Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, November 15, 2010

DIA DAH TANYA MENTERI PENGANGKUTAN KE BELUM?

Rugi jika pembinaan ditangguh

BUKIT MERTAJAM - Tidak ada bukti yang dikemukakan mana-mana pihak menunjukkan bahawa pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar adalah punca utama bencana banjir di Kedah baru-baru ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, setakat ini tiada bukti menunjukkan kerja-kerja Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar adalah punca banjir. 

"Adalah sesuatu yang merugikan jika pembinaan landasan berkembar elektrik itu terpaksa ditangguhkan disebabkan dakwaan tanpa asas kukuh itu. 

“Saya yakin syarikat kontraktor yang terlibat akan menjalankan kajian teknikal dengan segera supaya projek berkenaan tidak terjejas dan dapat berjalan mengikut jadual yang mana saya turut diberitahu belum ada bukti projek berkenaan menjadi faktor utama kepada banjir di Kedah tapi kita perlu tunggu dan lihat,” katanya kepada media selepas merasmikan RHB Islamic Bank cawangan Auto City Prai, di sini, semalam. 

Menurutnya, beliau yakin pihak terbabit akan menjalankan kajian sebelum memberi sebarang kata putus sama ada terbukti banjir yang berlaku ada hubung kait dengan projek itu. 

Nor Mohamed mengulas tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang mengarahkan syarikat pemaju pembinaan landasan berkembar itu, MMC-Gamuda Joint Venture memberhentikan segera projek berkenaan yang melibatkan tanah di negeri itu untuk mengelak banjir.

NAK KAWEN GUNA DUIT SENDIRI.... Kecik pun takpe....

Aktiviti perhubungan awam PKNS pula dibekukan
Nov 14,
Kongsi 16
Ekoran dakwaan salah guna kuasa, termasuk menaja jamuan majlis perkahwinan angkasawan negara, kerajaan Selangor membekukan semua aktiviti yang membabitkan Jabatan Perhubungan Awam, Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS).

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pembekuan itu berkuatkuasa sehingga laporan penuh audit siap, dijangka akhir bulan ini. 

"Dengan keputusan ini, Jabatan Perhubungan Awam PKNS diarah supaya melaporkan kepada Pejabat Menteri Besar sebelum mengadakan sebarang aktiviti termasuk membuat keputusan-keputusan penting.

"Langkah ini untuk memastikan setiap aktiviti akan dipertimbangkan secara teliti dari aspek kepentingan, keperluan dan belanjawan sebelum dilaksanakan," katanya.

Menurut Khalid, jabatan itu dijangka berjalan seperti biasa sebaik laporan audit diterima dan keputusan mengenainya diumumkan.

Pada 10 November lalu, Khalid menubuhkan jawatankuasa audit profesional untuk menyiasat pendedahan ADUN Hulu Klang Saari Sungib bahawa wujud salah guna kuasa dalam penajaan majlis perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

Khalid yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah PKNS turut tidak menolak kemungkinan bahawa kes itu akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat).

Media melaporkan, jumlah tajaan oleh anak syarikat kerajaan negeri itu sebanyak RM520,000.

BERITA GELAP DIARUS PERDANA - SULTAN KEDAH DUKACITA

LUPA PULAK;  ARUS BERITA PERDANA YANG DAH KENA GELAP (DILARANG MASUK) KE DUN NEGERI... HA HA HA
Nafi sumbangan negeri, Sultan Kedah dukacita
Mohd Shubihi Muhamad Zain   
ALOR SETAR, 14 Nov: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kecewa dengan pihak-pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri membantu mangsa banjir besar baru-baru ini.

"Namun, beta dukacita kerana ada suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Penggal Ketiga, dekat sini, pagi tadi.

Gambar: Pemeriksaan perbarisan PDRM oleh Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika perasmian Sidang Dun Kedah.

Sementara itu, baginda juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang dana, saling membantu dan bekerjasama memberi bantuan tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik semasa negeri menghadapi bencana banjir terburuk itu.

"Beta merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat membantu mangsa banjir dan keadaan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat beta yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana, titah baginda lagi.

Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) yang berjaya menerajui kerajaan negeri secara adil, beramanah dan proaktif.

"Rakyat di negeri ini telah diberi layanan yang adil, hubungan antara kaum semakin erat melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Beta dapati kerajaan negeri telah memberikan sepenuh daya usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah baginda.

Sunday, November 14, 2010

TAK BOLEH BAYANGKAN ANAK KRAKATOA PULA....

Gunung Merapi ragut 240 nyawa

KEPUHARJO 13 Nov. - Gunung berapi paling aktif di Indonesia, Merapi telah menyebabkan 240 nyawa terkorban sejak mula meletus pada bulan lepas dan hampir 400,000 penduduk mencari perlindungan di kem-kem penempatan sementara.
Pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk yang berlindung di kem itu supaya jangan pulang ke rumah mereka kerana Gunung Merapi masih sangat aktif dan sukar diramalkan.
"Kami tidak tahu dan tidak dapat meramalkan letusan besar akan datang, kerana itu pelarian masih perlu tinggal di kem sementara sehingga penilaian lanjut dilakukan," kata pakar gunung berapi kerajaan, Subandrio.
Seorang pegawai pengurusan bencana berkata, angka kematian kini meningkat kepada 240 orang selepas pasukan pencari dan penyelamat menemui lebih banyak mayat di zon bencana, manakala kira-kira 390,000 penduduk telah meninggalkan rumah mereka.
Kebanyakan mangsa maut akibat terkena aliran deras gas dan batu panas yang membakar kampung-kampung apabila Merapi meletus pada 5 November dalam letusan terbesarnya sejak lebih seabad lalu.
Gunung itu menghamburkan awan panas selama sejam malam tadi, merebak sejauh 10 kilometer dari kawahnya.
Subandrio berkata, beberapa pakar gunung berapi Jepun berada di kawasan Merapi untuk membantu memantau aktiviti gunung tersebut.
Mereka akan memasang beberapa 'sensor infrasonik' yang boleh memantau tekanan udara berpunca daripada letusan.
"Sensor itu akan diletakkan sekitar 20 kilometer dari kawah dan akan meningkatkan keupayaan kami untuk memantau aktiviti Merapi," kata Subandrio. - AFP

KEDAH HARUS SEIRING DENGAN P.PINANG - Bagi notis hentikerja!

Projek landasan kereta api berkembar perlu dihentikan 


ALOR SETAR – Projek pembinaan landasan kereta api berkembar oleh MMC-Gamuda Joint Venture (MMC-Gamuda) yang didakwa menjadi salah satu faktor banjir buruk melanda beberapa daerah di negeri Kedah perlu dihentikan buat sementara sehingga kajian menyeluruh mengenainya dilakukan. 

Naib Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, bantahan penduduk Taman Syed Mohamad agar pembinaan landasan kereta api berkembar itu dihentikan sementara adalah berasas. 

Menurutnya, kebanyakan mangsa banjir di kawasan itu sudah menetap sejak lebih 30 tahun lalu namun tidak pernah dilanda banjir, walaupun ketika banjir melanda Kedah pada 2005. 

“Bagaimanapun, kesan projek itu menyebabkan saluran air tersekat, bahkan ruang perparitan tidak berdasarkan keluasan munasabah dan banyak pihak, khususnya yang terbabit dalam kerja teknikal mengakui projek ini adalah punca berlakunya banjir. 

“Justeru, projek ini perlu dihentikan sementara waktu sehingga satu kajian menyeluruh membabitkan semua pihak termasuk kontraktor (MMC-Gamuda) serta agensi berkaitan seperti Majlis Bandar Raya Alor Setar (MBAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Kerja Raya (JKR), agar peristiwa ini tidak berulang,” katanya. 

Mahfuz berkata demikian selepas meninjau keadaan beberapa rumah berhampiran projek pembinaan landasan berkembar kereta api di Taman Syed Mohamad, di sini, yang terjejas teruk akibat banjir besar di Kedah minggu lalu. 

Katanya, beliau sendiri akan turut sama memanjangkan perkara itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, agar menggunakan bidang kuasa yang dimiliki Kerajaan Negeri untuk menghentikan projek ini buat sementara waktu. 

Sebelum ini, dalam satu kenyataan, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menafikan dakwaan pembinaan landasan berkembar elektrik di beberapa daerah di Kedah sebagai punca kejadian banjir di negeri itu.

Cerita Dolu Dolu