Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, June 14, 2011

SENANGNYA DALAM HATI, KALAU JADI MB, BOLEH ARAH SANA-SINI

Dulu kerap dengar cerita fasal Khir Toyo yang tidak suka(?) black and white termasuk mesyuarat Exco. Mesyuarat takde minit yang diedarkan kepada exco kecuali semasa mesyuarat tersebut - camana nak laksanakan dan bincangkan dengan baik? angguk-angguk, geleng-geleng la jawabnya. Dalam kes sekarang tidak menghairankan jika tiada rekod ujud untuk transaksi pembelian dan bayaran kerja MELAINKAN rekod cek sahaja.
WALAU APA PUN. Mana dapat juta-juta tu? Dan nampaknya saksi juga bayarkan bagi pihak sebanyak 4J tapi tak terima bayaran balik.
Saya Diarah Beli Banglo RM6.5 Juta - Syamsuddin
SHAH ALAM: Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, bahawa beliau tidak mempunyai pilihan selain mematuhi arahan bekas Menteri Besar (MB) Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo agar membeli dua lot tanah dan rumah di Seksyen 7, di sini pada tahun 2004.
Menurut beliau yang juga bekas rakan subahat Mohamad Khir yang dibebaskan dari pertuduhan tersebut, suruhan itu diutarakan oleh bekas menteri besar terbabit dalam satu perbincangan yang turut disertai oleh seorang ahli perniagaan, Datuk Sumadi Ismail.
"Saya setuju untuk beli kerana saya seorang ahli perniagaan dan mempunyai projek di Selangor manakala beliau pula seorang MB. Seorang MB minta saya beli rumah, pada saya, saya tiada pilihan. Patut diteruskan," katanya yang menyambung keterangannya yang terhenti pada Rabu lalu.
Saksi pendakwaan kedua itu seterusnya memberitahu, Mohamad Khir pada awalnya meminta agar Sumadi membeli rumah tersebut, tetapi permintaan itu ditolak oleh Sumadi atas alasan beliau mempunyai komitmen lain.
"Mohamad Khir suruh saya pula yang beli. Waktu itu pemahaman saya adalah beliau berminat dengan rumah itu dan mungkin satu hari, beliau mahu membeli rumah tersebut daripada saya," tambahnya.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamed, Shamsuddin, 55, memberitahu pemilik asal hartanah tersebut, Saiful Aznir Shahabudin, 51, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kebangsaan Berhad, menawarkan harga RM7 juta sebelum dipersetujui kedua-dua pihak kepada RM6.5 juta.
Tambahnya, pembayaran pendahuluan hartanah itu sebanyak 10 peratus, iaitu RM650,000 dibuat secara tunai, sementara bakinya dibuat secara tunai dan cek, termasuk wang yang dipinjamnya sebanyak RM3,010,000.
Shamsuddin dan Saiful Aznir menandatangani perjanjian jual beli pada 23 Disember 2004.
Pada keterangan lain, Shamsuddin memberitahu, Mohamad Khir telah melantik pereka laman bebas, Nasir Ismail, 55, untuk melakukan pengubahsuaian kepada rumah itu dan saksi ada membuat pembayaran berjumlah RM1.5 juta secara tunai kepada Nasir.
"Setiap kali saya buat pembayaran, saya akan maklumkan kepada Mohamad Khir. Beliau tidak akan cakap apa-apa. Sepatutnya beliau yang bayar," katanya dan menambah, tidak pernah menerima semula wang yang dibayarnya.
Shamsuddin juga memberitahu, hartanah tersebut yang dibelinya di atas nama Ditamas Sdn Bhd telah dijual dan dipindah milik kepada Mohamad Khir dan isteri, Zahrah Kechik pada tahun 2007.
"Perbincangan berlaku antara saya dan Mohamad Khir. Dia mahu penjualan pada harga RM3.5 juta. Saya sebenarnya tidak bersetuju kepada harga itu terlalu rendah dan saya nyatakan sekurang-kurangnya RM5 jutahingga RM5.5 juta.
"Waktu saya beli harga RM5 juta, tambah ubahsuai RM1.5 juta, jadi harganya sudah naik menjadi RM6.5 juta. Saya nak bagi diskaun sedikit, sebab itu saya letak RM5.5," katanya.
Beliau seterusnya menambah, Mohamad Khir memaklumkan bahawa beliau hanya boleh membeli rumah tersebut pada harga RM3.5 juta, yang kemudiannya dipersetujui oleh saksi.
Semasa diminta menjelaskan mengapa beliau bersetuju untuk menjual pada harga yang rendah, Shamsuddin berkata:
"Setelah berbincang dengan orang rumah saya (isteri), saya ada projek di Selangor dan seorang MB mahu rumah saya dengan harga RM3.5 juta. Saya setuju kerana khuatir dengan kedudukan saya sebagai seorang ahli perniagaan di Selangor dan projek saya tergugat."
Katanya lagi, perjanjian jual beli antara beliau dan Mohamad Khir serta Zahrah Kechik ditandatangani pada 29 Mei 2007.
Saksi seterusnya menerima deposit RM500,000 menerusi cek bertarikh 28 Mei 2007 yang ditandatangani oleh Mohamad Khir manakala bakinya RM3 juta dibayar menerusi cek kepada Ditamas bertarikh 16 Ogos 2007.
Perbicaraan hari ketiga pada Isnin ditangguhkan kepada Selasa, ekoran permohonan peguam M. Athimulan yang mengetuai barisan pembelaan Mohamad Khir mengemukakan hasrat mereka untuk mencabar kredibiliti Shamsuddin.
Athimulan memberitahu, pihaknya mahu membuat permohonan agar mahkamah memerintakan pihak pendakwaan untuk mengemukakan rakaman percakapan saksi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pembelaan yang akan digunakan untuk tujuan tersebut.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membenarkan perbicaraan ditangguhkan atas alasan 'demi keadilan' dan permohonan tersebut dijadualkan didengar pada Selasa.
Mohamad Khir, 45, dibicarakan atas tuduhan mendapatkan bagi dirinya dan Zahrah, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah daripada Syarikat Ditamas Sdn Bhd, melalui pengarahnya Shamsuddin, pada harga yang murah.
Hartanah tersebut yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi MB Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.
Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Monday, June 13, 2011

PENEMUAN BARU SELEPAS 3 BULAN - TSUNAMI 40M


Kiraan terbaru melangkaui kiraan awal dan menjadi rekod yang tidak diingini oleh mana-mana negara pun. Kalau ketinggian sama landa Malaysia? Kelang hapus langsung agaknya. Melaka dan Port Dickson juga sama. Pulau Pinang? Bagaimana pula Pantai Timur? Huh. Ngeri membayangkannya. Semoga bala Allah sebegitu tidak sampai ke bumi bertuah ini.
March 11th tsunami a record 40-meters high
Japan's Meteorological Agency and researchers have found that the tsunami of March 11th reached heights of up to 40 meters.

The precise height of the waves was not clear because automatic tide-gauge stations were destroyed and blackouts and communication failures occurred at the time of the disaster.

Experts have looked into traces of each tsunami in the affected area and found that around 10-meter waves reached wide areas of Iwate, Miyagi and Fukushima Prefectures.

They also found tsunami reached up to 40.5 meters in Miyako City in Iwate Prefecture, 37.8 meters in Noda village also in Iwate Prefecture, and 34.7 meters in Onagawa town in Miyagi prefecture.

Based on the collected data, researchers are now working on discovering how the giant tsunami was triggered.
Monday, June 13, 2011 06:03 +0900 (JST)

Thursday, June 09, 2011

LANDSKAPER BANGKRAP - BAYAR CASH... BAEK PUNYA COVER

UPDATE MAKLUMAT TERBARU : WOW! Tanah beli May, 2007 TAPI discussion BALI landscape Mar 2006.

According Nasir, the payment was in 13 cash instalments as he was a bankrupt and could not accept cheques. Five of the payments were collected from Shamsuddin Hayroni and eight from Khir himself of RM500,000 each.
Basir told judge Mohtarudin Baki he met Khir at the site of the bungalow in March 2006. According to Nasir, a former client, Karim Mansor, was also there as well as Khir's wife Zaharah Kechik, who did most of the talking.
The previous garden design for the bungalow was an Italian tropical concept but the Khirs wanted a Balinese garden similar to Karim's.

Khir Toyo bayar 7~8 kali X RM500K = RM 4.0J, 
Ditamas bayar (Bayarkan?) 4~5 kali X RM500K = RM 2.0J.
Beli tanah dan banglo asal = RM3.5J
Total = HAMPIR RM10J. Dalaman? Finishing bangunan? Lagi dan lagi? Hmmm.... logik gak cecah RM20JUTA beb.
Mohamad Khir Belanja RM6 Juta Ubah Suai Banglo
SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo didakwa telah membelanjakan kira-kira RM6 juta bagi kerja-kerja pengubahsuaian banglo di Seksyen 7, di sini yang berkonsep Bali.
Perkara tersebut didedahkan oleh pereka laman yang dilantik untuk melakukan pengubahsuaian tersebut, Nasir Ismail, 55, di Mahkamah Tinggi di sini, pada Khamis.
Menurut saksi, pembayaran wang tersebut dibuat secara tunai memandangkan status dirinya sebagai seorang bankrap.
"Empat atau lima pembayaran dilakukan oleh Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni manakala Mohamad Khir menjelaskan bayaran sebanyak tujuh atau lapan kali," katanya.
Setiap pembayaran melibatkan jumlah RM500,000.

BAGAIMANA DENGAN PENYEMBELIHAN DI AUSTRALIA? HALAL?

Tiada video disertakan jadi tidak boleh menilai dengan benar-benar cuma dari kenyataan tersebut tidak hairan jika dokumentari tersebut mengambil video penyembelihan Muslim (slashed?). Timbul persoalan apakah lembu di Australia tidak disembelih menurut syarak (dimatikan dulu baru sembelih?) Tidak berani membuat sebarang andaian tetapi sehingga menghentikan penghantaran lembu hidup ke Indonesia untuk memastikan tiada lagi penyembelihan secara hirisan? torehan? Harap ada mana-mana pihak boleh beri lebih penjelasan. Takkan sibuk fasal BARBICAN aje kot?

Australia halts cattle exports to Indonesia
Australia has suspended exports of live cattle to Indonesia after video footage showed brutal treatment of such animals at slaughterhouses there.


A local Australian TV station last week aired a documentary showing cattle being flogged and taking minutes to die after their necks were slashed repeatedly, prompting an outcry in the country.


On Wednesday, the government said it will enforce an initial six-month suspension of shipments of live cattle to Indonesia until the country takes measures to end the practice.


It also says it will make sure that Australian live cattle are slaughtered appropriately in other importer countries, including Japan.

IAEA AND LYNAS WILL BE TRULY TRANSPARENT? WE HOPE SO.

IAEA to ask Japan for transparent nuclear report
NHK has learned that the International Atomic Energy Agency will ask Japan to provide a more transparent report on the nuclear crisis at the Fukushima Daiichi power plant.

NHK obtained the draft of a statement what will be announced at a meeting of ministers from IAEA member nations, scheduled to open on June 20th.

The 4-page draft calls on Japan to accurately report the nuclear crisis and share its assessment with the world so that it can learn from the accident.

It also calls on the UN nuclear watchdog to draw up concrete plans based on the ministerial debate to create international arrangements to promote the safety of nuclear power.

The draft also takes the different energy policies among the member nations into consideration. It notes that some countries have decided to scrap their reactors following the accident in Japan, while others are continuing to use nuclear power to meet energy demands.

The member nations will work out a statement based on the draft at the upcoming ministerial meeting after holding working-level discussions.

Thursday, June 09, 2011 06:02 +0900 (JST)
IAEA to survey radioactive contamination in sea
The IAEA, the UN nuclear watchdog agency, is to survey the long-term effects of the spillage of radioactive water from the damaged Fukushima Daiichi nuclear power on the maritime environment in the Pacific Ocean.
The International Atomic Energy Agency made the decision at a regular meeting of board governors in Vienna on Tuesday.
Australia, South Korea and Indonesia will lead the survey on possible sea pollution in the Pacific Ocean and the East China Sea.
The survey will collect samples of radioactive substances in sea waters and will compare them with data collected before the nuclear accident in Fukushima.
The maritime survey will be conducted over 4 years, beginning in July.
Tuesday, June 07, 2011 21:08 +0900 (JST)

Cerita Dolu Dolu