Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, October 25, 2010

HARAP BUKAN COBAAN.... Wakil Parti Jangan lupa bawa Torchlight

Bandar Gua Musang alami gangguan bekalan elektrik
GUA MUSANG - Bekalan elektrik di Bandar Gua Musang hari ini terganggu selama sejam berikutan beban penggunaan yang tinggi apabila bandar itu menjadi tumpuan ramai menjelang pilihan raya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan, Datuk Zulkffli Abd Rahaman berkata, penggunaan elektrik meningkat apabila bandar ini dipenuhi penduduk dari serata negeri dan ini menambah beban terhadap proses penyaluran bekalannya.

"Gangguan seperti ini tidak dapat dielakkan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, beberapa gangguan kecil selama beberapa minit yang berlaku hari ini juga turut berpunca dari kerosakan kabel elektrik di bandar berkenaan.

"Sedikit kerosakan kabel telah berlaku semalam yang turut menyebabkan bekalan elektrik terputus di bandar Gua Musang malam tadi.

"Bagaimanapun ia sedang dalam proses pembaikan dan gangguan kecil yang berlaku hari ini mungkin juga disebabkan proses pembaikan yang sedang dijalankan pihak kita," katanya.

Zulkffli berkata, TNB memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku dan meminta penduduk bersabar sekiranya beberapa gangguan masih lagi berlaku sementara proses pembaikan selesai.

KAWIN #2 KE TAKUT NAK DAFTAR? - KEJAM GILA....

Kencing muka lafaz talak tiga

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
     
KUALA LUMPUR: Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing suaminya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke atas mangsa. 

Isterinya yang tidak tahan dengan kekejaman lelaki itu selain berasa diri amat terhina membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, pada hari kejadian, menyebabkan suaminya ditahan keesokan harinya.


Sumber polis berkata, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu dan pernikahan mereka dilakukan di negara jiran tanpa mendaftarkan semula perkahwinan di sini.

Menurutnya, dalam laporan wanita terbabit yang juga berusia 30-an, kejadian itu bukan pertama kali menimpanya kerana dia mendakwa sering dipukul sejak setahun lalu walaupun melakukan kesalahan kecil. 


“Menurut mangsa, dia selalu dibelasah sekiranya lewat membuka pintu ketika suaminya pulang bekerja. Malah, pada Jun lalu, mangsa melarikan diri ke selatan tanah air kerana tidak tahan dengan kekejaman suaminya. 

“Namun, selepas seminggu di sana, suaminya datang memujuknya serta berpura-pura insaf,” katanya. 

Bagaimanapun, kata sumber itu, ketenangan yang dikecapi mangsa hanya sementara kerana selepas dua minggu berada di rumahnya, dia kembali dijadikan tempat melepaskan geram oleh suaminya. 

“Dia terus dipukul atas kesalahan kecil, malah ada kalanya mangsa tidak tahu-menahu kesalahan yang dilakukannya,” katanya. 

Menurutnya, selepas menerima laporan mangsa, polis melakukan gerakan memburu suami mangsa sebelum menahannya kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu ketika dia berehat di rumahnya. Lelaki itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan lelaki terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

NAK JADI TREND SETTER KONONNYA LAH NI....

Wanita Taiwan kahwini diri sendiri 

TAIPEI - Seorang wanita Taiwan, Chen Wei-yih bersedia untuk sesi fotografi dengan memakai gaun putihnya dan memilih perancang perkahwinan serta menyewa dewan untuk majlis perkahwinan yang akan dihadiri 30 rakannya. 

Tetapi tiada pengantin lelaki yang akan terlibat dalam perkahwinan itu kerana Wei-yih akan mengahwini dirinya sendiri. 

Wei-yih, 30, mengambil tindakan itu kerana tidak berminat dengan lelaki yang ditemuinya tetapi menghadapi tekanan masyarakat supaya berkahwin kerana umur yang meningkat. 

"Saya bukannya antiperkahwinan, tetapi saya harap dapat memberikan idea yang berbeza kepada masyarakat," katanya.

Sunday, October 24, 2010

DIA NI LUPA KE KAT DUN SAPA PEMBANGKANG?

Pengundi Cina Lebih Matang Menilai Pemimpin
GUA MUSANG: Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong yakin pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas khususnya kaum Tionghua tidak mudah terpengaruh dengan taktik pembangkang.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata pengundi kaum cina kini lebih matang dalam memilih pemimpin di kawasan mereka.
"Kaum Cina membuat pendirian jelas bahawa mereka sebenarnya tidak suka kepada pembangkang kerana parti itu sebelum ini tidak prihatin dan tidak pernah mengunjungi mereka untuk menyampaikan sebarang bantuan.
"Keadaan jauh berbeza dengan pemimpin Barisan Nasional yang mengambil tahu suasana hidup mereka dan memberi bantuan segera jika diperlukan," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah kaum Cina di Kampung Baru di sini, Sabtu.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya (PAS)Chek Hashim Sulaima akibat barah usus pada 27 Sept lepas.
Suruhan Pilihan Raya menetapkan 26 Okt sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 4 Nov.-BERNAMA

Sindrom Bisu - Sampai Bila Nak Tunggu JAKIM Cakap Fasal IFF

Jakim perlu jadi kementerian


ROSLI ketika membentangkan usul pada Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu dinaik taraf kepada sebuah kementerian penuh agar dapat membantu menyelaraskan urusan yang berkaitan Islam.
Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin (gambar) berkata, ia perlu dilakukan segera memandangkan isu-isu berkaitan pencemaran agama semakin berleluasa.
"Tindakan drastik tentu dapat dibuat tanpa menunggu keputusan peringkat negeri terutama berkaitan dengan akidah, ajaran sesat, kes-kes tukar agama, kes pembuangan bayi, kes anak serta hamil luar nikah dan sebagainya.
"Ini juga dapat mengelakkan wujud pandangan yang berbeza dan bercanggah tentang sesuatu isu yang berbangkit yang akhirnya kita akan dapati kesucian dan kedaulatan Islam itu dapat diurus tadbir dengan berkesan dan menjadi rujukan mudah masyarakat Islam," katanya ketika membentangkan usul agama dan pendidikan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2010 di sini semalam.
Menurut Rosli, pihak berkuasa agama perlu mengelakkan 'sindrom bisu' apabila berhadapan dengan isu-isu melibatkan agama Islam khususnya yang ditimbulkan oleh parti-parti politik kerana ia boleh mencetuskan persepsi negatif terhadap Islam.
Katanya, Jakim dan majlis agama Islam di negeri-negeri juga perlu agresif dan senada bagi membuat penjelasan segera berkaitan soal hukum dan fatwa agar difahami umum.

Cerita Dolu Dolu