Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, November 09, 2010

PELIK CADANGAN NI.... ZAID SYORKAN SAPA? DIA SENDIRI?

Anwar & Azmin Mesti Berundur - Zaid Ibrahim
PETALING JAYA: Datuk Mohd Zaid Ibrahim pada Selasa berkata, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presidennya, Azmin Ali perlu berundur demi masa depan parti itu sendiri.
Beliau berkata, mereka berdualah yang menjadi punca kepada masalah demi masalah yang dihadapi oleh PKR sekarang.
Zaid berkata demikian pada satu sidang akhbar yang diadakan di rumahnya hari ini.
Semalam beliau mengumumkan penarikan dirinya sebagai calon jawatan timbalan presiden parti dan meletakkan semua jawatan parti termasuk sebagai ketua cabang Wangsa Maju yang baru diterajuinya bulan lalu.
Sementara itu, Zaid turut mendakwa Azmin yang juga calon Timbalan Presiden tidak layak bertanding merebut jawatan itu kerana terlibat dengan penipuan dan penyelewengan pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti yang sedang berlangsung ketika ini.

TAK SENGAJA TER MASUK KE MEROYAN?

Bayi mati dibasuh dengan baju kotor

.
BARTLESVILLE, (Oklahoma): Seorang bayi perempuan berusia 10 hari mati selepas dimasukkan dalam mesin basuh yang berputar. Ibu bayi terbabit, Lyndsey Fiddler memasukkan bayinya bersama baju kotor ke dalam mesin basuh sebelum memulakan operasi membasuh. Bayi itu berada di dalam mesin basuh yang dipenuhi baju kotor selama 40 minit sebelum ditemui. Seorang anggota keluarga yang datang mengunjungi Lyndsey menemui wanita itu tidak sedarkan diri dan bayinya pula, Maggie May hilang.


Dia mendengar bunyi aneh daripada mesin basuh itu dan apabila membukanya, dia menemui tubuh Maggie yang sudah penyek bercampur dengan baju yang dibasuh. Kematian mengerikan di Bartlesville, Oklahoma itu menyebabkan petugas kecemasan dan anggota polis yang bergegas ke tempat kejadian menangis. - Agensi

YURAN DAN CAJ BANK TAK BOLEH SEKATA KAH, BNM?

Kecuaian bank semakin serius


ADUAN pengguna yang semakin meningkat secara tidak langsung memperlihatkan tahap kecekapan bank-bank di negara ini boleh dipersoalkan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Sejak tiga tahun lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati jumlah pertanyaan serta aduan berkaitan isu-isu melibatkan bank dan institusi kewangan di negara ini meningkat dengan ketara.
Rekod BNM memperlihatkan jumlah aduan dan pertanyaan pada tahun 2008 berjumlah 133,439 sebelum meningkat mendadak sebanyak 90.2 peratus kepada 253,801 pada tahun 2009.
Bermula dari Januari hingga Mei tahun ini, sebanyak 117,554 pertanyaan serta aduan telah dicatatkan, meningkat berbanding 103,222 bagi tempoh yang sama tahun lalu.
Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat BNM, Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, antara aduan yang diterima ialah berkaitan kesukaran mendapat pembiayaan, penstrukturan dan penjadualan pinjaman, penipuan dan pengeluaran wang tanpa kebenaran, yuran dan caj, tidak puas hati dengan tawaran dan penyelesaian serta tingkah laku ejen.
"Ramai yang datang ke BNM mahu mendapatkan laporan kredit atau merasakan mereka mahu satu pihak bebas untuk mendengar isu atau rintihan terutama mereka yang tidak berpuas hati dengan jawapan pihak bank.
"Berdasarkan data yang diperoleh daripada ibu pejabat, cawangan dan perkhidmatan Telelink BNM memang berlaku peningkatan aduan," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

MUHYIDDIN KENA HENTAM DENGAN AZIZAN

Azizan bidas Muhyiddin, dakwaan tidak berasas 


ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana lewat melawat mangsa banjir yang disifatkan terburuk pernah berlaku di negeri ini:. 

Beliau berkata, sebagai pemimpin nombor dua, sepatutnya Muhyiddin tiba lebih awal untuk meninjau nasib penduduk Kedah, termasuk melawat bilik operasi banjir negeri untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini. 

“Setelah tujuh hari bencana berlaku, baru (beliau) datang meninjau mangsa banjir. Air banjir pun sudah surut dan sebahagian (mangsa) balik ke rumah masing-masing. Sepatutnya datang lebih awal, baru nampak situasi sebenar,” katanya sebelum memulakan konvoi melawat mangsa banjir ke lima pusat penempatan sekitar daerah Kota Setar dan Anak Bukit. 

Lima pusat penempatan banjir itu ialah Sekolah Wawasan Taman Aman, Sekolah Kebangsaan (SK) Sematang Gunong, Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan, SK Seberang Nyonya dan Kuarters Polis Taman Derga Jaya. 

Mengulas kenyataan Muhyiddin: kelmarin, kononnya Kerajaan Kedah lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab membantu mangsa kepada Pusat, Azizan berkata, itu dakwaan tidak berasas kerana semua agensi bawah Kerajaan Negeri termasuk Pusat bekerjasama dengan baik mena-ngani bencana ini. 

“Kita ada Jawatankuasa Bencana Alam peringkat negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, bilik gerakan banjir peringkat daerah termasuk semua agensi terlibat seperti polis, tentera, sektor awam bekerjasama dengan baik. Tiada sentimen politik langsung,” katanya. 

Azizan berkata, kenyataan itu hanya berdasarkan laporan pemimpin UMNO yang sengaja mahu mencetuskan isu, sebaliknya Muhyiddin tidak ke lokasi yang betul bagi mendapatkan maklumat tepat. 

“Saya terkilan kerana apa yang disebarkan tidak betul. Sepatutnya datang negeri orang, kenalah tanya saya dulu mengenai perkembangan terkini. Bukan buat andaian semata-mata,” katanya. 

Ditanya mengenai desas-desus kononnya setiap mangsa banjir akan memperoleh RM500 seorang, Azizan berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah menjanjikan bantuan seperti itu, seeloknya dirujuk kepada Pusat mengenai dakwaan tersebut 

“Rujuklah kepada Kerajaan Pusat, mungkin mereka yang mahu beri. Kita cuma sampaikan bantuan secara keseluruhan,” katanya.

Monday, November 08, 2010

MACAMANA SABAH BOLEH JADI FIX DEPOSIT BN?

Ini e-mail saya terima dari penduduk tempatan. Tepuk dada tanya iman......

Pengundi kat sini cakap filipin bro. Ntah baru 2 ke 3 bulan sampai Sabah. Pulau palawan sepelaung je. BN menang mungkin bagus juga tuk bisnes dan federal gomen fund masuk. So... ungkapan Sabah as BN fixed deposit nampaknya bakal bertahan la. This is very critical sebab nampak gaya Sarawak gomen lebih berminat nak cairkan BN fixed deposit kat sinu. The drawback kat Sabah pula ialah puak2 filipin kat sini akan tambah kerek sikit lerrr. Depa boleh claim as King Maker sama macam itu Ampatuan. Ha ha ha. Trima ja la.

Cerita Dolu Dolu