Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, November 03, 2010

APA SEBAB PUTUS? TAKKAN BENCI SANGAT kalau takde pape.....

Mengaku Leka Nikmat Tuhan, Nabil Masih Cintakan Irma
Nabil akui dirinya lalai dengan kehidupan.
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad terpaksa akur dan menerima keputusan Irma Hasmie, untuk memutuskan hubungan cinta mereka yang telah terjalin sejak dua tahun lalu.
Menurut Nabil, dia terpaksa mengikut kata Irma seperti mana pendedahannya dalam sebuah akhbar mingguan Ahad lalu yang enggan memulihkan semula hubungan mereka.
"Jika sebelum ini saya tidak mengaku kami berpisah, kini saya ingin katakan yang saya sudah solo. Mungkin sebelum ini saya terlalu leka dengan pemberian Allah S.W.T yang telah memberi kesenangan hidup, seorang kekasih yang cantik dan kerjaya yang bagus.
"Setakat ini, tiada perancangan lagi untuk pulihkan hubungan kami. Saya cuma ingin memperbaiki diri saya dahulu, barulah saya baiki hubungan kami jika Tuhan izinkan. Lagipun dia dah kata tak mahu saya lagi.
"Benda ini satu pengajaran buat saya. Mungkin selama ini saya lalai. Apa-apa pun, saya anggap perkara ini ada hikmahnya. Walaupun sekarang fikiran saya sedang serabut, saya perlu berfikir secara positif dan selesaikannya secara perlahan-lahan. Saya percaya ada orang lagi besar dugaannya berbanding diri saya," tuturnya ketika dihubungi mStar Onlinedi sini, Selasa.
Dengan nada suara agak kesal atas kejadian yang berlaku, Nabil berkata sebenarnya dia telah membuat persiapan kahwin sedikit demi sedikit untuk menempuh hari bahagia mereka yang dijangka pada tahun 2012 itu.
Nabil terpaksa akur dengan keputusan Irma yang ingin memutuskan hubungan.
"Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan saja yang menentukan. Begitu juga dengan saya, beberapa persiapan kahwin dah pun dibuat sikit-sikit. Mana tahu satu hari nanti jodoh kami masih ada. Tapi, andaikan Irma telah berjumpa dengan lelaki yang lebih baik, saya tidak kisah.
"Apa-apa pun yang sedang saya hadapi, kerjaya akan menjadi keutamaan saya dan saya perlu fokus dan kawal emosi saya tanpa mengganggu kerjaya saya sehingga menyusahkan orang lain," katanya yang sedang sibuk dengan penggambaran filemBujang Terlajak arah Profesor Razak Mohaideen.
Tambah Nabil, dia ingin menegaskan bahawa, gambar seorang wanita yang diambil bersamanya serta beberapa rakan lain yang tersebar di internet tidak ada kaitan langsung dengan masalahnya dengan Irma. Sebaliknya wanita itu merupakan kenalan baru Nabil.
"Tak fasal-fasal, dia pula terkait dalam masalah kami. Saya harap, orang luar tidak mengaitkan dia lagi," tegasnya.
Ditanya adakah Nabil masih lagi mencintai Irma, jawab Nabil:
"Saya masih sayangkan dia. Rasanya, perasaan sayang masih lagi ada bagi pasangan yang baru lepas putus cinta. Hal ini merupakan satu masalah seperti yang turut berlaku kepada pasangan-pasangan lain. Tapi disebabkan kami dikenali, maka ia menjadi besar.
"Saya ingin doakan sebuah kehidupan yang terbaik buat Irma. Saya tahu dia seorang wanita yang baik. Dulu, masa saya masih bersamanya, kalau ada apa-apa masalah, dia pasti akan berbincang dengan saya. Sekarang ini, saya harap dia ada kawan-kawan yang boleh berkongsi masalah. Kepada Irma, jagalah diri baik-baik,” kata Nabil.

DINAR EMAS & DIRHAM PERAK ZAMBRY?

Semalam semasa menonton berita di TV terselit slaid tulisan dibawah mengatakan Perak Darul Ridwan akan mengeluarkan DINAR EMAS DAN DIRHAM PERAK untuk dijadikan simpanan. Setakat sekarang ini belum jumpa berita tersebut di online news. Mungkin terlepas pandang - akan update bila jumpa

Menarik kerana kenyataan tersebut tiada beza dengan kenyataan TGNA semasa melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak di Kelantan.

Nak tunggu kutukan kepada MB Haram Zambry sepertimana kutukan terhadap Dinar dan Dirham Kelantan... ataukah pujian kepada Zambry kerana berpemikiran kehadapan?

TAHUN DEPAN? BELUM TAU LAGI.....

Harga RON97 baik kerana ditentukan pasaran. Jadi kita tunggulah kalau harga minyak tetiba turun RON97 turun atau tidak.... SEBAB RON 97 TAKDE SUBSIDI. Carta menunjukkan harga minyak mentah 2 Nov 2010




Harga RON 95 kekal tahun ini


PENGGUNA diberi jaminan harga RON 95 tidak akan naik tahun ini kerana ia dikawal menerusi subsidi. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Pemilik kenderaan boleh berasa lega apabila harga minyak RON 95 dan diesel dijangka kekal masing-masing pada RM1.85 seliter dan RM1.75 sehingga hujung tahun ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar kecil) berkata, jangkaan itu dibuat berikutan tiada perbincangan ke arah kenaikan harga kedua-dua jenis bahan api itu di peringkat Kabinet sehingga semalam.
Beliau berharap orang ramai tidak cepat panik apatah lagi dipengaruhi dengan kenaikan harga RON 97 sebanyak lima sen seliter kepada RM2.15 berkuat kuasa semalam.
"Kita dapat kawal harga RON 95 menerusi subsidi 22 sen setiap liter tetapi harga RON 97 berbeza kerana ia ditentukan oleh pasaran," kata beliau ketika dihubungi semalam.
Beliau mengulas laporan kenaikan harga RON 97 itu semalam iaitu yang terbaru selepas kenaikan terakhir pada Julai lalu.

Tuesday, November 02, 2010

MONORAIL BOLEH OPERASI, TAKKAN TAKLEH KAWTIM?

Belum lulus 


BANDA HILIR - Belum pun kemukakan pelan bangunan, kerja menanam cerucuk sudah dimulakan. 

Itulah yang berlaku membabitkan 18 kiosk tepi jalan sepanjang Kompleks Dataran Pahlawan Megamall, di sini yang bukan saja dikatakan belum dapat kelulusan, tetapi turut mengundang bahaya orang ramai. 

Selain itu, ia turut mendatangkan masalah kesesakan jalan raya di kawasan berkenaan. 

Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd Yusof Abu Hasan meluahkan rasa kebimbangannya apabila pemaju bangunan itu memohon kiosk tambahan, sedangkan sebelum ini hanya memohon pelebaran jalan di situ menjadi lima lorong. 

“Amat menghairankan kerana pemaju mengemukakan permohonan projek berkenaan pada mesyuarat penuh Ahli Majlis MBMB, Khamis lalu dengan penambahan pembinaan 18 unit kiosk di kawasan itu. 

“Bagaimanapun, kerja-kerja penanaman cerucuk sudah dijalankan terlebih dulu tanpa memperolehi kelulusan pelan bangunan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini semalam. 

Kerja-kerja menanam cerucuk sudah kelihatan biarpun pelan bangunan belum dikemukakan kepada MBMB.

2 BULAN ATAU RM500 - Kalau dia pilih ATAU?

Cuepacs tuntut diberi bonus dua bulan gaji 

SUNGAI PETANI - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan akan menimbang pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam. 

Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya melalui Mesyuarat Khas Majlis Kongres Cuepacs yang diadakan pada 8 Oktober lalu, telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri mengenai perkara itu. 

Menurutnya, dalam memorandum itu, Cuepacs menggesa kerajaan memberikan bonus sekurang-kurangnya setengah bulan mahupun RM500 jika tidak mampu untuk memberikan dua bulan gaji. 

“Tuntutan bonus dua bulan gaji ini diperjuangkan Cuepacs sejak tahun lalu, namun kita kecewa kerana dalam Bajet 2011, hanya bonus RM500 diberi kepada kakitangan awam dan pesara. 

“Oleh itu saya meletakkan sedikit harapan agar kerajaan menilai kembali pemberian bonus, jika tidak mampu dua bulan gaji ataupun sebulan, sekurang-kurangnya setengah bulan gaji, tambahan pula selepas musim perayaan sebegini,” katanya ketika sidang media sempena Majlis Perjumpaan Presiden Cuepacs bersama Anggota Sektor Awam Kuala Muda di Ruang Legar SP Plaza, di sini, semalam. 

Omar berkata, kehadirannya bertemu anggota sektor awam daerah ini juga untuk memberikan penjelasan kepada ahli bahawa Cuepacs tidak akan berdiam diri mengenai tuntutan itu. 

Dalam perkembangan sama, Omar berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat membina sistem baru yang lebih baik pada Julai 2011 setelah Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dimansuhkan. 

“Setelah PTK dimansuhkan, kita berharap menjelang Julai 2011, satu sistem baru menggantikan PTK lebih baik, adil dan saksama bagi memudahkan penjawat awam dalam proses kenaikan pangkat. 

“Selain itu, kita turut memperjuangkan elaun sara hidup iaitu Cola agar sama rata diberikan, tidak mengikut zon seperti sebelumnya iaitu secara adil diberikan RM300 kepada semua penjawat awam setiap zon,” katanya. 

Menurutnya, Cuepacs juga memperjuangkan kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) daripada RM180 kepada RM300 dan tuntutan Skim Gaji Baru berlandaskan modal insan yang berpendapatan tinggi.

Cerita Dolu Dolu