Al-fatihah.
Thursday, October 20, 2005
Takziah
Al-fatihah.
Cukai baru Kenderaan Motor
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Kerajaan mengumumkan struktur cukai baru bagi kenderaan motor merangkumi penurunan duti import dan eksais berkuat kuasa esok.
Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, langkah itu akan meliberalisasikan lagi sektor automotif negara dengan menurunkan duti import dan eksais bagi negara dari ASEAN dan lain-lain negara.
Intipati struktur cukai baru bagi kenderaan bermotor berkuat kuasa mulai 20 Oktober 2005 yang diumumkan oleh kerajaan hari ini. Sumber seterusnya
Sebelum ini, duti eksais ke atas kenderaan CBU adalah berdasarkan nilai ke atas Kos, Insurans dan Fret (CIF).
Di bawah formula cukai atas cukai itu, nilai duti eksais akan berdasarkan kepada nilai CIF termasuk duti import. - Bernama
Thursday, October 13, 2005
E-mail dan Implikasi
- Neil Amstrong (ada yang mengatakan ianya Edwin Aldrin) memeluk Islam apabila kembali ke bumi semasa lawatan ke Mesir setelah mendengar adzan; dikatakan Neil Amstrong mendengar adzan di bulan.
- Will Smith di katakan memeluk Islam setelah membintangi Ali the Greatest.
Tidak pula saya dengar berkenaan Denzel Washington samada beliau memeluk Islam setelah membintangi Malcolm X.
Akhir-akhir ini telah ada e-mail yang dimulai dengan pujian-pujian (Subhanallah, Alhamdulillah) dan disertai dengan unsur-unsur nasihat. Cuma yang mengecewakan apabila diakhiri dengan arahan supaya menghantar e-mail tersebut kepada 20 orang (?) maka penghantar akan dapat melihat keuntungan terutama dari segi kewangan. Saya khuatiri ini berunsur surat berantai dan boleh menggugat aqidah kita.
Isu terbaru tentulah berkaitan qiamat. Dari isu 2 gerhana hinggalah ke tarikh-tarikh tertentu. Selain dari mengundang kegusaran, apakah ianya tindak tanduk anasir yang hendak melencongkan umat Islam? Apakah ini tindakan untuk melekakan umat Islam? Buat apa berusaha sedangkan dunia sudah kepenghujung. Lebih baik beribadat walhal mencari rezeki juga ibadat dan lebih mulia dari sekadar beriqtikaf di masjid sambil mengharap ehsan orang lain.
Sedikit nota : Isteri saya telah menghantar e-mail kepada rakan-rakan sekerja - untuk booking order Kad Raya Mawi World dan SEPATUTNYA untuk kengkawan sahaja TETAPI entah bagaimana telah terlepas ke luar. Dimulakan dengan isteri saya mendapat panggilan dari KL dan yang paling best apabila adik ipar saya (adik isteri) call dia dan komplen kenapa tak beritahu dia kami order kad raya? konpius lagi... disusuli dengan panggilan telefon dari Pulau Pinang nak order jugak.... sapa pulak ni? Kami bukan dealer kad raya tu.... baik order dari AJK MawiFC terus....macam kami juga..... Hasilnya, saya terpaksa merayu seorang AJK ni untuk melepaskan kad-kad tambahan dan nasib baik berhasil. Terima kasih yang teramat sangat kepada beliau.
Berhati-hatilah apabila kita hendak menghatar e-mail walaupun kepada rakan. Teliti e-mail tersebut dan fikirkan baik/buruk jika kita menghantar e-mail tersebut.
Tuesday, October 11, 2005
Menjelang Syawal (walaupun lambat lagi)
وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
[2]Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3]Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4]Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5]Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6]Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.
Ipoh 8 Ramadhan 1425 @ 12 Okt 2004 - Orang-orang Islam adalah dilarang sama sekali mencampuradukkan perayaan orang Islam dengan perayaan orang-orang kafir dalam apa jua bentuk sekalipun.
Menyentuh tentang para peniaga yang menggunakan perkataan "Deeparaya" yang dipercayai dari perkataan Depavali dan Hari Raya, adalah haram bagi umat Islam menggunakan perkataan itu meskipun bagi gimik melariskan jualan mereka.
Ustaz Zamri Hashim berkata demikian melalui radio Malaysia 3 Ipoh dalam siaran Soal Jawab Agama, pagi ini.
Menurut Ustaz Zamri lagi, umat Islam adalah diingatkan kepada surah Al-Kafirun yang menyebutkan amaran Allah bermaksud " Bagimu (orang kafir) agamamu dan bagi ku agamaku"
Hukum merayakan perayaan orang-orang kafir sudah disepakati oleh Jawatankuasa Syariah Negeri Perak sebagai salah satu perbuatan yang diharamkan.
Justeru itu umat Islam adalah dilarang merayakan perayaan orang-orang kafir biar dalam apa bentuk, secara bersama atau menghadiri perayaan itu. Biarkanlah orang-orang kafir merayakan mereka mengikut cara mereka tanpa melibatkan diri kita selagi kita mengakui keIslaman kita.
Friday, October 07, 2005
LAILATUL - QADAR
Ramadan dan Lailatul Qadar sentiasa berkait. Marilah kita dalami apa itu Lailatul Qadar.
عن ابن عمر رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يعتكف في العشر الأواخر من رمضان
Dari Ibn Umar r.a. "Rasululullah selalu beriktikaf di dalam masjid pada 10 malam akhir dalam Ramadan"- Hadis riwayat Muslim.
عن عائشة رضي الله عنها قالت قال رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ابن نمير التمسوا وقال وكيع تحروا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان
Dari Aisyah r.a. berkata Rasulullah S.A.W bersabda " Carilah lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan
Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar? Jawabnya ialah kerana malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( Kira-kira 83 tahun 3 bulan ).
Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat.
Sianaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju kelangit setelah berhimpun dipelosok bumi pada malam Lailatul-Qadar.
"Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)' - (Surah al-Qadar). Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar). Dalam hubungan ini Rasulullah s.a.w bersabda : "Pada tiap- tiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir". ( Kitab Durrah al - Nasihin ).
Kebanyakkan ulama berpendapat, Lailatul-Qadar ialah malam mula diturunkan al- Quran, iaitu pada 17 Ramadan tahun ke 40 setelah Nabi Muhammad dilahirkan. Rasulullah bersabda : "Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain"- Hadis riwayat Anas r.a. Rasulullah pernah memikirkan mengenai umur umatnya yang pendek berbanding umat nabi-nabi yang lain (Sekitar 60-70 tahun jarang yang lebih daripada itu). Dengan rahmat Allah dikurniakanNya malam Lailatul-Qadar yang penuh keberkatan itu terlebih baik daripada 1000 bulan.
Hadis lain menyatakan suatu ketika Rasulullah menceritakan dari Jibril kepada para sahabat mengenai seorang yang sangat soleh menghabiskan masa berjihad selama hampir 1000 bulan iaitu pemuda bani Israel bernama Syarm'un al-Ghazi. Hanya bersenjatakan kulit unta Syarm'un dengan mudah menewaskan musuh. Bila haus ketika berjuang Allah terbitkan air yang segar di celah-celah giginya dan ketika lapar Allah tumbuhkan tumbuhan sekelilingnya.
Puak kafir sangat memusuhinya dan akhirnya memperalatkan isterinya dengan tawaran rasuah yang tinggi. Ketika Syarm'un sedang tidur, isterinya mengikat dengan seutas rantai besi namun sebanyak dua kali gagal. Pahlawan Islam ini mempunyai kekuatan luarbiasa hingga dapat memutuskan rantai tersebut dengan mudah malah cubaan ketiga juga gagal.
Akhirnya Syarm'un dedahkan rahsia kekuatannya kepada isterinya yang disangka tiada apa-apa. "Tiada sesiapa dapat memudaratkan diriku kecuali dengan izin Allah dan tiada siapa dapat mengalahkan aku kecuali dengan sehelai rambutku!" Dedahan ini memerangkap dirinya. Beliau tidak dapat melepaskan diri apabila diikat dengan sehelai rambutnya. Kesempatan ini diambil oleh musuhnya menyeksanya sebelum dibunuh. Pelbagai seksaan dilakukan pada pemuda ini, matanya dikorek, telinganya dipotong dan tubuhnya diikat pada sebatang tiang rumah ditikam-tikam dengan senjata tajam.
Allah mengilhamkan Syarm'un supaya memohon perlindungan dariNya. Lalu pemuda itu memohon agar dapat menggoyangkan tiang supaya dapat merobohkan rumah dan menimpa musuh yang hendak membunuhnya. Doa Syarm'un dimakbulkan apabila dia dapat kekuatan yang luar biasa hingga dapat menggoyangkan tiang yang teguh itu dan membunuh musuh-musuhnya termasuk isterinya ditimpa runtuhan.
Dengan kuasa Allah s.w.t. tubuh Syarm'un yang cedera juga turut pulih serta merta. Syarm'um kemudiannya berpuasa selama hampir 1,000 bulan lagi bagi membalas pertolongan Allah yang menyelamatkan nyawanya. Perjuangan Syarm'un dan kekuatan imannya sungguh luar biasa begitu mengharukan Rasulullah dan para sahabat berdukacita kerana tidak dapat mencapai ganjaran seperti itu. Mereka bertanya akan ganjaran yang diberikan Allah kepada pemuda itu. Baginda menjawab tidak tahu, lalu Allah menurunkan Surah al-Qadar. Anugerah malam Lailatul-Qadar dengan menghidupkan malamnya mempunyai ganjaran melebihi 1,000 bulan, tidak perlu melakukan jihad sehebat Syarm'un.
Membaca satu ayat al-Quran pada malam Lailatul-Qadar lebih disukai oleh Allah berbanding membaca seluruh al-Quran hingga khatam pada malam-malam lain. Perbualan Nabi Musa a.s yang terkenal suka berdialog dengan Allah.
· Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin mendekatiMu?"
· Allah: "Apabila engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar!"
· Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin RahmatMu?"
· Allah: "Rahmat dan belas ikhsanKu kepada mereka yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar!"
· Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin melintasi Titian Siratul Mustaqim selaju kilat"
· Allah: "Hanya jika engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar"
· Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin duduk dibawah pohon syurgaMu dan menikmati buah-buahannya?"
· Allah: "Dirikanlah ibadat pada malam Lailatul-Qadar!"
· Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin selamat daripada api neraka?"
· Allah: "Wahai Musa, carilah keberkatan pada malam Lailatul-Qadar!"
Setiap malaikat mendoakan umat yang bermunajat, itulah kelebihan umat Muhammmad antaranya diampunkan dosa-dosanya pada malam Lailatul-Qadar belum pernah terjadi kepada umat lain sebelum ini. Disamping doa dan harapan kita umat Islam untuk mendapat kesejahteraan hidup, rezki yang berkat, ilmu yang bernafaat, kesihatan yang baik dan sebagainya tiada hijab untuk Allah menerima dan memakbulkannya. Melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya iaitu:-
1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang derhaka kepada ibubapanya.
3. Orang yang memutuskan silaturahim.
4. Orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih 3 hari.
Lailatul-Qadar membawa makna Malam Kemuliaan dan Kebesaran iaitu malam terkumpulnya keseluruhan al-Quran di Lauhul-Mahfuz sebelum diturunkan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun. Surah Ad-Dhukaan ayat kedua juga di sebut mengenai kemuliaan al-Quran yang diturunkan pada malam Lailatul-Qadar:
"Demi al-Quran! Kitab yang menerangkan kebenaran. Sesungguh Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat...(Kami menurunkan al-Quran pada malam berkat itu dijelaskan malaikat tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku),-tidak bertukar atau berubah.
Satu lagi hadis menceritakan mengenai beberapa orang bani Israel menghabiskan masanya lebih 80 tahun menyembah Allah s. w. t. Mereka ialah Nabi Ayub, Nabi Zakaria dan Nabi Yusya. Mendengar itu sahabat Rasulullah s.a w. takjub dan bertanya bagaimana cara untuk menyaingi mereka itu, lalu Rasulullah bacakan Surah al-Qadar.
Ibnu Hazam berpendapat:-
· Jika bulan Ramadan 29 hari - maka 10 hari terakhir bermula malam ke 20, maka Lailatul-Qadar jatuh pada malam yang genap.
· Jika Ramadan genap 30 hari - maka 10 hari terakhir bermula malam ke 21, maka Lailatul-Qadar jatuh pada malam yang ganjil.
Lailatul-Qadar adalah kurniaan Allah s.w.t kepada umat Muhammad s.a.w. yang tidak ternilai fadhilatnya. Ini ada kaitan dengan umur manusia di zaman akhir ini (Umat Muhammad).
Jibril a.s. berkata kepada Rasulullah s.a.w." Ya Muhammad, tahukah engkau kenapa singkat umur umatmu?"Tanpa menunggu jawapan, Jibril a.s sendiri menjawab pertanyaan itu " Sebabnya supaya mereka tidak berpanjangan melakukan maksiat ....". Lailatul-Qadar hanya satu malam sahaja dalam malam bulan Ramadhan.
· Ulama sependapat mengenai tarikhnya, namun kebanyakkan menyatakan tarikhnya ialah pada malam 27 Ramadhan ( Malam 7 likur ).
· Iman Syafie r. a. menyatakan Lailatul - Qadar pada malam 21 Ramadan dan lain-lain ulama menyatakan pada malam 23, 25 dan 29 Ramadhan.
· Ada yang menyatakan daripada 10 malam akhir Ramadhan samada malam yang ganjil atau genap.
Sahibul-Tanbih r a. menyatakan, Lailatul-Qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan berdasarkan jumlah huruf kalimah Lailatul-Qadar (Dalam tulisan al-Quran) iaitu jumlahnya 9 didharabkan dengan 3 (Kerana disebut 3 kali dalam asurah berkenaan) lalu dapat 27.
Mengikut Ibnu Abu Hurairah r.a., Abu al-Hassan menyatakan sejak baligh dia tidak pernah luput dapat menemui malam Lailatul-Qadar itu berdasarkan hari awal Ramadhan seperti berikut :-
· Hari Ahad dan Rabu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 29 Ramadhan.
· Hari Isnin maka Lailatul- Qadar pada malam ke 21 Ramadhan.
· Hari Selasa dan Jumaat maka Lailatul- Qadar pada malam ke 27 Ramadhan.
· Hari Khamis maka Lailatul- Qadar pada malam ke 25 Ramadhan.
· Hari Sabtu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 23 Ramadhan.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. "Sesiapa menghidupkan (Beribadat sepanjang malam) malam Lailatul-Qadar dan mendirikan sembahyang dua rakaat, kemudian memohon keampunan daripada Tuhannya, maka diampunkan dia oleh Allah Taala dan di masukkan kedalam rahmatNya, kemudian disapukan dia oleh Jibril a.s. dengan dua sayapnya. Barangsiapa disapu oleh Jibril dengan sayapnya maka didalam syurgalah tempatnya.....".
Dalam riwayat lain,"Sesiapa mendirikan sembahyang empat rakaat dengan membaca surah al-Fatihah, al-Kauthar dan al-Ikhlas tiga kali, dimudahkan menghadapi sakratul maut, dikecualikan daripada azab kubur dan dikurniakan empat tiang daripada nur tiap- tiap satunya terdiri 1000 mahligai".
Lantas dirikanlah:-
1. Sembahyang sunat 2 rakaat, setiap kalinya dibaca surah Fatihah 1x dan surah al-Ikhlas 7x.
2. Diikuti bacaan istigfar (Astaghfirullahal azim wa atubuilaihi), zikrullah (La ilaha illallah, Allahu akbar), bertasbih (Subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar wala haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim), selawat (Allahumma sholli'ala saidina Muhammad).
3. Sembahyang sunat tahajjud.
4. Sembahyang sunat tasbih.
5. Mereka yang bertemu Lailatul-Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri dan disalami oleh para malaikat, hendaklah segera membaca: "Allahumma innaka 'afuwwun karim tuhibbul 'afwa fa'fu anni waghfirli".
Membaca surah al-Qadar 7x selepas sembahyang Isyak akan menjauhkan kita dari malapetaka. Tidak menjadi alasan wanita yang haid, walaupun uzur hendaklah memperbanyakkan:-
1 Doa.
2 Beristighfar.
3 Bertasbih.
4 Bertahmid.
5 Bertakbir
6 Bersedekah
7 Menjaga maruah dan akhlak
8 Sentiasa berada dalam keredaan suami (bagi yang berkahwin).
9 Sentiasa berada dalam keredaan ibu bapa (bagi yang tidak berkahwin).
Apabila berakhirnya bulan Ramadhan , menangislah wali-wali Allah, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan segala malaikat kerana berlalu pergi bulan itu. Berlalulah segala kelebihannya:
1. Bulan yang dilipatgandakan pahala dan ganjaran.
2. Bulan yang mudah Allah ampunkan taubat hamba-hambaNya.
3. Bulan yang banyak sekali diturunkan rahmat ke semesta alam dan
4. Bulan yang terdapat padanya MALAM LAILATUL-QADAR!
Semoga mendapat manafaat. Wallahua'alam
Cerita Dolu Dolu
-
▼
2013
(15)
- ► April 7 - April 14 (1)
- ► March 17 - March 24 (2)
- ► March 10 - March 17 (1)
-
►
2012
(121)
- ► July 15 - July 22 (1)
- ► July 1 - July 8 (4)
- ► June 24 - July 1 (5)
- ► June 17 - June 24 (3)
- ► June 10 - June 17 (5)
- ► June 3 - June 10 (5)
- ► May 27 - June 3 (4)
- ► May 20 - May 27 (1)
- ► May 13 - May 20 (1)
- ► May 6 - May 13 (2)
- ► April 29 - May 6 (5)
- ► April 22 - April 29 (6)
- ► April 15 - April 22 (10)
- ► April 8 - April 15 (2)
- ► April 1 - April 8 (9)
- ► March 25 - April 1 (5)
- ► March 18 - March 25 (2)
- ► March 11 - March 18 (7)
- ► March 4 - March 11 (5)
-
►
2011
(346)
- ► July 31 - August 7 (3)
- ► July 17 - July 24 (3)
- ► July 10 - July 17 (3)
- ► July 3 - July 10 (5)
- ► June 26 - July 3 (3)
- ► June 19 - June 26 (5)
- ► June 12 - June 19 (8)
- ► June 5 - June 12 (6)
- ► May 22 - May 29 (2)
- ► May 15 - May 22 (3)
- ► May 8 - May 15 (4)
- ► May 1 - May 8 (6)
- ► April 24 - May 1 (4)
- ► April 17 - April 24 (9)
- ► April 10 - April 17 (10)
- ► April 3 - April 10 (12)
- ► March 27 - April 3 (8)
- ► March 20 - March 27 (6)
- ► March 13 - March 20 (2)
- ► March 6 - March 13 (18)
- ► February 27 - March 6 (18)
- ► January 30 - February 6 (18)
- ► January 23 - January 30 (18)
- ► January 16 - January 23 (34)
- ► January 9 - January 16 (15)
-
►
2010
(1018)
- ► October 31 - November 7 (27)
- ► October 24 - October 31 (36)
- ► October 17 - October 24 (32)
- ► October 10 - October 17 (36)
- ► October 3 - October 10 (20)
- ► August 29 - September 5 (33)
- ► August 22 - August 29 (59)
- ► August 15 - August 22 (33)
- ► August 8 - August 15 (37)
- ► August 1 - August 8 (46)
- ► July 25 - August 1 (46)
- ► July 18 - July 25 (50)
- ► July 11 - July 18 (43)
- ► July 4 - July 11 (28)
- ► June 27 - July 4 (34)
- ► June 20 - June 27 (15)
- ► June 13 - June 20 (22)
- ► June 6 - June 13 (44)
- ► May 30 - June 6 (34)
- ► May 23 - May 30 (27)
- ► May 16 - May 23 (20)
- ► May 9 - May 16 (21)
- ► May 2 - May 9 (2)
- ► April 11 - April 18 (2)
-
►
2009
(54)
- ► August 2 - August 9 (6)
- ► July 26 - August 2 (4)
- ► July 19 - July 26 (4)
- ► July 12 - July 19 (2)
- ► July 5 - July 12 (2)
- ► June 28 - July 5 (1)
- ► June 7 - June 14 (2)
- ► May 31 - June 7 (2)
- ► May 24 - May 31 (1)
- ► May 10 - May 17 (4)
-
►
2008
(13)
- ► June 8 - June 15 (1)
- ► June 1 - June 8 (1)
- ► May 11 - May 18 (1)
- ► May 4 - May 11 (1)
- ► April 27 - May 4 (1)
- ► April 13 - April 20 (1)
-
►
2007
(10)
- ► May 13 - May 20 (1)
- ► March 4 - March 11 (1)
-
►
2006
(18)
- ► July 23 - July 30 (1)
- ► May 14 - May 21 (1)
- ► May 7 - May 14 (1)
- ► April 2 - April 9 (1)
- ► March 26 - April 2 (1)
- ► March 19 - March 26 (2)
-
►
2005
(83)
- ► July 31 - August 7 (3)
- ► July 24 - July 31 (1)
- ► June 5 - June 12 (2)
- ► May 29 - June 5 (1)
- ► May 22 - May 29 (4)
- ► May 15 - May 22 (2)
- ► May 8 - May 15 (5)
- ► May 1 - May 8 (4)
- ► April 24 - May 1 (11)
- ► April 17 - April 24 (3)
