Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, January 05, 2011

CUBA TUKAR AYAT YANG BERWARNA MERAH (kepada yang dirasakan sesuwai)

Skandal rasuah cemar reputasi parti pemerintah India


NEW DELHI - Salah satu skandal rasuah terbesar India sekitar tahun 1980-an mencemarkan reputasi parti Kongres selain melumpuhkan sesi parlimen akibat satu siri protes berikutan dakwaan rasuah.
Seorang pemimpin kanan parti pembangkang, Parti Bharatiya Janata (BJP) menyatakan, wang sogokan dibayar semasa perjanjian pertahanan bernilai AS$1.4 bilion (RM4.29 bilion) dibuat pada 1986 oleh parti Kongres yang memerintah.
Menurut media, satu laporan Jabatan Hasil Dalam Negeri India yang diperoleh pembangkang pada minggu ini menunjukkan bukti bahawa bayaran dibuat kepada ejen Quattrocchi dan Bofors dari Sweden, Win Chadha, berjumlah AS$14.7 juta (RM45 juta).
Kontroversi perjanjian pertahanan pada tahun 1986 itu telah menyebabkan parti Kongres dipimpin Rajiv Gandhi gagal mendapat majoriti dalam pilihan raya tahun 1989.
Parti Kongres sebelum ini didesak oleh BJP untuk berdepan dengan satu inkuiri parlimen berkaitan satu lagi kes mengenai penipuan dalam projek telekom bernilai AS$39 bilion (RM119 bilion) melibatkan bekas menteri telekomunikasi, A. Raja.
"Ini merupakan satu isu serius yang mesti dinyatakan dalam semua forum termasuk di parlimen," tegas seorang pemimpin kanan BJP, Arun Jaitley. - Reuters

TINDAKAN ABBY BETUL. JAIS? JAIWP? TAKKAN NAK TUNGGU LAGI?

Dedah Tinggal Serumah, Abby Mahu Norman & Memey Sedar
PETALING JAYA: Pelakon Abby Abadi mahu memberi kesedaran kepada bekas suaminya Norman Hakim dan Memey Suhaiza dengan mendedahkan perbualan telefon di antara dia dengan wanita itu menerusi status Facebook miliknya, Isnin lalu.
Abby berkata, dia berbuat demikian bukan bertujuan untuk menimbulkan sengketa tetapi sekadar mahu Memey sedar dan rasa bersalah dengan perbuatan dan sikapnya itu.
“Setiap kali saya telefon bekas suami saya atas urusan anak-anak mesti dia yang akan jawab telefon (milik Norman Hakim) dan beri macam-macam alasan yang menunjukkan Norman ketika itu berada bersamanya. Dia seperti mahu mencabar saya.
“Saya tulis bukan kerana saya nak buat tuduhan atau cuba timbulkan sengketa tetapi nak bagi perempuan tu (Memey) sedar, faham dan rasa bersalah,” katanya dihubungi mStar Online, Selasa
Dalam mStar Online Isnin, Memey meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Abby yang menyerangnya secara peribadi.
Menerusi Facebook itu juga, Abby turut menyindir Memey sebagai perempuan gatal selain mendakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk mereka tinggal serumah.
Abby meradang apabila panggilan telefon yang dibuat kepada Norman atas urusan anak sempena sesi persekolahan yang dibuka pada Isnin lalu dijawab oleh Memey.
Jelas Abby lagi, dia tidak berniat untuk mencetuskan kontroversi dan membangkitkan kembali persengketaan lama. Malah dia tidak mempunyai kepentingan langsung berbuat demikian.
“Saya tidak faham apa yang cuba dibuktikan sehinggakan segala urusan anak-anak saya pun dia nak sibuk dan masuk campur. Apalah yang dibanggakan sangat dengan status tunangan orang itu?
Luahan Abby Abadi menerusi Facebook miliknya menimbulkan tanda tanya benarkah Norman dan Memey tinggal serumah?
“Kalau boleh memang saya tidak mahu ada kaitan lagi dengan mereka dan sedikit pun tidak ada kepentingan menulis begitu. Saya hanya mahu mereka selesaikan apa yang belum selesai selepas saya dan Norman bercerai,” katanya.
Dalam pada itu, Abby agak kesal ramai yang menganggap kenyataan yang dibuat kepada media seolah-olah menampakkannya tidak rasional.
“Saya mengaku disebabkan personaliti Memey yang lemah lembut dan naif membuatkan masyarakat menyalahkan saya. Mereka lihat saya seperti tidak rasional.
“Cuba mereka meletakkan diri di tempat saya. Saya hanya menuntut hak saya yang mana perkara-perkara tersebut mereka (Norman dan Memey) sudah sedia tahu,” katanya.
Norman dan Memey bertunang pada 15 September tahun laluu dan sepatutnya bernikah pada 8 Januari ini.
Mereka bagaimanapun terpaksa menunda tarikh perkahwinan tersebut kernaa komitmen kerja.
Kedua-dua mereka bagaimanapun gagal dihubungi kerana tidak menjawab panggilan telefon.

RAMAI DOK INGAT RON95 REGA RM1.85 LAGI



Harga Petrol, Minyak Tanah Naik 10 Sen
KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.
Beliau berkata, dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.
Hashim yang dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini.Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Dis lalu, menjadikan RM2.30 seliter.
Kenaikan esok tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.
Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini. - BERNAMA

Tuesday, January 04, 2011

HUJAN BATU NEGERI SENDIRI, HUJAN BURUNG DINEGERI ORANG?

Some 5,000 dead birds fall from sky in US
Officials in the southern US state of Arkansas are trying to determine what caused thousands of dead birds to fall from the sky on New Year's Eve.

The officials say they received calls from residents of Beebe City on Friday night reporting falling birds.

Roads and backyards were littered with nearly 5,000 red-winged blackbirds, most of them dead. Many of the birds had acute physical trauma injuries.

The state officials say the flock could have taken off in such a frenzy that they grew disoriented and crashed into buildings and each other in the darkness, then fell to the ground and died.

The officials are also looking into a possible link with booming noises from fireworks that exploded in the vicinity.

The previous day, tens of thousands of fish were found dead in a river about 160 kilometers from Beebe.

Monday, January 03, 2011

MINYAK MASAK PUN NAK NAIK JUGAK KE?

Harga minyak masak dah lama stabil macam tu sahaja sedangkan harga minyak sawit dunia telah meningkat. Dengan kenaikan harga petrol dan gas adakah memberi kesan kepada kilang memproses minyak masak? Cuba ingatkan bagaimana kekecohan akibat kekurangan stok gula di pasaran. Apabila kerajaan menaikan harga gula (barang kawalan) tup-tup gula berlambak di pasaran. Nampaknya dalam kita 'ternanti-nanti' bilakah TNB akan menaikkan tarif elektrik, minyak masak ambil kesempatan dahulu nampaknya...... 

Bekalan minyak masak habis


SEORANG pemilik kedai runcit, Nora Che Hussain mendakwa stok minyak masak di kedainya di Taman PKNK, Alor Setar habis sejak dua minggu lalu.


KUALA LUMPUR - Bekalan minyak masak di Lembah Klang dan beberapa negeri dilaporkan habis sejak seminggu lalu dengan ramai pengguna mengeluh kerana terpaksa mencari di banyak premis semata-mata untuk mendapatkan barangan keperluan itu.
Selain Kuala Lumpur, negeri lain yang terlibat ialah Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa ada pihak menyorok bekalan barangan itu selepas timbul spekulasi harga naik sebanyak 40 sen sekilogram.
Minyak masak adalah barangan terkawal dengan harganya ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60) dan kampit plastik (RM2.50).
"Jika spekulasi itu benar, ia akan menyusahkan pengguna yang kebanyakan menggunakan minyak masak setiap hari," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Hasil tinjauan Kosmo! semalam mendapati isu bekalan minyak masak menjadi rungutan ramai peruncit dan pengguna, malah Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) setakat ini sudah menerima 50 aduan mengenai isu tersebut.

Cerita Dolu Dolu