Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, October 04, 2011

TAHNIAH - INILAH MAKSUD SAYA.Terima atau Tak bebanan BN. NO EXCUSE ANYMORE


Pembangkang Umum Tiga Wakil Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengumumkan tiga nama ahli Parlimen pembangkang yang akan menganggotai Jawatankuasa PilihanKhas bagi mengkaji mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya.
Tiga ahli Parlimen berkenaan ialah Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) dan Anthony Loke (DAP-Rasah).
"Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat telah putuskan bahawa ahli Parlimen berkenaan akan terlibat dalam jawatankuasa ini...keputusan ini telah kita buat dua atau tiga minggu yang lalu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini.
Selain itu Anwar yang juga Ketua Pembangkang sekali kali mengulangi pendirian Pakatan Rakyat untuk memberi komitmen sepenuhnya dalam Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut.
"Kita sepakat untuk beri laluan dan kerjasama, tapi ingin saya ingatkan Perdana Menteri agar tidak menjadikan jawatankuasa ini sebagai helah untuk lengahkan pilihan raya ataupun ketepikan tuntutan Bersih (Gabungan PIlihan Raya Bersih dan Adil) dan pembangkang," katanya.
Tambah beliau lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga diingatkan agar tidak menjadikan keputusan penubuhan jawatankuasa ini sebagai alasan untuk melengahkan tangunggungjawab mereka terutama dalam isupembersihan daftar pemilih.
"Kita tekankan agar SPR jangan bagi alasan untuk buat lengah dan tidak buat apa-apa," katanya.
Sebelum ini, Barisan Nasional (BN) mengumumkan wakil mereka dengan diketuai oleh Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili, Datuk Alexander Nanta Linggi (Kapit), Datuk Seri Mohd RadziSheikh Ahmad (Kangar), Tan Sri Dr Fong Chan Onn (Alor Gajah) dan P. Kamalanathan (Hulu Selangor).
Bagaimanapun konsensus ahli Parlimen Bebas masih belum mengumumkan wakil mereka.
Pada 15 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu dalam usaha menambah baik proses pilihan raya serta memperkukuhkan undang-undang dan danperaturan berkaitan pilihan raya di negara ini.

Monday, October 03, 2011

TPM, BOLEH JELASKAN PENDIRIAN BN DAN UMNO PULAK?

Setakat ini aje mentaliti TPM? Buat malu aih. BN bila pulak nak jelaskan pendirian? UMNO bila pulak? Nak hudud ke tak nak? Kalau nak bila nak buat? Alasan masyarakat majmuk lah hapelah tu cuma alasan. Hudud dibawah mahkamah syariah maka untuk umat Islam sahaja apa kaitan dengan masyarakat majmuk? Bukankah jadi alternatif untuk BN bentangkan dan pinda perlembagaan yang menghalang perlaksanaan. Talk b*ll is easy. 
Pendapat Mufti Pahang disini gunapakailah sket. MASALAHNYA bila pikir hudud dok pikir POTONG TANGAN. Itulah kebodohan mentaliti. Takzir, Qisas semua tu tak amik tau langsung ke? Hukum hudud yang besar melibatkan curi dan zina. 2 ni jadi isu besar pada mereka yang beri alasan hudud tak dapat dilaksanakan. Curi - nanti orang Islam kudong. Zina - mana nak cari 4 saksi benar. KAGHHH PTUIIII.....

DAP, PKR perlu perjelas pendirian isu hudud 

KUALA LUMPUR - DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menyatakan pendirian jelas berhubung pe-laksanaan hukum hudud memandangkan Pas tekad meneruskan undang-undang itu di Kelantan dan di negara ini, jika pembangkang mengambil alih pentadbiran kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gabungan pembangkang itu perlu segera zahirkan pendirian sebenar mereka dan tidak mengelirukan rakyat serta meletakkan mereka dalam keadaan tidak menentu.
“Yang penting bukan soal pendirian Barisan Nasional (BN) tetapi pendirian parti lain dalam PKR itu sendiri. Sebelum ini mereka tidak setuju pelaksanaan hukum hudud, tetapi Pas tekad untuk teruskan.
“Ini memberi kesan kepada rakyat yang perlu fikir dan membuat pilihan pada PRU nanti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar dan Sukan Bersama Pemimpin Penjawat Awam Malaysia-Singapura 2011 di sini, semalam.
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pembangkang (MPP) selama tiga jam Rabu lalu, tidak menyatakan secara jelas pendirian mereka berhubung isu hudud.
Sebaliknya, Penasihat PKR, yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, isu hudud dilihat dari sudut dasar-dasar bersama yang dipersetujui seperti terkandung dalam Perlembagaan, dasar bersama pembangkang dan Buku Jingga.
Muhyiddin menggesa Anwar, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk ‘bersuara’ dengan jelas dan tidak lagi berdolak-dalik dalam isu itu.

Friday, September 23, 2011

BUKTI UMNO/BN 'MEMPERTAHANKAN' HAK MELAYU

UMNO CUBA GADAI TANAH REZAB MELAYU


SHAH ALAM 23 SEPT : Umno Puchong didakwa cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu di kawasan itu namun ia berjaya dihalang oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Berdasarkan maklumat yang didedahkan di dalam portal Malaysia Waves, tanah rezab Melayu itu cuba dijual kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan bumiputra.

Menteri Besar menerima permohonan berkenaan daripada pejabat Pengarah Tanah dan Galian Selangor pada tahun lalu. Dalam surat berkenaan juga dinyatakan syor Pentadbir Tanah Daerah Petaling yang menolak permohonan berkenaan atas alasan mengekalkan kouta bumiputera.

Manakala syor daripada Pejabat Tanah dan Galian pula menyatakan tidak disokong kerana pindah milik di antara pertubuhan bumiputera kepada syarikat bukan bumiputera.

Keputusan ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor masih menjaga perkara berkenaan hak-hak orang Melayu di negeri ini, sekali gus menolak dakwaan Umno selama ini bahawa KEADILAN dan PAS tunduk kepada DAP.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin ketika diminta mengulas perkara ini menggesa Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Satim Diman memberi penjelasan berkenaan cubaan menggadai tanah rezab Melayu yang berada di atas nama Bahagian Umno Puchong.

Katanya, ini membuktikan kegagalan mereka dalam memperjuangkan tanah-tanah simpanan Melayu di negeri ini.

“Dalam soal ini, mereka yang memperjuangkan hak Melayu, memperjuangkan hak simpanan tanah Melayu itu sudah jauh ketinggalan, sebab yang jelas, ribuan ekar tanah hak rakyat Selangor, gagal mereka pertahankan,” katanya.

Tambah Faekah lagi, sejak Pakatan mengambil alih Selangor, sudah banyak pendedahan yang dilakukan berkaitan soal tanah penganugerahan tanah yang tidak telus.

“Pada kita (kerajaan Selangor) sudah buktikan bahawa sebelum Pakatan mengambil alih pentadbiran, bahawa banyak tanah-tanah di negeri Selangor telah diberi sama ada secara pukal atau secara racik-racik kepada orang yang tidak memerlukan dan tidak sepatutnya dapat.

“Isu yang lebih besar tentang tanah ialah bagaimana ketika dahulu tanah-tanah diberikan kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri, selepas itu anak-anak syarikat pula mengagih-agihkan kepada syarikat lain.

"Itu modus operandi yang sangat ketara dan kalau saya sebut satu per satu, rakyat Selangor akan terkejut sebab saya sendiri terkejut perkara itu berlaku secara berleluasa,” jelas Faekah.

Thursday, September 22, 2011

KAH KAH KAH. MALAYSIA BOLEH!

McDonald: Anwar's case the only such one in the world

The Australian expert described Anwar Ibrahim's case where the chemist managed to retrieve DNA after 56 hours from the rectum and left another 48 hours in the open, as one of the longest documented discoveries in the world if the results could be believed.

Monday, September 19, 2011

KEWIBAWAAN JABATAN KIMIA MALAYSIA DIPERTIKAI - malu syeeh...


Liwat II: Sampel DNA Tidak Semestinya Dari Air Mani
KUALA LUMPUR: Pakar asid deoksiribonukleik (DNA) Australia, Dr Brian Leslie McDonald pada Isnin memberitahu bahawa sampel DNA yang ditandakan sebagai 'Male Y' dalam analisis kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak semestinya berasal daripada air mani.
Bagaimanapun, McDonal yang dipanggil sebagai saksi pembelaan keempat kepada Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh juga tidak dapat memastikan jika sampel tersebut datang dari sel bukan air mani.
"Saya tidak dapat tahu kerana tiada keterangan yang dapat menyatakan sampel tersebut diperoleh daripada sel tubuh yang mana," katanya di Mahkamah Tinggi di sini.
Perbicaraan sebelum ini menyatakan bahawa sampel 'Male Y' adalah milik Anwar.
Menjawab soalan peguam Ram Karpal Singh yang mewakili Anwar, beliau juga memberitahu bahawa sel DNA yang diperoleh daripada seseorang individu adalah sama, tidak kira sama ada ia diperoleh daripada air liur mahupun darah.
Beliau juga menambah, sampel tersebut juga berkemungkinan boleh datang daripada botol air mineral atau tuala yang diperoleh daripada lokap Anwar ditahan sebelum ini.
Oleh itu, McDonald memberitahu, adalah penting agar satu ujian terperinci dilakukan iaitu dengan mengambil sampel tersebut dan diletakkan ke dalam sisip kaca untuk dilihat di bawah mikroskop bagi memastikan ia adalah air mani.
Pada keterangan lain, McDonald juga mendakwa laporan kimia yang dilakukan oleh ahli kimia, Nor Aidora Saedon telah tersilap dalam laporannya apabila mengatakan hanya satu profil DNA ditemui pada analisis yang dilakukan terhadap tuala tersebut.
McDonald menambah, analisis yang dilakukan oleh Nor Aidora dan seorang lagi ahli kimia, Dr Seah Lay Hong juga bercanggah dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Kimia kerana didakwa gagal untuk melaporkan bahawa terdapat percampuran profil DNA dalam analisis yang dilakukan.
Beliau juga sekali lagi menegaskan bahawa, laporan yang disediakan tidak menunjukkan bahawa sampel DNA telah 'merosot' adalah tidak konsisten dengan sejarah sampel berkenaan.
Keterangan beliau sebelum ini menyatakan akan berlaku kemerosotan kepada sampel yang tidak dibekukan dengan serta-merta (suhu yang sesuai adalah negatif 20 darjah selsius).
Berdasarkan keterangan sebelum ini, sampel DNA itu diperoleh dua hari selepas kejadian liwat didakwa berlaku dan disimpan selama dua hari di dalam suhu bilik sebelum dihantar ke makmal untuk dianalisis.
Anwar, 64, sedang membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Jika disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan disebat.
Beliau didakwa di mahkamah untuk kali pertama pada 7 Ogos 2008 sebelum perbicaraan bermula pada 3 Februari 2010 manakala pada 16 Mei lalu, Anwar dipanggil untuk membela diri.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah akan bersambung pada Selasa dan pihak pendakwaan dijangkakan akan menyoal balas McDonald berhubung keterangannya.

Cerita Dolu Dolu