Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, November 01, 2010

SELAYAKNYA ISA DIHAPUSKAN - TERDEDAH SALAHGUNA KUASA.

Mahkamah Persekutuan Putuskan Raja Petra Bebas Dari ISA
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Isnin membebaskan penulis kontroversi Raja Petra Raja Kamarudin daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas menolak rayuan Kementerian Dalam Negeri berkaitan pembebasannya itu.
Keputusan itu juga dibuat pagi ini apabila mahkamah tertinggi negara itu dimaklumkan bahawa penahanan selama dua tahun di Pusat Tahanan Kamunting itu adalah satu kesilapan.
Mahkamah tersebut bersidang bagi menentukan rayuan Menteri Dalam Negeri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan penulis itu pada tahun 2008.
Raja Petra ditahan di bawah ISA selama 56 hari bagaimanapun pada November 2008, Hakim Mahkamah Tinggi Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad membenarkan permohonan habeas corpus Raja Petra dengan alasan Menteri Dalam Negeri telah bertindak di luar bidang kuasanya.

    LU SAPA? TAHU MAKNA "BERCAKAP BOHONG LAMA-LAMA JADI PENCURI?"

    Apabila seseorang itu dikatakan pembohong sebelum dia ditendang bahkan mengaku pula berbohong, banyak kali pula.... kalau betul pun tak siapa akan percaya. Tahu cerita ' The Boy Who Cried Wolf! '? Dan sebagai penganalisa politik, ada title Dr pula, kira analisa yang mantap agaknya? Bak kata Hisham Rais - Professor Kangkong.


    Pas perlu kaji kedudukan 

    KUALA LUMPUR - Pas dicadangkan supaya mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang jika apa yang didedahkan seorang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa ada perjanjian sulit antara DAP dan PKR yang mengetepikan parti itu.: 

    Penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian berkata, berkemungkinan apa yang didedahkan oleh anggota Parlimen Bebas Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin, yang sebelum ini anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Khamis lalu, terdapat kebenaran. 

    Beliau berkata, kenyataan Zulkifli itu perlu dilihat secara serius oleh semua pihak dalam pakatan pembangkang dan barang kali kesahihan pendedahan itu perlu diteliti PKR, DAP dan juga Pas bagi membolehkan kebenaran tersebut dicari dan Zulkifli tidak dilihat hanya mencari populariti. 

    “Pas juga perlu melihat balik perjanjian di antara mereka kerana ia dikhuatiri boleh memberi kesan kepada Pas pada pilihan raya umum yang akan datang,” katanya kepada pemberita, semalam. 

    Pensyarah Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, Pas seharusnya sedar bahawa parti itu boleh berdiri sendiri tanpa membentuk pakatan dengan PKR dan DAP berikutan mempunyai keanggotaan yang cukup ramai berbanding kedua-dua parti itu. 

    Beliau juga berpendapat, sekiranya dakwaan itu tepat dan benar, maka peluang pakatan pembangkang untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang, tidak akan berjaya. 

    “Rakyat akan melihat bahawa pakatan yang dikatakan sepakat ini sebenarnya pakatan palsu, dan bersama hanya untuk kuasa tanpa mempunyai matlamat yang sama,” katanya. 

    Mengenai perjanjian sulit itu yang memberikan DAP kuasa bagi Pulau Pinang, Sivamurugan berkata, sekiranya benar, ia dilihat akan mencabar peruntukan-peruntukan yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan. 

    “Saya juga melihat ini akan memberi kesan kepada perpaduan antara kaum jika kuasa autonomi ini diberikan,” katanya. 

    Khamis lepas, Zulkifli mendakwa DAP dan PKR ada membuat perjanjian sulit di luar pengetahuan Pas untuk memberi kuasa kepada DAP memerintah di tiga negeri sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13. 

    Beliau mendakwa hubungan rapat antara DAP dan PKR adalah didorong oleh perjanjian kuasa tersebut dan turut menawarkan kuasa autonomi kepada DAP ke atas Pulau Pinang. - Bernama

    PUNCA UTAMA - ORANG DAH TAK TENGOK TV3 SUKU

    Kejatuhan Rating Nona Bukan Punca Saya Seorang -Maya Karin
    CYBERJAYA: Aktres popular Maya Karin menganggap kejatuhan rating rancangan Nonayang dikendalikannya selama setahun ini tidak hanya berpunca daripadanya sahaja.
    Kata Maya, terdapat beberapa faktor lain yang menjadi punca rancangan berbentuk majalah itu kurang menjadi pilihan penonton.
    "Kejatuhan rating rancangan Nona bukan disebabkan saya seorang sahaja, banyak faktor lain yang boleh menyebabkan sesebuah rancangan itu tidak mampu untuk mempertahankan rating.
    "Bagi saya banyak aspek yang menjadi punca terutamanya dari segi pengisian rancangan tersebut. Sebuah rancangan yang berdurasi sejam, mereka seharusnya memikirkan isi kandungan yang mampu menarik penonton," katanya ketika ditemui di Majlis Doa Selamat Kru, di sini, Jumaat.
    Tambah Maya, penonton tidak mungkin memberi perhatian dalam masa sejam hanya sekadar melihat pengacara semata-mata.
    Bagaimanapun, ketika ditanya tentang reputasinya terjejas akibat dari kegagalan tersebut, Maya memberitahu dia tidak mahu berfikiran negatif tentang perkara tersebut.
    "Ini bukan bidang utama saya, saya juga tidak mahu salahkan siapa-siapa dalam hal ini. Saya hanya mahu berfikiran positif, bagi saya semua perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya.
    "Apa pun saya berterima kasih kepada pihak TV3 kerana memberi peluang kepada saya untuk mengacarakan rancangan ini selama setahun dan mengucapkan semoga berjaya kepada Nona," ujarnya yang menyambut hari lahir ke 31, Jumaat lalu.
    Menurut Maya, perkara ini tidak mematahkan semangatnya untuk terus terlibat dalam bidang pengacaraan, dia juga bakal terlibat dalam sebuah program televisyen berkaitan alam sekitar.
    Dalam pada itu, Maya turut mengulas tentang hubungan cintanya dengan pelakon kacak, Yusri Abdul Halim yang dikatakan terjalin semula.
    "Ya, kami ada keluar bersama dan menonton wayang, tapi tidak bermakna kami bercinta. Saya dan Yusri sudah enam tahun berkawan baik, janggal rasanya untuk bercinta.
    "Saya selesa dengan status sekarang, sudah lama rasanya saya dalam sebuah hubungan. Kini saya sedang lalui perkara baru dalam hibup dan fokus pada diri sendiri," ujarnya sambil tersenyum.
    Maya juga sedang membuat persiapan bagi pementasan kedua teater Natrah pada November depan dan menimbang beberapa tawaran filem.

    Sunday, October 31, 2010

    KALI NI TAK SIAPA KESAH NAK KUTIP DERMA UNTUK BENCANA INDON.

    Apasal nak kesah? Ada diorang kesah? Ada diorang berterima kasih? 

    DARI FORUM UTUSAN. 


    METRO TV HASUT BENCI MALAYSIA

    SAYA baru kembali dari Indonesia selepas melancong selama lima hari bersama keluarga.
    Pada 12 Oktober 2010, semasa saya berada di Jakarta, saya telah menonton salah satu rancangan bertajuk ‘Suara Anda – 1 tahun Kabinet Presiden SBY-Boediono’ di MetroTV. Ia merupakan rancangan Forum bertajuk ‘Malaysia adalah ancaman terbesar kepada Indonesia’.
    Sebelum itu, satu slaid telah dimainkan dan dalam slaid itu, disebutkan satu persatu isu yang dibangkitkan, antaranya kes nelayan Indonesia yang ditahan oleh penguat kuasa Malaysia, 100 rakyat Indonesia sedang menunggu hukuman mati di Malaysia kerana melakukan pelbagai kesalahan, penderaan terhadap pembantu rumah dan isu Pulau Sipadan yang telah jatuh ke tangan Malaysia.

    Apa yang saya tahu, media Indonesia berebut-rebut berita sensasi demi melariskan akhbar atau rancangan TV mereka. Soalnya, kenapa media Indonesia sentiasa mencari jalan untuk membenci Malaysia?

    KAKITANGAN KERAJAAN MALAYSIA
    Putrajaya



    PAS HINA PENGUNDI. KALAU AKU, TAK PANGKAH PAS..... DUIT NAK...

    Mintak maap kata, aku setuju dengan Timb Penbgerusi SPR (walaupun kalau BN dia mungkin menikus tak keluar suara). 
    Hak mengundi ada KEWAJIPAN pengundi. Jika pengundi hendak melaksanakan kewajipannya dia harus balik dan mengundi dengan mengambil cuti dsbnya tanpa memikirkan apakah imbuhan yang akan dia dapat (segera) jika dia balik.
    Jika keadaan menyebabkan dia tidak dapat balik kerana tinggal jauh, membayar wang 'upah' balik mengundi memang tidak seharusnya dilakukan kerana pengundi sebaik-baiknya menukar tempat pembuangan undi apabila telah bermastautin agak lama disuatu tempat.
    PAS FAIL KALI INI DAN AKU HARAP PAS KALAH DI GALAS.....
    N45 Galas: Habuan RM250 Menyalahi Peraturan Pilihan Raya
    GUA MUSANG: Tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas untuk pulang mengundi merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
    Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.
    "Pihak parti mungkin boleh memberikan pelbagai alasan bahawa pemberi wang itu adalah sebagai saguhati untuk tujuan menampung kos makan minum ataupun saguhati meninggalkan kerja atau apa sahaja.
    "Tapi Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Sabtu.
    Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman bahawa parti itu akan membayar wang sehingga RM250 kepada seramai 1,557 pengundi berdaftar di DUN Galas berada di luar kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 4 November depan.
    Abdul Halim menyifatkan pemberian wang berkenaan bukanlah satu bentuk rasuah sebaliknya sebagai insentif bagi menarik minat pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka.
    Bagaimanapun menurut Wan Ahmad, perkara berkenaan terpulang kepada parti lawan untuk mengambil tindakan susulan sekiranya pihak berkenaan mempunyai bukti yang kukuh.
    "Dalam hal ini terserah kepada parti lawan, kalau mereka mahu ambil tindakan undang-undang...pihak PAS sewajarnya tahu apakah implikasinya.
    "Sebarang aduan boleh dikemukakan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk disiasat," katanya.
    Ditanya sama ada tindakan parti-parti politik menyediakan pengangkutan pada hari pengundian untuk membawa pengundi ke pusat mengundi turut menjadi satu kesalahan, Wan Ahmad berkata: "Perkara berkenaan boleh diterima kerana hanya menyediakan perkhidmatan pengangkutan.
    "Kita pun faham bahawa kadangkala orang kampung tiada pengangkutan, jadi perkhidmatan berkenaan tidak salah kerana mereka hanya bantu untuk hantar pengundi."

    Cerita Dolu Dolu