Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, November 07, 2005

Cuti Raya Orang Bandar?

Adeh lah....komputer di rumah buat hal jadi langsung takde posting kali ni. Gambar pun tak boleh nak up-load. Tak mengapalah... Hari ni saya nak mengisi kekosongan blog selama seminggu dengan kisah cuti raya saya sebagai orang bandar yang bermula dari 29 October 2005 hingga 6 November 2005.

29 Oktober 2005
Pagi-pagi pergi kekedai beli barang untuk persiapan berbuka puasa kerana bonda tercinta dan adik-adik nak datang berbuka. Petang pergi ke pasar malam. Dah ada yang jual daun kelapa untuk ketupat. Beli lah se ikat. Nampaknya tahun ini daun kurang dan makin mahal. Tahun ini saya guna taktik baru. Beli, simpan dan anyam bila perlu sahaja.
30 Oktober 2005
Pagi pergi ke rumah adik ipar sebab ada hal peribadi untuk diuruskan. Balik ke rumah sudah hampir petang. Malam masa terawih sempat pesan kat tokeh ayam suruh simpan dua ekor. Takut-takut nanti tak sempat beli.
31 Oktober 2005
Pergi ke PKNS cari baju melayu sebab adik ipar cakap baju di Jln TAR tu dah habis stok. Nasib baik dapat yang hampir sedondon dengan anak isteri. Sempatlah pergi ke bank untuk bayar apa-apa yang outstanding. Sampai pagi pukul 09:35.... Dah no #48!!! Ramainya orang....
1 November 2005
Deepavali. Pergi ke pasar seksyen 6 nak cari daging dan daun ketupat. Daging tu okaylah, daun ketupat dah habis. Belilah dalam 20 yang sudah siap di anyam.... tak cantik langsung. Beli juga barang-barang dapur yang lain untuk persiapan hari-raya. Malam ni adalah malam akhir terawih.... sayu jugak rasa meninggalkan ramadan.
2 November 2005
Sehari sebelum hari raya. Pagi-pagi lagi sudah bersiap untuk kerumah ibu mertua/adik ipar untuk acara masak-memasak. Sampai di sana maid tertinggal daun kelapa dan yang telah saya anyam. Nasib baik yang beli semalam 20 ketul tu ada. So? Kena lah start dari mula balik. Cari daun dan anyam.... daun comel sangat lah pulak.... dapatlah hampair 90 ketul, 20 untuk ketupat nasi dan selebih untuk ketupat pulut. Selepas zohor saya bertolak kerumah bonda untuk meninjau situasi. Prepare untuk masak rendang, kena chef ni turun gak baru nak jalan...ha ha ha.... Dalam pukul 6:00 rendang belum kering suruh adik sambung sebab saya perlu balik. Berbuka dirumah adik ipar dan sesudah solat maghrib, balik ke Shah Alam sebab nak bersiap untuk takbir pula. Pergi surau, takbir dan mula bertakbir dari rumah ke rumah.... adalah 5 rumah.... jadi lah....
3 November 2005
Selamat Hari Raya!!! Pagi-pagi lagi sudah bergerak ke rumah adik ipar. Nasib baik sempat solat aidil fitri di Masjid Pandan Indah. Sesudah makan dan sermaaf-maafan, bergerak ke rumah pak mertua di Keramat pula. Adik, abang dan kak ipar pun ada sekali. Pukul 11:00 bergerak ke Ampang rumah bonda.... sorang pun takde... ropanya semua dah pergi ke rumah makcik di masjid Lembah Jaya. Lets go! kemudian kembali ke rumah bonda. Rumah lain? Semorang balik kampung.... lepak lah sambil menonton konsert reunion AF3. Hari ini dalam sejarah.... sampul raya kurang bertaburan. Cuma beberapa helai dari bank-bank ternama. Mungkin sebab sampul raya tahun ni ada premium. Sampul raya Mawi.... fanatik ramai tu.... Malam selepas konsert bertolak kerumah adik ipar di Pandan Indah, lepak dan makan-makan. Malam pukul 10:00 balik rumah.
4 November 2005
Pagi-pagi bersiap ke Kajang rumah makcik sambil tinggalkan pesan kat maid suh masak ketupat nasi. Sebab hari ni Jumaat, kena balik awal sikit. Tengahari sampai rumah.... ada ke Astro tayang DS1 waktu tu.... orang nak gi solat Jumaat la... Sesudah solat keluar sekejap ke klinik amik ubat sebab orang rumah kurang sihat tapi tiada masalah besar. Balik, lepak-lepak dan siap-siap memasak untuk menyambut tetamu. Sepupu-sepupu datang jam 4:00. Hidangan semestinya ketupat, rendang, sayur lodeh dan spagetti special permintaan orang mengandung. Tak baik hampakan.
5 November 2005
Pergi jalan-jalan ke Shah Alam Mall sebab orang rumah nak potong rambut. Kedai bukak ke? Agaknya sebab saloon tu kepunyaan bangsa cina. Sampai sana bebudak turun pi main game PS2. Kedai tutup rupanya, kedai komputer pun tutup. Selepas makan di Dim Sum, balik rumah. Hari ni maid takde sebab dia pergi KLCC berjalan raya? Apa nak makan tengahari? Boring pulak asyik ketupat aja. Mamee Kari Berapi Sllrrpp Mawi menjadi hidangan. Malam bercadang nak tidur dirumah bonda... perut masuk angin pulak....tentu penangan banyak makan pulut. Tidur sampai kepagi.
6 November 2005
Pergi ke rumah rakan orang rumah di Keramat kemudian kerumah makcik di Ampang Indah. Hujan lebat beserta angin kencang. Relax dulu.... sesudah reda, pergi rumah makcik di Lembah Jaya Utara. Pergi rumah bonda dan lepak lagi sambil layan Konsert Akhir (U) AF3. Malam pergi rumah adik ipar di Puchong Perdana. Diorang baru balik dari Kelantan. Sampai di rumah pukul 11:30 malam.
Best kan? Raya di bandar, tiada traffic jam.... tiada pressure....

Thursday, October 20, 2005

Takziah

Ucapan takziah kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di atas pemergian isteri beliau Datin Seri Endon Mahmood ke rahmatullah pada hari ini 20 Oktober 2005 jam 07:55 pagi. Beliau meninggal dunia di rumah beliau pada umur 64 tahun. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas beliau.

Al-fatihah.

Cukai baru Kenderaan Motor

Kerajaan umum struktur cukai baru

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Kerajaan mengumumkan struktur cukai baru bagi kenderaan motor merangkumi penurunan duti import dan eksais berkuat kuasa esok.
Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, langkah itu akan meliberalisasikan lagi sektor automotif negara dengan menurunkan duti import dan eksais bagi negara dari ASEAN dan lain-lain negara.
Intipati struktur cukai baru bagi kenderaan bermotor berkuat kuasa mulai 20 Oktober 2005 yang diumumkan oleh kerajaan hari ini. Sumber seterusnya
Nampak gayanya tahun depan harga kereta akan turun macam durian runtuh lah. Cuma musykil satu perkara berkaitan penyusunan semula duti import dan duti eksais. Kena tanya rakan yang lebih pakar fasal duti-duti ni sementelah saya meniggalkan bidang import-eksport ni sudah agak lama jadi agak konpius lah sikit.
``Formula bagi duti eksais ke atas kenderaan CBU diubah berdasarkan prinsip cukai atas cukai,'' kata Kementerian Kewangan.
Sebelum ini, duti eksais ke atas kenderaan CBU adalah berdasarkan nilai ke atas Kos, Insurans dan Fret (CIF).
Di bawah formula cukai atas cukai itu, nilai duti eksais akan berdasarkan kepada nilai CIF termasuk duti import. - Bernama
Jika saya buat perkiraan secara kasar:
Jika harga kereta CIF 10,000 maka duti import menurut kiraan lama pada kadar 20% akan menjadikan kereta tersebut 12,000 (Duti Import 2,000) dan Duti Eksais 90% bersamaan 9,000 maka harga kesekuruhan kereta tersebut adalah 21,000 menurut harga pengimport.
Disebabkan cukai telah di turunkan untuk Duti Impost dari 20% ke 15% dan Duti Eksais dari 90% ke 80% maka harga pengimport akan menjadi 11,500 + 8,000 = 19,500.00 penurunan sebanyak 1,500.00. Hmm not bad... cuma apabila memahami istilah duti eksais bertukar kepada cukai atas cukai (dulu atas CIF) maka harga menjadi harga + duti import = 11,500 di tambah duti eksais cukai atas cukai menjadi 20,700.00 maka perbedzaan harga menjadi amat minima atau hampir tiada langsung.
Fakta yang menarik untuk di teliti.
Agak mengecewakan apabila duti eksais untuk MPV pula meningkat sedangkan MPV merupakan kenderaan yang amat populor sekali dikalangan rakyat Malaysia. Apakah ini tindakan untuk melindungi Proton yang mengeluarkan kenderaan penumpang? Saya kurang pasti kerana MPV (untuk pempang melebihi 5 orang) seperti Avanza atau Innova bahkan Nazaria amat populor hingga terpaksa menunggu hampir setahun untuk mendapatkannya.
Perlukah kita beralih arah?

Thursday, October 13, 2005

E-mail dan Implikasi

Assalamualaikum w.b.t.
Post ni sepatutnya dimasukkan minggu lepas lagi tetapi blogger.com problem menyebabkan saya perlu recover balik dan itu pun separuh sahaja.
Dalam dunia tanpa sempadan dan internet telah menjadi gunaan harian maka tidaklah menghairankan pelbagai info boleh didapati dari internet. Sekarang ini, dibulan Ramadan ini dan sudah mula bahang hari raya aidil fitri (eid-fitr) mula dirasai, tentunya kad raya bakal pengganti diri - itu dulu, sekarang sudah ada kad on-line. Hari ni hantar, hari ni juga dapat (bak kata Mawi dalam Uniknya Ramadan bersama Mawi di Astro Ria).
Beberapa tahun kebelakangan banyak e-mail yang diterima melalui pelbagai sumber dan e-mail yang saya maksudkan di sini kebanyakannya berpunca dari negara Timur Tengah atau Eropah. Saya rasa ramai pernah mendapat e-mail tersebut dan di sini saya perturunkan contoh-contoh:
  1. Neil Amstrong (ada yang mengatakan ianya Edwin Aldrin) memeluk Islam apabila kembali ke bumi semasa lawatan ke Mesir setelah mendengar adzan; dikatakan Neil Amstrong mendengar adzan di bulan.
  2. Will Smith di katakan memeluk Islam setelah membintangi Ali the Greatest.

Tidak pula saya dengar berkenaan Denzel Washington samada beliau memeluk Islam setelah membintangi Malcolm X.

Akhir-akhir ini telah ada e-mail yang dimulai dengan pujian-pujian (Subhanallah, Alhamdulillah) dan disertai dengan unsur-unsur nasihat. Cuma yang mengecewakan apabila diakhiri dengan arahan supaya menghantar e-mail tersebut kepada 20 orang (?) maka penghantar akan dapat melihat keuntungan terutama dari segi kewangan. Saya khuatiri ini berunsur surat berantai dan boleh menggugat aqidah kita.

Isu terbaru tentulah berkaitan qiamat. Dari isu 2 gerhana hinggalah ke tarikh-tarikh tertentu. Selain dari mengundang kegusaran, apakah ianya tindak tanduk anasir yang hendak melencongkan umat Islam? Apakah ini tindakan untuk melekakan umat Islam? Buat apa berusaha sedangkan dunia sudah kepenghujung. Lebih baik beribadat walhal mencari rezeki juga ibadat dan lebih mulia dari sekadar beriqtikaf di masjid sambil mengharap ehsan orang lain.

Sedikit nota : Isteri saya telah menghantar e-mail kepada rakan-rakan sekerja - untuk booking order Kad Raya Mawi World dan SEPATUTNYA untuk kengkawan sahaja TETAPI entah bagaimana telah terlepas ke luar. Dimulakan dengan isteri saya mendapat panggilan dari KL dan yang paling best apabila adik ipar saya (adik isteri) call dia dan komplen kenapa tak beritahu dia kami order kad raya? konpius lagi... disusuli dengan panggilan telefon dari Pulau Pinang nak order jugak.... sapa pulak ni? Kami bukan dealer kad raya tu.... baik order dari AJK MawiFC terus....macam kami juga..... Hasilnya, saya terpaksa merayu seorang AJK ni untuk melepaskan kad-kad tambahan dan nasib baik berhasil. Terima kasih yang teramat sangat kepada beliau.

Berhati-hatilah apabila kita hendak menghatar e-mail walaupun kepada rakan. Teliti e-mail tersebut dan fikirkan baik/buruk jika kita menghantar e-mail tersebut.

Cerita Dolu Dolu