Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, April 21, 2011

ZAIRIL ITU CINA, KOH TSU KOON ITU MELAYU

Zairil kepada Mahathir: Usah berkata jika tiada yang bernas
Saya berasa amat kesal dan kecewa dengan kenyataan terbaru Mahathir Mohamad yang mendakwa bahawa parti DAP telah berjaya membawa politik perkauman kepada Sarawak. Tuduhan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama sekali.

Sebaliknya, adalah sindiran-sindiran yang sebegitu rupa yang menjadi punca ketegangan antara kaum di Malaysia. Sebagai seorang bekas Perdana Menteri dan negarawan yang dihormati ramai, beliau sepatutnya lebih matang dan tidak mengapi-apikan tohmahan yang boleh memecah-belahkan rakyat.

Sebagai seorang yang telah terlibat secara terperinci dalam proses perancangan, perangkaan strategi dan pelaksanaan kempen DAP untuk Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, saya boleh mengesahkan dengan tegasnya bahawa tiada sedikit pun unsur perkauman yang cuba dibangkitkan oleh parti kami.

Sepanjang kempen, isu-isu yang telah kami tekankan adalah seperti masalah pentadbiran, penyalahgunaan kuasa, rasuah yang berleluasa, polisi ekonomi yang tidak memanfaatkan rakyat, inflasi yang kian melambung dan kegagalan kerajaan untuk mengatasi masalah-masalah di atas.

Mungkin dalam pendapat Mahathir, hanya masyarakat Cina sahaja yang mengambil berat tentang isu-isu sedemikian? Bukankah itu satu penghinaan kepada rakyat Sarawak dan rakyat Malaysia secara umumnya?

Sebaliknya, pihak yang telah cuba menakut-nakutkan pengundi dengan isu-isu perkauman adalah parti-parti daripada BN seperti SUPP, PBB dan MCA.

Namun, rakyat Sarawak telah membuktikan kematangan mereka kerana tidak termakan umpan bersifat parokial seperti dakwaan bahawa "masyarakat Cina" akan kehilangan perwakilan dalam kerajaan jika wakil-wakil Cina daripada BN tidak berjaya dalam pilihanraya.

Seperti yang sudah sedia maklum, keputusan pilihanraya jelas menunjukkan bahawa rakyat Sarawak menolak sama sekali unsur-unsur politik perkauman dan sebaliknya inginkan wakil-wakil yang memperjuangkan keadilan dan kebenaran!

Tambahan pula, kenaikan undi yang diperolehi parti DAP bukan hanya daripada satu kaum tertentu. Dalam kawasan-kawasan seperti Meradong, Dudong dan Kirudong, kejayaan kami adalah hasil tambahan undi kaum Dayak yang cukup memberangsangkan. Di Batu Kawah pula, kemenangan DAP di situ tidak mungkin akan berlaku tanpa undi-undi orang Melayu/Melanau yang telah meningkat dalam sokongannya terhadap DAP.

Hakikatnya, saya yakin bahawa Mahathir sedar dan memahami dinamik politik di negeri Sarawak dan juga di seluruh negara. Namun disebabkan motivasi politik, beliau memilih untuk memainkan sentimen sempit perkauman untuk menjaga kepentingan BN. Sekali lagi, rakyat boleh melihat dengan sendiri bagaimana pemimpin-pemimpin BN akan menggunakan taktik pecah dan perintah untuk mengekalkan kuasa mereka.

Sebagai pengakhir kata, saya ingin mencadangkan satu pepatah bahasa Inggeris: if you have nothing good to say, say nothing at all. Jika anda tidak mempunyai apa-apa yang bernas untuk dikatakan, usahlah meluahkan walau sekata.

*Kenyataan media oleh Zairil Khir Johari selaku Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP).

Tuesday, April 19, 2011

NASI LEMAK SAJA? ROTI CANAI? MEE GORENG? GIMANA YG TAPAU?

Kaji semula hadkan nasi lemak

PERATURAN mengehadkan jualan nasi lemak di kantin sekolah dikatakan tidak akan membantu menyelesaikan masalah obesiti di kalangan pelajar. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Beberapa pertubuhan meminta kerajaan mengkaji semula arahan mengehadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana langkah itu kurang sesuai dan tidak menyelesaikan masalah.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, sekatan penjualan nasi lemak kepada sekali seminggu tidak akan menangani isu obesiti di kalangan pelajar jika kesedaran mengenai pemakanan berkhasiat di kalangan ibu bapa masih rendah.
Sebaliknya, kata beliau, ibu bapa sendiri harus memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak mereka melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta menekankan pemakanan seimbang.
"Tidak wajar penjualan nasi lemak dihadkan kerana ia makanan yang sinonim dengan masyarakat negara ini selain murah dan mengenyangkan," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan semalam yang menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah bagi membendung masalah pelajar mengalami obesiti.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu juga mahu pengusaha kantin hanya menjual nasi lemak sehari dalam seminggu.

MUNGKIN? HMMM TAK TAHU NAK KATA APA DAH....

Trio Datuk T Mungkin Dikenakan Tindakan Tayang Video Seks - Acryl
KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan akan bertindak ke atas trio Datuk T kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks melibatkan pelaku yang dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kemungkinan itu wujud berikutan siasatan mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah itu menjurus kepada mereka, pihak yang menayangkan video.
Beliau berkata kertas siasatan kes itu dijangka dihantar ke Pejabat Peguam Negara Khamis ini.
"Ada kemungkinan mereka akan didakwa mengikut Sekyen 292 itu kerana ia menjurus kepada mereka, pihak penayang."
"Namun bukan polis yang menentukan keputusan itu sebaliknya pejabat Peguam Negara. Kami akan adakan sidang akhbar nanti bila segalanya selesai," katanya ketika dihubungiBERNAMA di sini pada Isnin.
Ketika ditanya mengenai perkembangan kertas siasatan, beliau berkata masih terdapat dua lagi perkara yang perlu dikemaskini dan dilengkapkan dalam siasatan itu, sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.
"Kalau boleh bagi pihak kita seawalnya hantar (kertas) itu pada Khamis ini... sementara itu kami tunggu respons daripada pihak yang menyediakan dua perkara itu.
"Dua perkara ini tidak boleh didedahkan dahulu ketika ini kerana ia lebih kepada pendakwaan dan menganggu tugas pejabat Peguam Negara," katanya.
Ditanya mengenai sama ada polis mempunyai kuasa untuk menahan pelaku dalam video seks itu, Acryl berkata: "Kami (polis) tiada peruntukan undang-undang untuk menahan mereka dan mengambil keterangan.
"Kita kena rujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk sebarang penelitian dan semakan. Mungkin mereka ada peruntukan undang-undang terhadap si pelaku," katanya.
Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.

Monday, April 18, 2011

BERAPA PULA HARTA SEPENCARIAN AGAKNYA?

ADUN Pelabuhan Klang Bercerai Talak Satu
KLANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Ramizah Mazlan di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin.
Badrul Hisham, 51, dan Ramizah, 40, mendirikan rumah tangga pada 31 Julai 1993 dan dikurniakan lima anak iaitu Dzarul Ashroff, 17; Dzety Ashikin, 15; Dzureen Arysha, 11; Dzaleen Aryffa, 10, dan Dzarif Ashakimi, 5 tahun.
Perceraian tersebut dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malek Soleh, sedangkan pada asalnya prosiding itu ditetapkan sebagai sambung bicara permohonan fasakh yang difailkan oleh Ramizah.
Bagaimanapun, peguam syarie Mahyuddin Md Zahari memberitahu, Badrul Hisham bersedia untuk melepaskan Ramizah, yang turut bersetuju untuk menarik semula dakwaan dan keterangan yang telah dikeluarkannya pada perbicaraan lalu.
Pada prosiding itu, Ramizah yang pernah bekerja sebagai penjaga stor diwakili oleh peguam syarie Norrasyada Osman.
Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada Pilihan Raya Umum 2008 menerusi tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaimanapun membuat keputusan untuk menjadi ADUN Bebas selepas keluar daripada parti tersebut pada 29 Oktober 2009.
Beliau akhirnya menjadi ahli UMNO secara rasmi apabila mengisi borang keahlian pada Mei 2010.
Pergolakan perkahwinan Badrul Hisham mula menjadi perhatian apabila Ramizah memfailkan permohonan fasakh mengikut Seksyen 52, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Kes tersebut dibicarakan kali pertama pada 28 Jun 2010 dan semasa itu Ramizah diwakili oleh peguam syarie Ahmad Nazib Johari yang merupakan calon PKR pada Pilihan Raya Sarawak baru-baru ini.
Berdasarkan penyataan tuntutannya yang dikemukakan di mahkamh sebelum ini, Ramizah mendakwa rumah tangga mereka sering bergolak disebabkan oleh sifat Badrul Hisham yang dikatakan berkawan dengan perempuan lain dan cuai dalam tanggung jawabnya sebagai suami.
Ramizah juga mendakwa mereka telah tinggal berasingan sejak 4 Januari 2010 ekoran berlaku salah faham selepas dia mempersoalkan tindakan Badrul Hisham.

BERANIKAH ZAMIL SURUH PM SAMAN LIBERATION?

Saman jika benar difitnah - Zamil

KUALA LUMPUR 17 April - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dicabar untuk menyaman trio 'Datuk T' jika mereka bertiga menabur fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Anwar yang mendakwa difitnah oleh trio 'Datuk T' berhubung isu video seks baru-baru ini perlu berbuat demikian bagi membersihkan imej beliau yang kini terjejas teruk di mata rakyat.
"Sudah hampir sebulan isu video seks berkenaan dipertikaikan Anwar, namun kenapa tiada tindakan saman daripadanya? Jika tidak benar tuduhan tersebut, saman sahajalah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Jelas beliau, tindakan saman tersebut dilihat wajar kerana tuduhan-tuduhan tersebut melibatkan maruah diri seorang pemimpin yang mahu menjadi Perdana Menteri serta kredibiliti keluarganya iaitu isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah.
Tambahnya, hanya dengan menyaman trio 'Datuk T' iaitu ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim dapat menunjukkan bahawa beliau benar-benar menolak tuduhan terbabit.
Dalam pada itu, Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahhana Jamaludin berkata, sekiranya Anwar enggan menyaman 'Datuk T', maka adalah wajar Nik Abdul Aziz dan Pas pula mengambil tindakan undang-undang itu.
"Tindakan menyaman 'Datuk T' ini adalah wajar ekoran Ketua Pembangkang dan keluarga (isteri dan anaknya, Nurul Izzah) berkeras menafikan bahawa pelaku di dalam video seks itu bukan Anwar Ibrahim.
"Selain mendapatkan kebenaran, tindakan saman ini juga adalah perlu bagi membuktikan Nik Aziz jujur kepada pengikut-pengikutnya dan ia bukan satu permainan politik," katanya ketika dihubungi.
Jelas beliau, sekiranya Nik Aziz enggan menyaman Anwar maka sesuailah jolokan sebagai 'pelacur politik' untuk beliau kerana sanggup membelakangkan agama semata-mata ingin mempertahankan agenda politik.
"Sebelum ini, negara digegarkan dengan ajaran sesat oleh Ayah Pin, kini 'Ayah Nik' pula iaitu individu yang sanggup berbohong demi mempertahankan kuasa dan politik semata-mata,'' tegas Farahhana.

Cerita Dolu Dolu