Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, April 17, 2012

RELA BOLEH UNDI POS? SOMETHING FISHY GOIN' ON


Satu lagi pembunuhan: Bom jangka RELA meletup, jari menuding ke Najib dan Hisham Featured

Written by  Mathias Gomes, Malaysia Chronicle
    Satu lagi pembunuhan: Bom jangka RELA meletup, jari menuding ke Najib dan Hisham
Pembunuhan kejam seorang warga Nigeria dan yang tertuduh kes rogol Onachie Martins Nwanko, oleh tujuh orang anggota RELA di Kajang Selangor, bagai sebuah bom jangka yang tunggu masa untuk meletup.
Sukarelawan yang di beri latihan separa tentera ini merupakan gangguan besar terutama kepada pendatang asing. Tanya mana-mana pendatang dan mereka akan ceritakan, 99% cerita ini benar.
Beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan 5 kali ganda dalam pertambahan anggota RELA dan tiba-tiba hari ini, kita ada 2.5 juta sukarelawan di negara ini- 20% dari nya ialah di Selangor sahaja.
Pasukan ini boleh menewaskan pasukan polis jika dilihat dari jumlah anggotanya, tapi persoalan samada mereka layak menganggotai pasukan tersebut ialah satu jawapan yang perlu diberi oleh pihak berkuasa.
Hanya pemegang kad pengenalan Malaysia yang sah melayakkan anda menjadi anggota RELA. Adakah ini saja memadai dan adakah di buat pemeriksaan latarbelakang? Setakat ini maklumbalas pihak berkuasa seperti “Tidak perlu, hanya seperti budak jaga kereta, kenapa kita perlu periksa latarbelakang?”
7 lawan 1 semangat jitu RELA
Bermakna kita ada 2.5 juta budak jaga kereta di Malaysia yang berkuasa menahan ‘pendatang asing tanpa izin‘ yang kita benarkan masuk ke negara kita secara sah pada mulanya.
Even the so called rapist is a 35-year-old student from Nigeria. Which College actually enrolled him? Indeed, Malaysia seems to be becoming the world's largest college-hub in the world, with schools in every nook and corner teaching almost every available subject under the sun. No wonder, it is easy passage into the country for moon lighters.
Tertuduh seorang pelajar berusia 35 tahun dari Nigeria. Kolej mana yang menerima nya? Malah, Malaysia mula kelihatan seperti hub kolej- kolej yang terbesar di dunia, dengan institusi pendidikan di merata ceruk, menawarkan semua subjek yang ada. Tidak hairan negara ini jadi negara laluan untuk pelbagai aktiviti tak bermoral.
Apa Onachie Martins lakukan hingga dia perlu dapat hukuman mati? Menurut lapuran berita, dia memeluk dan mencium dan menunjukkan kemaluan nya kepada seorang tukang cuci di tingkat 15 sebuah condominium di Kajang. Tukang cuci yang ketakutan memberitahu pihak pengurusan bangunan yang di dakwa menghantar anggota RELA untuk menyiasat. Tukang cuci itu lari ke arah anggota RELA dan beberapa minit kemudian, warga Nigeria itu juga turun ke tingkat bawah.
Anggota RELA menangkap warga Nigeria dan di pukul sebelum di ikat dan memaklumkan kepada pihak polis.Bila polis tiba, tertuduh tidak bergerak lagi dan polis menahan 7 anggota RELA. Bayangkan 7 lelaki memukul seorang dan mati. SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN, INI LAH PASUKAN RELA 1MALAYSIA ya.
Kejadian ini sangat memalukan, komuniti Afrika di Kajang memprotes kematian rakan senegara mereka. Seperti biasa, akhbar yang dikawal UMNO melapurkan bahwa warga-warga Afrika yang ganas kononnya cuba mencetuskan rusuhan. Jika rakyat Malaysia, bukankah mereka juga akan lakukan hal yang sama jika seorang rakyat Malaysia mati dipukul tanpa sebab munasabah oleh samseng yang di pakaikan pakaian seragam oleh kerajaan boneka diktator?
The buck stops with the cousins
Ini bom jangka yang sangat membimbangkan dan rakyat Malaysia prihatin telah mengingatkan kerajaan PM Najib Razak ia bakal berlaku. Tapi adakah beliau dan sepupu beliau, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussien mendengar?
Sudah tentu tidak. Malah, ketika Najib menjadi PM dan Hisham sebagai Menteri dalam negeri lah jumlah anggota RELA bertambah mendadak. Selagi mereka terus menutup mata dan telinga,, lebih banyak letupan bom jangka ini akan terjadi.
Pertambahan mendadak terhadap pengambilan anggota RELA menimbulkan spekulasi bahwa UMNO, parti politik terbesar di Malaysia, terlbat dan mempunyai niat jahat untuk menggunakan RELA bagi menjalankan semua spektrum perbuatan jahat, terutama di Selangor ketika pilihanraya umum ke 13 dijalankan.
Patut kah Pakatan Rakyat dan Bersih, badan pemerhati pilihanraya, melakukan sesuatu berkenaan RELA sebelum pasangan sepupu yang gila kuasa dan pati Umno-BN hilang kawalan?
Bolehkah kerajaan BN memberi justifikasi terhadap pertambahan mendaka anggota RELA sehingga 2.5 juta anggota dan bertambah saban hari? Perlukah pasukan ini selain polis bagi menjaga keselamatan rakyat? Parti-parti pembangkang telah bertahun menimbulkan hal ini, dengan menuduh kerajaan menggunakan anggota nya untuk menjalankanperbuatan jahat dan menimbulkan keganasan di pilihanraya akan datang.
Menghabiskan sumber negara
Persoalan disini, kerajaan dan polis perlukan jumlah besar sukarelawan yang tidak dilatih sepenuhnya untuk menjaga keselatan negara dari ancaman pendatang asing bila kerajaan yang sama pada awalnya membenarkan mereka masuk ke negara ini?
Di sebalik helah mengeluarkan kebenaran secara besar-besaran untuk membekalkan permit kepada pekerja asing, agensi pekerjaan mempunyai ribuan visa pelawat untuk pendatang ini. Dalam ertikata lain, kita sebenarnya yang mmebawa pendatang tanpa izin ini masuk dan dalam program 6P, kita seterusnya mendaftarkan 1.5 juta pendatang. Kemudian, untuk mengawal mereka, Najib dan Hisham mengambil 2.5 juta anggota RELA bagi melindungi negara.
Tidak hairan la pembangkang mensyaki sesuatu dan Idris Jala- menteri di Jabatan Perdana Menteri-meramalkan negara akan bankrup pada tahun 2019.
Malaysia Chronicle

SAMY VELLU FIRST ATTACK?


Pendedahan Samy mengelirukan rakyat

Pendedahan Samy mengelirukan rakyat

Datuk Seri Samy Vellu tiba-tiba membuat kenyataan media bahawa kekalahan beliau di Sungai Siput dalam PRU12 adalah kerana anti kempen yang disusun oleh Tun Mahathir. Pertama sekali, kenapakah perkara ini tidak dipampang oleh Datuk Seri Samy Vellu sebaik sahaja beliau kalah dalam pilihanraya itu? Kedua, kenapakah beliau membuat kenyataan ini selepas 4 tahun selepas PRU 12? Ada sesuatu yang tidak kena dengan kenyataan pacul yang dibuat oleh beliau. Saya rasa cukup yakin bahawa Datuk Seri Samy Vellu sedar bahawa ‘bermain air basah, bermain api letup’. Oleh yang demikian, kenyataan beliau itu pasti dibuat selepas berfikir masak-masak akan akibatnya.
Walau bagaimanapun kenyataan media yang dibuat oleh Datuk Seri Samy Vellu telah membuka mata seluruh rakyat Malaysia. Datuk Seri Samy Vellu menuduh Tun Mahathir sebagai orang yang bertanggungjawab bagi kekalahannya dalam PRU12. Kenapakah Tun Mahathir mahu Datuk Seri Samy Vellu kalah? Tun Mahathir dan Datuk Seri Samy Vellu dilihat begitu sahabat akrab dan rakan kongsi utama dalam komponen Barisan Nasional. Perkara ini diketahui dan terpahat dalam minda seluruh rakyat Malaysia. Apa pula yang menyebabkan Tun Mahathir membenci Datuk Seri Samy Vellu sehingga mahu melihat beliau tumbang dalam pilihanraya. Mesti ada sesuatu sebab yang masih belum diketahui oleh rakyat Malaysia.
Oleh yang demikian, Datuk Seri Samy Vellu harus mendedahkan semua perkara-perkara yang disimpan dalam hatinya sebagai rahsia setakat ini. Datuk Seri Samy Vellu telah berani tampil ke hadapan untuk menuduh Tun Mahathir yang menamatkan ‘riwayat’ politiknya. Tetapi, pendedahan itu tidak cukup kerana tidak ada bukti yang kukuh untuk kenyataan yang dibuat oleh beliau. Datuk Seri Samy Vellu harus membongkarkan sebab-sebab Tun Mahathir mahu memalitkan dan menumbangkan beliau. Apakah keuntungan bagi Tun Mahathir jika Datuk Seri samy Vellu kalah dalam pilihanraya.
Datuk Seri Samy Vellu juga perlu mendedahkan kaedah-kaedah yang digunakan oleh Tun Mahathir untuk menumbangkan beliau dalam pilihanraya umum. Ini adalah penting untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa orang yang menghancurkan riwayat politik seorang Presiden MIC yang paling berpengaruh ialah Tun Mahathir. Datuk Seri Samy Vellu mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan segala-galanya mengenai orang yang menumbangkan beliau dalam PRU12.
Kenyataan media Datuk Seri Samy Vellu hanya mengelirukan rakyat dan tidak mempunyai asas yang kukuh. Maka, beliau perlu menjernih air yang dikeruhkan olehnya beberapa hari yang lalu. Rakyat Malaysia juga berhak mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku dalam percaturan politik negara kita sebelum dan semasa PRU12.
V Sivakumar ialah ADUN Tronoh

Monday, April 16, 2012

PATUT JAWAB DULU KENAPA RON95 LAGI MAHAL DARI RON97

Harga Minyak Dunia dalam trend menurun semenjak masuk bulan April bukan menaik. Kenyataan Menteri ini membuktikan, kalau BN menang PRU-13 minyak akan naik harga.


Kerajaan Tiada Hasrat Naik Harga RON95 - Ismail Sabri
BERA: Kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga atau memberhentikan pemberian subsidi minyak petrol RON95 walaupun harga minyak mentah semakin meningkat di pasaran dunia.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika langkah itu diambil, sekali gus akan menyebabkan harga barangan keperluan seperti gula, tepung, minyak masak dan lain-lain akan naik secara mendadak.
"Minyak petrol merupakan keperluan utama dan jika kerajaan menaikkan harga sudah tentu peniaga akan menaikkan harga barangan tersebut dan ini akan membebankan rakyat.
Justeru itu, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak menaikkan harga minyak walaupun harganya semakin meningkat di pasaran dunia, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perjumpaan dengan petugas Jalinan Rakyat (JR) UMNO Bahagian Bera di sini, Ahad.
Mengulas lanjut, beliau berkata, jika dibandingkan harga minyak petrol RON95 di negara ini dengan negara jiran serantau, ia jauh lebih murah iaitu RM 1.90 seliter, selepas kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.09 sen seliter.
Katanya, di Thailand minyak petrol dijual RM4.71 sen (seliter), Filipina RM5.85 sen, Singapura RM5.48 dan Indonesia RM3.08 sen.
Ismail Sabri bagaimanapun tidak dapat meramalkan bila harga minyak petrol akan turun kerana ia bergantung dengan ekonomi global.
Dalam pada itu, beliau memberi amaran tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010, terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan secara melampau.
"Tahun lepas lebih 100 peniaga restoran telah dikenakan tindakan di bawah akta tersebut apabila didapati mengaut keuntungan dengan mengenakan harga tidak munasabah apabila mengenakan bayaran antara 50 sen hingga RM1 untuk segelas air kosong.
"Susulan itu tiada lagi peniaga yang mengenakan harga yang tidak munasabah kepada pelanggan dan harga air kosong segelas hanya dikenakan kurang daripada RM0.50," katanya. BERNAMA

Thursday, April 12, 2012

Jika PR tak cadang mansuh PTPTN, ada bran syor?


PTPTN Digesa Hapus Kadar Faedah 1%, Tindakan Senarai Hitam - Khairy
KUALA LUMPUR: Pemuda Umno mencadangkan supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)menghapuskan kadar faedah 1% yang dikenakan terhadap pinjamannya.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kadar faedah 1% yang dikenakan terhadap kos pentadbiran PTPTN adalah terlalu banyak berbanding perbelanjaan mengurus sebenar perbadanan itu.
"Kami diberitahu bahawa PTPTN hanya membelanjakan RM65 juta setahun untuk menjalankan operasi, jadi kadar faedah 1% daripada berbilion-bilion yang diberikan setiap tahun adalah jauh lebih daripada yang diperlukan.
"Kami berharap peminjam PTPTN tidak akan dibebani dengan hutang tambahan dan hanya perlu membayar pinjaman sebenar mereka," katanya semasa Majlis Penutup dan Penyerahan Resolusi Persidangan Meja Bulat Mahasiswa Nasional di sini, Rabu.
Beliau turut menggesa kerajaan untuk memansuhkan tindakan menyenarai hitam peminjam yang liat membayar pinjaman sehingga menyekat urusan mereka ke luar negara dan mendapat pinjaman bank.
Walaupun beliau bersimpati dengan PTPTN yang menghadapi masalah untuk menasihatkan peminjam supaya membuat pembayaran balik, Khairy berkata, Pemuda Umno akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyediakan pangkalan data kepada PTPTN dan membantu menjejaki peminjam yang belum menjelaskan pinjaman.
"Tindakan menyenarai hitam dan menyekat peminjam ke luar negara atau membuat pinjaman akan memberi beban kepada mereka," katanya.
Beliau berharap agar PTPTN memperkenalkan satu mekanisme untuk menuntut bayaran balik sebaik saja peminjam memperoleh pendapatan selesa.
"Mungkin terdapat segelintir peminjam yang selepas enam bulan menamatkan pengajian mendapat pekerjaan dengan gaji yang sedikit seperti kerani dan eksekutif junior," katanya.
Selepas mesyuarat selama dua hari anjuran Biro Institusi Pengajian Tinggi Pemuda Umno Malaysia bersama PTPTN, 15 resolusi yang dicapai akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusof berkata, jumlah pinjaman yang gagal dijelaskan mencecahkan RM24.7 bilion disebabkan sikap tidak peduli peminjam mengenai perkara ini.
"Kami sebenarnya begitu fleksibel apabila membabitkan pembayaran semula. Anda boleh datang ke pejabat kami dan membayar RM1,000 atau RM100 menerusi skim pembayaran bulanan," katanya.
Mengulas mengenai peminjam yang disenarai hitam, perbadanan itu kebiasaannya akan menghantar empat surat amaran terlebih dahulu.
"Jika peminjam masih gagal membuat bayaran, mereka boleh dikenakan tindakan mahkamah," katanya.

Tuesday, April 10, 2012

AKU TAK LEBONG LAA...

Susulan dari entri saya terdahulu DISINI Ini bukti bergambar saya tak lebong atau edit berita. ha ha ha... adehh.... parah dah rakyat kena tipu ker?

THE PICTURE SAYS IT ALL. . . . . Gambar diambil menggunakan kamera HP pada jam 16:00 di Pam stesen Shell Seksyen 9.

ATAU adakah sebenarnya subsidi ni cuma atas kertas saja tapi sebenarnya tak ujud?

Cerita Dolu Dolu