Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, May 24, 2011

KAH KAH KAH. Orang cerita fasal ikan, dia cerita fasal ayam

Tidak Ada Pendatang Asing Daftar Sebagai Pemilih - Abdul Aziz
PUTRAJAYA: Tidak ada pendatang asing yang didaftar sebagai pemilih kerana pengesan utama yang digunakan dalam menentukan kelayakan permohonan sebagai pemilih ialah kad pengenalannya, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau berkata semasa proses pendaftaran pemilih melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) yang diguna pakai oleh SPR, pengenalan pemohon akan dihubung kait dengan 'Agency Link-Up System' (ALIS) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Menurutnya ALIS yang mempunyai 33 jenis tapisan atau semakan wajib bagi setiap permohonan, akan menolak permohonan mereka yang bukan warganegara untuk didaftar sebagai pemilih.
Bercakap dalam satu dalam satu temubual khas di pejabatnya di sini baru-baru ini beliau berkata, jika ada sebarang cubaan untuk mendaftar permohonan yang tidak sah, sistem yang ada akan menolak transaksi atau kemasukan data itu secara automatik.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pihak-pihak tertentu yang menurutnya mempertikai kononnya berlaku pendaftaran pendatang asing sebagai pengundi, di samping mempertikai proses pendaftaran anggota polis sebagai pengundi. Abdul Aziz berkata tapisan dan semakan yang dilaksanakan oleh sistem ALIS bukan sahaja menolak mereka yang bukan warganegara, malah ia juga menolak permohonan daripada mereka yang belum layak dari segi umur dan yang mengemukakan kad pengenalan palsu.
Katanya jika ada pihak tertentu yang mempunyai sebarang bukti berhubung perkara itu, beliau meminta supaya ia dikemuka kepada pihak SPR bagi membolehkan siasatan dilakukan.
"Saya ingin dapatkan senarai itu (pendaftaran pendatang asing sebagai pengundi) yang lengkap dengan nama mereka, nombor pasport dan butirannya sebagai pengundi. Saya nak dapat bukti kerana adalah suatu perkara yang tidak mungkin bagi pendatang asing boleh didaftar sebagai pemilih," katanya.
Mengenai pendaftaran polis sebagai pengundi pos dan juga pengundi awam, Abdul Aziz berkata permohonan untuk mendaftar nama sebagai pemilih pos bagi anggota polis dibuat di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia di Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah, di tempat anggota itu bertugas.
Katanya tapisan yang ketat dibuat ke atas permohonan anggota polis dengan mengikut catatan nombor kad pengenalan awam mereka dan SPR pasti akan dapat mengesan jika berlaku pendaftaran berganda.
Abdul Aziz berkata SPR juga menjalin kerjasama pintar dengan pihak polis dan tentera untuk membantu SPR membersihkan nama-nama pengundi dengan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali, dan proses pembersihan termasuk berkaitan pertukaran daripada pengundi pos kepada pengundi awam.
Mengenai dakwaan pihak-pihak tertentu kononnya perpindahan nama pengundi ke tempat lain berlaku tanpa permohonan dibuat oleh pemohon itu sendiri, Abdul Azizberkata ia tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya kerana perubahan tempat mengundi hanya boleh dilakukan oleh pemilih itu sendiri dan perkara itu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya.
"Kemukakan kepada SPR (jika ada) senarai orang yang dipindahkan ke tempat jauh oleh pihak lain dan bukan oleh pemohon itu sendiri, jangan cakap sahaja," katanya.-BERNAMA

Sunday, May 22, 2011

LAWATAN KERJA SAMBIL MINUM AIR? PERIBADI ATAU RASMI?

Najib, Rosmah attend daughter's US graduation

Written by  Malaysia Chronicle
Najib, Rosmah attend daughter's US graduation
WASHINGTON - Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and Datin Seri Rosmah Mansor were proud parents today as they watched their daughter Nooryana Najwa accept her scroll at Georgetown University.

They sat together with hundreds of other parents and relatives and witnessed Nooryana, 22, receive her Bachelor of Science in Foreign Service degree after a four-year course of study at the School of Foreign Service of the 222-year-old university.

Najib and Rosmah are in the United States from May 17 as part of the prime minister's working visit to New York and Washington.

"I am very grateful that my daughter has obtained her first degree from the Georgetown School of Foreign Service. I feel I have fulfilled my responsibility as a father and my daughter has garnered education in the field of her choice," Najib said following the convocation at the Healy Lawn of the university.

Also present at the event were their son, Nor Ashman, and the Malaysian Ambassador to the United States, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis.

Najib said the global experience and quality curriculum at the university would enable his daughter to face life's challenges well because the curriculum at the School of Foreign Service was suitable in the era of globalisation as students had to learn, among other things, a modern language in four years.

Asked what Nooryana intended to do, Najib said his daughter wanted to garner some working experience before pursuing her Masters degree.

Rosmah also said she was grateful that her daughter had successfully completed her studies at a world-renowned university.

"The sacrifices of my daughter and mine, as the mother, have borne fruit. I kept in constant contact with her to monitor the progress of her studies in between my responsibilities as the wife of the nation's leader," she said.

Rosmah said she made sure that she made time to monitor the progress of her daughter's studies even though she was busy with many programmes and responsibilities as the president and patron of various non-governmental and welfare bodies.

"I had to divide the time. I should practise what I preach. I hope parents will monitor the studies of their children so that they succeed and become useful citizens of the country," she said.

-- BERNAMA

Friday, May 20, 2011

50 DALIL VIDEO TERLAMPAU PALSU?

WAJIB BACA, WAJIB FAHAM, DAN WAJIB SEBAR

demi kesejahteraan politik Malaysia yang terlampau lucah nih... bantu aku sebarkan sebanyak mungkin... thanx!

1.Dato’ T disuruh Anwar Mencari jam Omega di Hotel tapi tidak menjumpainya. Jam yang dicari tidak dijumpai, jadi jam mana pula dimiliki oleh Datuk T dan ditunjukkan kepada wartawan..? Maka jam Omega yang diserahkan kepada polis itu milik siapa pulak?

2.Ketika mencari jam di meja solek Eskey terkejut apabila ternampak wayar berselirat. Dia cari jam jadi apa dia kisah dengan wayar berselirat?

3.Apakah semasa proses mencari jam tangan, Datuk T ada membawa apa-apa peralatan samada skru driver, pisau, kayu, besi atau apa-apa peralatan pertukangan yang membolehkan Datuk T menyungkil laci tersebut yang berkunci..?

4. CCTV 4 biji, Perakam 1 biji... macam mana nak sambung direct connection dari 4 CCTV ke 1 perakam tanpa menggunakan peralatan khas..?

5. Eskey beranggapan kerja memasang CCTV itu dilakukan oleh pihak hotel. Namun dalam kenyataan terbarunya dia mengakui dia terlibat dalam video itu.

6. Eskey kata pelacur itu berumur 20-an. Mana Datuk T tau umur pelacur tu "20-an"..? Dia sudah interview ke?

7. Sekiranya sipelaku telah meninggalkan hotel tersebut, sudah pasti sipelaku telah mendaftar keluar dan selepas mendaftar keluar, pihak house keeping hotel akan masuk kedalam bilik untuk membuat semakan senarai barangan untuk pengesahan check out. Kehadiran Anwar sepatutnya boleh dikesan melalui kaunter pendaftaran. Wayar dan CCTV sepatutnya house keeping yang nampak dulu dan melapurkannya kepada pengurusan hotel.

8. Sekiranya betul sipelaku kehilangan jam didalam bilik, Datuk Eskey sudah semestinya menghubungi pihak House keeping untuk memastikan jika terjumpa jam tersebut sebab hotel 5 bintang amat mementingkan ketulusan dalam perkhidmatan yang disediakan.

9. Selalunya laci meja bilik hotel tidak berkunci. Di dalamnya diletakkan A-Quran atau bible.

10. Sekiranya Datuk ini tidak berkonspirasi, sudah semestinya dalang yang meletak kemera tersebut akan memastikan pita tersebut dikeluarkan sebaik sahaja sipelaku meninggalkan bilik hotel.

11. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

12. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

13 Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

14 Bahagian belakang si pelaku (punggung) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

15 Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

16 Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

17 Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama cikgubad dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga

18 Che'Gu Bard telah 'berpura-pura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun Datuk T enggan melakukannya. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut dan mengesahkan itu adalah suaminya.

19 Dari pemerhatian Che'Gu Bard, video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.

20 Che'Gu Bard menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawanya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan untuk menjemputnya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.

21Saiful jumpa pegawai polis Rodwan Mohd Yusuf di sebuah hotel sehari sebelum
membuat laporan polis (Rodwan adalah pegawai penyiasat kes penyalahgunaan kuasa DSAI. Jawatan beliau sekarang ialah penolong pengarah bahagian jenayah perdagangan bukit aman selepas menjadi ketua polis Melaka dalam usia terlalu muda)

22 Polis Tidak Berminat Keterangan Saksi (Hasnuddin adalah pemilik kondominium bersebelahan unit di mana Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat)

23 Keluarga DSAI menafikan itu adalah Anwar. "Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.” Kata Wan Azizah.

Berdasarkan kenyataan Johari Abdul , Chegubard & Media:

24 Tangan pelakon berbulu (DSAI tidak berbulu)

25 Perut buncit (perut DSAI kempis)

26 Punggung tebal dan tonggek (punggung DSAI tipis dan tirus)

27 Kulit cerah (kulit DSAI agak gelap)

28 Bahu sasa dan masculine (bahu DSAI kecil dan tidak berotot)

29 DSAI buat laporan polis dengan pantas. Ini merupakan tindakbalas tepat bagi orang yang tidak bersalah

30 Polis lambat buat siasatan berbanding dengan kes Chua Soi Lek.

31 Polis cuma nyatakan video seks tulin bukan pelakonnya tulin.

32 Dato Suhaib Lazim (bapa saudara Johari Abdul) juga menyatakan pelakon dalam video seks itu bukan DSAI)

33 Polis tidak panggil RTC, Suhaib Lazim dan Eskay untuk disiasat dengan segera.

34 Polis tidak panggil Dato Johari dan Che'gu Bard untuk disiasat

35 Jelas sebuah konspirasi BN bila ia direstui oleh kerajaan. RTM dan TV 3 sama-sama tayangkan.

36 Rahim fitnah DSAI kerana dendam lama.

37 Eskay fitnah DSAI kerana dendam lama.

38 Madey terlibat, ini bukti dendam lama terhadap DSAI. Video ditayangkan selepas beberapa hari beliau melancarkan buku terbarunya. Di dalam buku itu beliau mendakwa DSAI mengadakan hubungan dengan empat orang pelacur.

39Hishamuddin berkata jangan ada sesiapa yang berani menuduh polis terlibat dalam pembikinan video ini. Opss...ada orang tuduh ke?

40 Nazri Aziz kata kenapa Anwar mengadakan sidang akhbar dan menafikannya sedangkan tidak ada orangpun menuduh Anwar terlibat. Tapi kalau Anwar lambat buat laporan, Nazri akan kata memang Anwar dalam video itu.

41 Ketiga-tiga orang dalang ini berjumpa dengan Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen untuk berbincang mengenai perkara ini. KEADILAN telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam.

42 Kenapa kamera hitam putih? Jawapan paling logik ialah kamera sedemikian akan memastikan muka pelaku dalam rakaman adalah “soft”, dan samar-samar. Ini membolehkan pelbagai tafsiran dibuat mengenai identiti pelaku. Persoalan penting adalah kenapa pihak yang membuat rakaman tidak menggunakan kamera biasa yang akan menampakkan dengan jelas wajah pelaku jika tujuan rakaman adalah untuk mendedahkan Anwar melakukan perbuatan sumbang.

43 Pelaku dalam video buat kerja dalam keadaan ada orang ketiga sedang memerhatikan. Korang sanggup ke orang lain tengok ketika korang buat kerja. Aku rasa kucing pun malu.

44 Pelaku juga buat kerja dalam keadaan terang dan telanjang bulat. Korang nak tayang ke korang punya barang kat orang lain.

45 Dua orang lelaki ada memegang remote control. Adakah ia remote penghawa dingin atau CCTV?

46 Video seks pada 21hb menunjukkan DSAI tidak berjanggut dan bermisai tetapi pada 22hb ketika DSAI menghadiri perbicaraan ada janggut dan misai.

47 Rambut DSAI agak panjang sedikit berbanding pelaku dalam video berambut pendek.

48 Lesung pipit Anwar amat ketara dan amat berbeza sekali. Lesung pipit malaun setan haramjadah tu kurang jelas dan melebar jauh dari bibir mulut.

49 Kedua2 belah pipi DSAI ada 2 lekuk hitam krn cenkung dan amat ketara di setiap gambar DSAI.

50 Datuk T sendiri mengakui video asal ada pada tangan mereka dan telah diserahkan kepada polis. Apabila video itu tersebar kepada awam, jelas sekali ia adalah perbuatan pihak polis sendiri dengan kerjasama Datuk T.

Wednesday, May 18, 2011

BUKAN PERTAMA DAN MUNGKIN BUKAN TERAKHIR

Adakah mereka yang menyerbu tersebut tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap kematian beliau? Adakah beliau mempunyai keluarga? Anak yang masih memerlukan dokongan dan sokongan bapa mereka? isteri yang masih bergantung kasih terhadap suaminya? Adilkah dibiarkan kematiannya tidak terbela? entahlah. Sukar untuk menafsirkan situasi sebenar. Cuma nak juga tahu apa beza Mat Skodeng dengan pihak penguatkuasa tersebut selain dari mempunyai kad kuasa? Sudah tentu ahli keluarga serta jiran-jiran akan ketahui jua apabila mayat dibawa kembali kerumahnya. Si mati tentulah sudah mati tetapi bagaimana pula dengan ahli keluarga beliau? Sudah tentu menjadi umpatan masyarakat dalam tempoh yang lama. Tiadakah cara yang lebih baik serta lebih tertib untuk menghalang kes-kes seperti ini dari berlaku lagi? Sekadar renungan. DRMAZA mempunyai pandangan yang sebegini.
Bekas Polis Maut Elak Dicekup JAWI
KUALA LUMPUR: Seorang bekas anggota polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di ibu negara ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) yang melakukan operasi cegah maksiat di hotel berkenaan awal pagi Selasa.
Ketika cuba melarikan diri melalui tingkap biliknya yang terletak di tingkat 16 hotel itu di mana dia menginap dengan pasangannya, mangsa yang berumur 49 tahun itu terjatuh di beranda tingkat lima bangunan dalam insiden kira-kira 2 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman yang dihubungi hari ini mengklasifikasikan kematian itu sebagai mati mengejut.
Beliau berkata mangsa mati serta-merta di tempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Zulkarnain berkata pihak Jawi telah mengambil keterangan daripada pasangan mangsa yang dipercayai janda berumur lingkungan 40-an untuk membantu siasatan dan beliau enggan mendedahkan identiti pasangan terbabit. BERNAMA

MENDOAKAN KESIHATAN TUN Dr M. SEMOGA LEKAS SEMBUH.

Semoga TDM lekas sembuh dan dapat menikmati hari-harinya seperti biasa (sekurang-kurangnya dengan harapan TDM dapat menikmati hidup lebih ceria dibawah PR selepas PRU13 hendaknya.)
Dr M Dimasukkan Ke IJN Mengadu Sakit Dada
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada pagi Rabu, setelah mengadu sakit dada.
Beliau dimasukkan ke wad biasa pada pukul 6 pagi tadi selepas mengalami demam dan batuk sejak dua hari lalu.
Dr Mahathir yang juga Penasihat Petronas pada ketika menjalani rawatan intravena antibiotik dan fisioterapi dada secara intensif.
Pembantu khas beliau, Sufi Yusof dalam satu kenyataan di sini berkata, Dr Mahathir dijangka berada di IJN selama seminggu.
Para doktor turut menasihatkan supaya beliau tidak menerima sebarang pelawat kecuali ahli keluarga terdekat.

Cerita Dolu Dolu