Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, January 24, 2011

INDIA MASUK UMNO? BUKAN MIC KE? Bila PRK aje keluar parti. MELAYU DAH HABIS KOT.

100 anggota PKR Tasek Gelugor keluar parti, sertai BN

23/01/2011 6:16pm UTUSAN MELOYA

TASEK GELUGOR, 23 Jan. - Seramai 100 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tasek Gelugor di sini mengambil keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama parti berkenaan selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu yang gagal membela nasib dan kebajikan rakyat.

S. Thevandass yang mewakili kumpulan itu berkata, tindakan mereka keluar dari PKR juga disebabkan kecewa dengan parti itu yang gagal menunaikan janji kepada penduduk di kawasan Ladang Mayfield, di sini.

"Semua janji yang ditabur sebelum pilihan raya hanya janji kosong semata-mata, mereka (PKR) kata nak bantu orang India, tapi sampai sekarang apa pun mereka tidak beri,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang penyertaan mereka kepada Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Tasek Gelugor Dr. Mohd. Rozi Yusuf. - Bernama

SETUJU CADANGAN DAN TINDAKAN INI

Sebaiknya juga (walau tentu ramai membantah) menetapkan menurut kategori seperti berikut.

1. Warna plastik sampah menurut jenis/kategori sampah.
2. Hari kutipan - contohnya Isnin, Rabu dan Jumaat sampah buangan dapur, Selasa dan Khamis bahan boleh kitar semula.
3. Sampah yang bercampur tidak akan dikutip oleh kontraktor pemgutip sampah - didikan.

Masalahnya bolehkah ianya dilaksanakan? Boleh tetapi akan mengambil masa. Taiwan mengambil masa 10 tahun untuk penduduk dididik dan boleh mengasingkan sampah. Masalah pendatang asing dan penyewa mungkin masalah paling utama yang perlu diselesaikan serta pembuangan ke sungai atau longkang yang dijangka akan bertambah  buruk apabila dilaksanakan. Pendidikan harus dimulakan di sekolah. Bolehkah? Boleh jika benar-benar ikhlas serta tiada agenda terlindung.

MUNGKIN KALAU DILAKSANAKAN, TOKEH KILANG PLASTIK TERSENGIH SRONOK? Bukan pilihan atau dipolitikan tetapi harus dilaksanakan sebelum kita menyesal.

Saya berani mengatakan ianya boleh kerana saya dan ramai keluarga di taman ini melaksanakannya. Sampah kitar semula tidak dibuang tetapi dikumpul dan dihantar ke surau. Berhemah terhadap alam selain menambah dana untuk surau. 

SAMBIL MENYELAM MINUM AIR.

Wajib asing sampah pada 2013

Chor Chee Heung


DEWAN Rakyat sebelum ini pernah diberitahu sisa pepejal atau sampah yang dibuang oleh penduduk negara ini hanya akan mencecah 30,000 tan sehari menjelang 2020. Malangnya berdasarkan maklumat terkini, ia telah pun berlaku hari ini.

Antara penyumbang peningkatan mendadak sampah sarap ini dikaitkan dengan kebanjiran kira-kira tiga juta pendatang asing di negara ini.
Keadaan menjadi semakin mendesak apabila kempen-kempen kitar semula dianjurkan oleh kerajaan sehingga kini masih belum boleh dibanggakan, walaupun tahap kesedaran terhadap aspek tersebut menampakkan kesan.
Di sebalik kekalutan tersebut, wujud golongan tertentu yang menjadikan ia sebagai punca pendapatan.

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Kerajaan bakal mewajibkan isi rumah di negara ini untuk mengasingkan sampah kepada dua kategori iaitu bahan yang boleh dikitar semula dan sisa pepejal sebelum ia dikutip oleh pihak berkuasa pada 2013 nanti.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata, sebelum langkah itu dikuatkuasakan, satu siri kempen bagi meningkatkan kesedaran orang ramai untuk mengasingkan sampah-sarap akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun ini.

BELUM TENGOK DAN BINCANG DAH TENTANG? DERHAKA KAMU!


BN Selangor tetap dengan pendirian tentang pindaan esok

January 23, 2011
SHAH ALAM, 23 Jan — Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohamad Satim Diman hari ini berkata Barisan Nasional (BN) akan menentang pindaan Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 kerana tidak mahu melihat pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri hanya berfungsi sebagai “Pak Turut”.

Dewan Undangan Negeri Selangor akan bersidang esok bagi meminda Perkara 52 dalam undang-undang negeri bagi memulangkan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat
Undang-undang Negeri yang terletak dibawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
“Seolah-olah Menteri Besar nak berkuasa penuh. Adakah kita nak lihat umpamanya dalam satu pentadbiran kerajaan nak juga Setiausaha Kerajaan Negeri.
“Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang yang macam dicucuk hidung,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN di sini hari ini.
Satim berkata setiap kerajaan yang baik mempunyai polisi yang baik dan polisi itulah yang sepatutnya dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kerajaan sambil mempersoal kenapa sekarang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meragui kuasanya sendiri sehingga perlu meminda undang-undang negeri.
Katanya beliau bimbang jika pindaan itu diluluskan mungkin tidak akan ada kata putus dalam pelantikan tiga jawatan tertinggi kerajaan negeri sekiranya calon yang dikemukakan SPA kepada Sultan tidak dipersetujui oleh Menteri Besar kerana beliau mempunyai calon lain.
“Kita akan hadir dan mempertikaikan kenapa ia dijadikan isu yang besar, seolah-olah dia nak mengembalikan kuasa kepada Sultan, bukan nak kembalikan kuasa kepada Sultan tapi nak beri kata nasihat kepada Sultan bermakna dia lebih berkuasa dari Sultan,” katanya.
Satim berkata mesyuarat pada petang ini bersama-sama Adun BN adalah bagi membincangkan mengenai cadangan pindaan undang-undang yang akan dibentangkan dan dibahaskan esok.
Beliau berkata perbincangan dibuat pada hari ini memandangkan ramai Adun BN baru mendapat Rang Undang-undang pindaan itu Jumaat lepas.
Satim berkata BN akan mengenengahkan lima pembahas dengan beliau sebagai pembahas utama dengan dibantu Timbalan Ketua Pembangkang yang juga Adun Kuala Kubu Baru Wong Koon Mun, Adun Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias, Adun Permatang Sulaiman Razak dan Ketua Penerangan Umno Negeri yang juga Adun Kuang Abdul Shukur Idros.
Sementara itu, beliau berkata BN Selangor masih menganggap Badrul Hisham Abdullah sebagai ADUN Pelabuhan Klang meskipun Speaker DUN Datuk Teng Chang Kim mengisytiharkan kerusi itu kosong.
Katanya Badrul Hisham berhak membuat permohonan di mahkamah berhubung keputusan Teng dan beliau masih wakil rakyat selagi belum ada keputusan daripada mahkamah.
“Badrul dijangka memfailkan permohonan di mahkamah esok (bagi mendapat pengisytiharan bahawa masih lagi Adun Pelabuhan Klang yang sah). Justeru, selagi tiada apa-apa keputusan dibuat di peringkat mahkamah, Badrul masih seorang Adun dan kerusinya belum gugur.
“Beliau patut diberi tempat dan peluang untuk menghadiri sidang DUN,” katanya di sini.
Rabu lepas, Teng mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang yang disandang Badrul Hisham kosong kerana kegagalannya menghadiri persidangan Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah, berdasarkan Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri dan tiada peruntukan untuk rayuan.
Satim berkata tindakan Teng, yang juga Adun Sungai Pinang dari DAP yang mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong seolah-olah mahu membalas dendam dan menganiaya Badrul Hisham sebab keluar dari PKR dan menyertai Umno.
Sementara itu, Badrul Hisham ketika ditemui di bangunan sama, hanya berkata: “Kalau panjang umur, sampailah saya di mahkamah esok (untuk memfailkan permohonan).” — Bernama

Sunday, January 23, 2011

KALAU PARLIMEN NGAN DUN BERBEZA KESANNYA SAMAKAH? Perlu fikir semula

Anwar Yakin Pilihan Raya Serentak Beri Kelebihan Kepada Pembangkang
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluahkan keyakinan pilihan raya umum yang diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak akan memberi kelebihan kepada pakatan pembangkang.
Ini kerana katanya, jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) terpaksa mengagihkan kekuatan mereka sekali gus memberi ruang kepada pakatan pembangkang.
"Kita parah kalau pilihan raya kecil kerana seluruh jentera itu (BN) tertumpu ke situ, tetapi kalau pilihan raya umum, dia (BN) kena jaga semua," katanya kepada pemberita, di sini Ahad.
Pandangan Anwar itu bertentangan dengan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng yang dilapor berkata pilihan raya serentak memberi kelebihan kepada BN khususnya daripada segi kempen.
Cadangan pilihan raya serentak itu dicetuskan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Talib Mahmud yang dilapor media sebagai mahu berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenainya.
Mengulas lanjut, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga berkata pakatan PKR-DAP-PAS sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan tersebut.
"Kita sudah bersiap sedia (dengan mewujudkan) team media, pembahagian kerusi juga sudah mulakan team mereka, tetapi kita beri banyak kuasa kepada negeri-negeri untuk berbincang di peringkat negeri," kata Anwar. BERNAMA

ZUL NORDIN DALAM PERSATUAN PEGUAM MUSLIM KE?

entral » Presiden MCA Digesa Mohon Maaf
Presiden MCA Digesa Mohon Maaf
23/01/2011   Share


SHAH ALAM 23 JAN : Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia Zainul Rijal Abu Bakar mengesa Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek memohon maaf ekoran kenyataan menyentuh sensitiviti agama Islam seolah-olah penganut Islam sebagai anti-sosial dan tidak mampu melayani masyarakat. 
Zainul Rijal berkata demikian dalam satu kenyatan medianya hari ini di sini . 
Dalam pada itu, beliau yang dihubungi TV Selangor berkata dalam memperjuangkan nasib rakyat, tidak sewajarnya menjadikan isu agama sebagai barang untuk dijaja kerana ia mencakupi sensitiviti sesetengah masyarakat.  
"Tidak semua isu perlu dijaja sebagai isu politik khususnya isu agama yang mencakupi sensitiviti masyarakat yang berbilang bangsa dan ini juga telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan rakyat Malaysia bebas mengamalkan agama masing-masing, jadi sebagai Islam memang ada perbahasan-perbahasan terhadap sentuhan antara lelaki dan wanita bukan mahram ini adalah haram," katanya.
Zainul menjelaskan calon PAS untuk PRK DUN Tenang, Normala Sudirman hanya mengamalkan agamanya dan keadaan ini tidak langsung mengambarkan ketidak mesraan beliau dalam kempen pilihanraya.
"Beliau hanya menjalankan prinsip agama yang utuh dan tidak sepatutnya wujud persoalan untuk ditimbulkan dalam hal ini kerana ia akan menjurus kepada mempersoalkan undang-undang Islam itu sendiri, " katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Chua terhadap calon PAS itu ekoran keengganan berjabat tangan dengan bukan muhrim semasa pusingan kempennya di Tenang. 
Khamis lalu, Chua telah memberi amaran kepada masyarakat Cina di Tenang untuk menentang "seperti ini nilai-nilai Islam". 
Hal ini diikuti oleh Naib Perdagangan Koperasi dan Menteri Hal Ehwal Pengguna Tan Lian Hoe yang pagi ini mengutuk Normala atas masalah yang sama.
"Jadi tidak bermakna tidak bersalam itu bermaksud tidak mesra dan mengurangkan produktiviti dan apa yang penting bagi seseorang itu mengamalkan agamanya dan dia perlu diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan agamanya, " katanya.
Dalam pada itu, Exco Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa pula berkata insiden ini jelas menunjukkan kegagalan UMNO-Barisan Nasional apabila dilihat gagal memberi kefahaman yang jelas kepada rakan komponennya MCA tentang agama Islam.
"Sebab itu kita melihat bahawa sikap 'double standart' yang diamalkan Umno yang bukan sahaja tidak mengamalkan agama dalam kepimpinan parti mereka tetapi juga gagal memberikan kefahaman serta merungkaikan apa yang boleh menjadi sensitiviti kepada orang Islam dan masyarakat," ujarnya.
"Dan kita juga melihat ulama-ulama Umno juga gagal memainkan peranan dalam memberikan kesedaran terutamanya sekali dalam komponen BN itu sendiri untuk memahami secara jelas dalam isu Islam," katanya lagi.
Fariz kertika dihubungi Tvselangor, turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan MCA sekaligus insiden ini membuktikan mereka jalas ketandusan idea kerana sanggup menggunakan isu agama untuk kepentingan politik mereka.
"Kita sangat kecewa dengan tindakkan yang dilakukan oleh MCA dalam suasana sebegini dan ini jelas membuktikan bahawa mereka ketandusan idea sehingga sanggup menggunakan isu-isu agama yang boleh menyebabkan tercetusnya sentimen perkauman dan agama," katanya.
Tambahnya lagi, polemik ini tidak ada penghujungnya jika tindakan tegas tidak diambil dari komponen Barisan Nasional khususnya Umno dalam mendepani permasalahan ini.

Cerita Dolu Dolu