sepanjang 14'. Diperbuat dari kayu resak dan ditambah sedikit pada main porch (sebelah kanan gambar) untuk keseragaman. Tiang bersaiz 4"X4" menambah keseragaman dan balance. Oleh kerana kami memang mempunyai tanaman dalam pasu, tanaman tersebut di selaraskan. Ruang kosong dihujung pangkin tersebut telah disesuaikan dengan kerusi taman yang dibeli 7 tahun dulu di Fella. Warna dan design kerusi tersebut juga bersesuaian. Pohon palm yang diletak disudut juga setara. Hiasan dari bahan buangan kelapa di ikat di sudut pegola. Akhirnya, hiasan yang telah di beli 4~5 tahun dahulu akhirnya berjumpa dengan regunya.

Sedikit tambahan perlu dilakukan kemudian untuk bidai buluh atau kayu bagi melindungi dari tempias hujan. Penataan cahaya yang sesuai juga dirancang supaya menepati konsep.

Ada sesiapa berminat nak mendapatkan khidmat mereka ini? Pengubahsuaian landskap ini telah dilaksanakan oleh SHS GARDEN dan anda boleh contact Ayie (yang pakai topi dlm gambar di atas) di 012-367 5877. Sila rujuk blog ini untuk memudahkan bicara. (Ayie - ok ke? kalau ada nak tambah info nanti beritahu ye!)

Gambar lain boleh di lihat di sini

Tuesday, March 28, 2006

TERKILAN SUNGGUH

Ni adalah berita yang dipetik dari Utusan Malaysia.
23 sekolah berasrama penuh dinaik taraf
PUTRAJAYA 25 Mac - Kementerian Pelajaran akan menaik taraf 23 sekolah berasrama penuh (SBP) bagi memastikan infrastruktur fizikal sekolah itu dapat mewujudkan persekitaran sebagai sebuah pusat kecemerlangan bertaraf antarabangsa.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia antara program yang akan dilaksanakan oleh kementerian Pelajaran dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Katanya, kementerian akan membina 12 SBP baru bagi menampung jumlah pelajar yang lebih ramai, memberi peluang kepada lebih banyak pelajar luar bandar serta memenuhi permohonan kemasukan ke SBP yang semakin meningkat.
``Di bawah program ini juga kita akan melaksanakan pembangunan sukan di kesemua 54 SBP bagi memastikan kehebatan sukan di kalangan pelajar SBP, selain kecemerlangan akademik dan kokurikulum.
``Kita mahu setiap SBP mempunyai kecemerlangan dan kehebatan dalam pelbagai jenis sukan yang tertentu,'' katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya di sini, hari ini.
Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Alam Shah dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Hishammuddin berkata, lokasi 12 SBP baru belum diputuskan malah pihak kementerian masih dalam peringkat berbincang dengan kerajaan negeri bagi mendapatkan tempat yang sesuai pada harga yang baik.
Beliau berkata, bagi tujuan itu, kementerian telah mengadakan pameran bergerak di lima negeri dan akan meneruskan aktiviti itu dalam tempoh terdekat ini.
Aku terperanjat sebenarnya apabila menonton berita TV pada malam tersebut sementara lepak-lepak tunggu APM nak start. Betul ke? Kalau tukar nama Sultan kenapa tak tukar Jadi Sekolah Sultan Hishamuddin Alam Shah? Rakan SASNET memberi penjelasan
"Menurut Cikgu Arshad yang dihubungi pada pagi ini, pertukaran nama sebenarnya berikutan titah arahan DYMM Sultan sendiri. Menurut Tuanku, 'Alam Shah' boleh jadi sesiapa saja, tapi 'Sultan Alam Shah' cuma satu, iaitu ninda DYMM Sultan sendiri.

Titah arahan ini bermula apabila DYMM Sultan dijemput untuk merasmikan sekolah tidak lama dahulu. Menurut Cikgu Arshad sendiri, teramatlah sukar bagi mana2 pihak untuk tidak menuruti titah arahan DYMM Sultan Selangor. "
Ramai rakan seangkatan merasa kecewa, sudahlah sekolah kena pindah, sekarang nama pulak ditukar. Bagaimana? Seorang bekas guru Sekolah memberi pandangan berbeda.
"Changing of name to a School can be done - even to the Ministry request,what so if the Sultan request it. To me we cannot argue about it but what we can do is in order to keep the original name which all of you all areproud of - put the name in Sekolah Alam Shah in bracket. Take the precedent as Johor Baharu English College. The name is change to Maktab Sultan Abu Bakar but the school put it as Maktab Sultan Abu Bakar (English College) This name was in all the letter note and also in the School Building itself. Just to put my view as I am proud to be a teacher from that school."
Yes! we should be proud of our school! Pastikan ianya tidak dilupai. Apakah sekolah yang telah ditukar nama ini akan di tukar lencananya? Harap tidak.
Ini aku petik dari wikipedia.org
SAS was established as a result of the National Education Policy under the Razak Report of 1958. The Malay vernacular secondary school system began in 1958; however SAS was the first Malay school to offer Form 6 (pre-university) classes. Henceforth, the school trailblazed the way for Malay stream students to enrol in tertiary education in institutions of higher learning both local and overseas. SAS takes pride as being the first fully residential Malay medium school in the country.
The commencement of construction of the school was planned together with that of the Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) (Special Teachers' Training College), Jalan Cheras in 1958; however this was delayed to 1961. The school was completed in 1962, at a cost of RM3.0 million.

Friday, March 24, 2006

Cuti Sekolah

Minggu lepas dari 11hb March hingga 19hb March 2006 adalah musim cuti sekolah. Sayangnya, atas urusan tugas kena pergi ke Jakarta. Perbincangan untuk memastikan staff yang akan pergi ke sana mempunyai penginapan yang selesa. Saya bercadang pergi berserta staff yang pergi training di sana tetapi atas sebab-sebab kegusaran yang melampau saya pergi lebih awal. Huh, nasib baik pergi awal sebab syarikat di sana tidak pernah menerima trainee dari Malaysia jadi arrangement pun ikut style expatriate yang kerap ke sana.
Ada ke dia nak bagi apartment yang berharga Rp15,000,000 sebulan? (RM 6,500). Director di Malaysia ni pun rumah tak sampai harga sebegitu. Pencarian rumah bermula dan walaupun ada offer banglow lot oleh Manager di situ masih tetap mahal giler (Rp 12,000,000). pencarian saya berakhir di Jababeka apabila terdapat rumah teras yang berbilik sepuluh. Setiap bilik mempunyai bilik air sendiri. Kira apartment kecil lah ni... bayaran sebulan baru Rp500,000. Hmm... di Malaysia kenapa takde sapa nak buat camtu ye?
Malam sempat makan di Restoran Kartini Ayam goreng. . .

Berkonsep santai, makannya juga agak enak. Sekali sampai teringat Tupai-Tupai di Kuala Lumpur. Makan malam seramai 6 orang - ada ayam bakar, ikan merah bakar, sayuran dan sup buntut (staff sorang tu tanya. . . sup buntut ayam ke? wa ka ka ka ka). Rp 387,000 (RM 170). Boleh tahan juga harga barangan di Jakarta nih. . . Esoknya sebelum pulang ke Malaysia, tak sempat ke Tanjung Abang jadi singgah di Mall sahaja untuk membeli ole-ole. . . mahal giler. . .

Kembali ke Malaysia pada 16hb Mac.

Pada 18hb Mac, 2006 pergi ke Pangsoon, Hulu Langat berkelah sebab tak dapat bawa anak-anak kemana pun cuti ni. Ditemani oleh adik saya sekeluarga, kami tiba jam 09:00 DAN DAPAT POT BAIK PUNYA. Makan? barbeku ayam, ikan dan udang beserta jagung bakar, ubi keledek bakar selain nasi putih, nasi lemak dan kudapan yang lain. Balik pada jam 16:00 dan sebab nak ke Kajang, melalui jalan Semenyih, Sg. Tekali, kami singgah di Ostrich Farm di Semenyih. Sayang juga keadaan agak terbiar. Beberapa tahun dahulu tempat ini amat menarik dengan penerangan yang lengkap tapi kali ini agak hambar dan burung juga agak dah tua tapi masih banyak juga lah. . . Isteri saya sempat berkata. . . kalaulah kat sini kena Bird Flu, macamana ye? Tangkap nangis oooo. Dengar kata operasi berpindah ke ladang utama di Johor walaupun di Semenyih masihj maintain juga. Gambar gambar lain boleh dilihat di photopages. On the way ada satu kedai makan (actually kedai simple sebelah rumah) Ha. . . ini baru namanya homemade. Ada capati dan minuman dan semestinya yang paling utama, susu lembu fresh dari ladang berdekatan. Capati yang lembut kerana guna minyak sapi serta susu yang fresh, lemak berkrim. Tak rugi singgah minum.

Esoknya kena hantar anak balik ke asrama. On the way dah nampak tanda-tanda akan macet jadi buat plan ikut Tanjung Malim. Hujan renyai-renyai menyebabkan highway PLUS pun jem juga tapi sempat sampai ke rumah dalam 2 jam 30 minit sahaja. Okay lah tu. . . Kalau ikut jalan biasa mahu 3~4 jam kot?

Semenjak dua menjak ni asyik sibuk terutama berkaitan kerja. Ye lah, syarikat baru nak beroperasi jadi nak cari pekerja lagi, nak uruskan hal-hal perbankan, hal-hal pendaftaran dsb.

Satu aje yang menghairankan saya. Bank di Malaysia ni pelik juga ye? Syarikat dengan jenama yang terkenal di seantero dunia dan akan beroperasi dengan investment yang besar tapi bank buat macam orang awam nak buka account aje. Jangan haraplah manager bank nak datang melawat ke, offer service ke. . . Berlainan dengan bank luar yang cuma ada opis sahaja, sanggup datang menawarkan perbagai kemudahan. Bukannya perlu kemudahan pinjaman pun. Nak bukak akaun untuk memastikan wang pelaburan dari luar dapat masuk ke Malaysia tanpa masalah sahaja. Cadangkan pada biras dan adik ipar yang bekerja di bank. Sebab diorang ni auditor dan customer service centre, diorang tak tahu benda ni berlaku dan diorang sendiri terkejut. Ada juga dorang ni contact branch manager suruh pi turun padang sebab ada company baru bukak. . haram. . . call pun tidak. Rupanya Bank di Malaysia ni government attitude jugak ye. Bukan service oriented. Entahlah.

Thursday, March 23, 2006

TELAH SEKIAN LAMA

Pertama-tama, terima kasih kepada yang concern dan kerap masuk ke blog ini. Kesibukan melampau menyebabkan saya sukar untuk menjengah blog sendiri. Ada ka camtu? Minggu lepas berada di Jakarta untuk urusan bisnis. Really feel balik ke Malaysia - Home Sweet Home! Kalau dah masuk highway, tentu kena bayar tol, macet (traffic jam) semedang, biarlah bayar tol kat Malaysia tapi sekurang-kurangnya laju jer.... Saya akan update lagi kemudian nanti.
Untuk itu, sekian dan salam untuk semua.

Cerita Dolu Dolu