Majlis perkahwinan anak Dato Aziz di Putrajaya (Dewan Datin Seri Endon)
Pengantin menyanyikan lagu 'I'll be Your Man - versi Unplugged
lagi
Majlis perkahwinan di Ampang Indah
Majlis perkahwinan anak Dato Aziz di Putrajaya (Dewan Datin Seri Endon)
Pengantin menyanyikan lagu 'I'll be Your Man - versi Unplugged
lagi
Majlis perkahwinan di Ampang Indah


Budak-budak suka nih... penuh kat depan dan akhirnya, penuh atas pentas. Bak kata apek 'Oit? Apasal ko kaco rumahtangga aku?' Sesudah persembahan, Apek mengakhiri dengan 'Menjemput rakan artis saya, penyanyi baru yang diminati ramai....(masa ni depan pentas dah kosong....) MAWI!!!' huh? pentas kena serbu!.... 'Dia kirim salam dari kampung' CEH! Hampeh betul Apek ni.... lain lain gambar semasa majlis makan malam boleh klik gambar atas. Penutup kesemuanya, grand prize cabutan bertuah.... kali ni langsung satu pun tak sangkut... okay, jom balik ke banglo. Esok ada function di Water ParkMakanan di mulakan dengan 4 Seasons, sotong tu sedap beb!!

Sesudah pembuka selera, di ikuti dengan shark fin soup with crab meat. Aku confirm lain kali kalau gi makan aku tak nak order benda ni dah. Satu, masalah kepupusan jerung - SELAMATKAN ALAM SEKITAR KITA!!!. Kedua, tengoklah tu, untuk sorang, punya lah banyak dan langsung tak larat nak makan dah lepas tu....
Di ikuti oleh udang masak teochow spicy dan cold steam. Sedap tapi seperti biasa, spicy tu dgn kulit, macamana nak makan? bos tanya, aku cakap, belasah dengan kulit sekali sebab kalau isi saja takde rasa dah. Kulit dia cukup rangup untuk di kunyah....errr....tambah kalsium.
Menu sesudah itu, dah tak larat dah.... basically macam-macam ada. Taufu dengan seaweed, Ikan kerapu goreng isi dan tulang rangup ada, Ketam softshell goreng (ni berminyak sikit), egg noodle with eggplant. Di akhiri dengan desert mango sago ada aiskrim lagi. Dah hujung tu dah tak larat nak isi dah.
Majlis diteruskan lagi dengan cabutan bertuah 1 - hadiah mesin basuh. Dapat auto (aku nak semi-auto....) dan cabutan bertuah kedua dengan hadiah-hadiah seperti televisyen dan peti ais. Habuk pun tarak. Majlis di akhiri dengan pemberian tandahati berupa photo frame dan pen bertulis nama syarikat.
Satu meja untuk 10 orang dengan harga RM988.00 tidak termasuk minuman dan cukai tu kira reasonable lah.