Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, October 18, 2010

DIA PI S'GOR, PENANG, KEDAH & KELANTAN AJE NAMPAKNYA?

SEBAB KAT NEGERI-NEGERI ITU AJE BN PEMBANGKANG. TAKYAH TARIK SOKONGAN DAH MEMANG KAWASAN PEMBANGKANG PUN....
MASIH HIDUP DLM DENIAL SYNDROM ROPANYA.


Wanita UMNO masuk lokasi pembangkang 


KUALA LUMPUR - Wanita UMNO akan menggerakkan jentera pergerakan itu ke kawasan-kawasan ‘mencabar’ yang dikuasai pembangkang dalam usaha menarik sokongan rakyat terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN) di kawasan berkenaan. 

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jentera parti di seluruh negara dipertanggungjawabkan untuk mendampingi rakyat pelbagai kaum, termasuk Selangor yang ditadbir Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

“Ampang contohnya, walaupun kawasan pembangkang, kita dengan ikhlas turun memberi bantuan dan bertanyakan isu yang memerlukan penyelesaian. 

“Daripada maklum balas yang diterima, ramai penduduk memerlukan bantuan kebajikan dan kita akan membantu dengan sentuhan kasih sayang, melakukan kerja-kerja kebajikan yang konsisten,” katanya kepada media selepas Karnival Skuad Sayang Wanita UMNO di Taman Dato’ Ahmad Razali, Ampang dekat sini, semalam. 

Shahrizat berkata, Skuad Sayang yang ditubuhkan pada 13 Oktober tahun lalu, dapat meringankan beban rakyat selain mendapat sambutan positif dan berkembang ke seluruh negara. 

“Ini saya lihat, menjadi satu penyakit di seluruh negara di mana kawasan pembangkang setelah habis tsunami (politik), telah diabaikan, nasib baik ada kerajaan dan pemimpin BN yang dapat beri bantuan,” katanya. 

Sementara itu, Shahrizat mahu kerajaan meningkatkan bilangan wanita yang dilantik menjadi Senator di Dewan Negara yang kini masih mempunyai kekosongan. - Bernama

3.8 lemah? Kat Malaysia kira kuat dah tu....

Gempa bumi lemah dikesan di Tawau awal pagi tadi


TAWAU - Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Richter dikesan berlaku di Tawau kira-kira jam 4.37 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kira-kira jam 5.05 pagi tadi di sini, menyebut bahawa pusat gegaran itu dikesan di latitud 4.4 Utara dan longitud 118.1 Timur iaitu lapan kilometer dari barat laut Tawau.

Menurut kenyataan itu, gegaran lemah dapat dirasai di sekitar Tawau dan jabatan itu sedang memantau perkembangan berkenaan dan akan memaklumkan orang ramai jika ada perkembangan terbaru.

KERAJAAN LAKSANA TANGGUNGJAWAB bukan BUDI & JASA..... letih laa...

Beritahu rakyat jasa dan budi BN


NAJIB bersalaman dengan sebahagian Wanita UMNO pada Majlis Pelancaran Karnival Skuad Sayang 1Malaysia Pergerakan Wanita UMNO di Ampang semalam.


AMPANG - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sudah sampai masanya Barisan Nasional (BN) memberitahu rakyat akan jasa dan budi yang dilakukan parti pemerintah itu selama ini untuk mensejahterakan kehidupan mereka.
Perdana Menteri berkata, kerajaan BN tidak banyak mengembar-gemburkan apa yang dilakukan untuk rakyat berbanding parti pembangkang walaupun mereka hanya membuat sedikit untuk rakyat.
"Kita buat banyak tetapi tidak riuh-rendah. Mereka buat sedikit tetapi riuh sekampung. Kita buat bangunan tidak gembar-gembur... kita buat setinggi gunung... (tetapi kadang-kadang) orang tidak hargai," katanya ketika berucap melancarkan Karnival Skuad Sayang Wanita UMNO di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang di sini semalam.
Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Najib berkata, walaupun kerajaan memberikan pengecualian pembayaran bil elektrik bagi pengguna yang bil elektriknya berjumlah RM20 ke bawah kepada lebih kurang sejuta isi rumah di seluruh negara, ia tidak digembar-gemburkan seperti sebuah negeri di bawah Pakatan Rakyat yang memberikan air percuma bagi setiap penggunaan 20 meter padu ke bawah.

Sunday, October 17, 2010

TAHNIAH.... TAK PATUT DI SELANGOR SAJA YANG BUAT

Hari Tanpa Plastik: 30,000 Tan Sisa Pepejal Menjelang 2020 Dapat Dikurangkan
PETALING JAYA: Pelaksanaan kempen Hari Tanpa Plastik di seluruh negara bermula Januari tahun depan disifatkan dapat membantu mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dijangka mencecah sebanyak 30,000 tan menjelang 2020.
Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Datuk Nadzri Yahaya berkata, rakyat Malaysia menghasilkan lebih 19,000 tan sisa pepejal setiap tahun dan 24 peratus daripada jumlah itu adalah pastik.
“Pelaksanaan kempen itu melibatkan salah satu iaitu konsep 3R (kurangkan, guna semula dan kitar semula).
“Secara tidak langsung, ini dapat mengurangkan lebih banyak plastik digunakan sehingga mengakibatkan pembaziran,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Ahad.
Beliau mengulas mengenai pengumuman kempen Hari Tanpa Plastik yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri pada Sabtu.
Langkah pelaksanaan kempen itu bertujuan menyelaraskan dan memperluaskan gerakan kempen berkenaan yang kini dilaksanakan di pasar raya besar.
Bagaimanapun Nadzri berkata, sukar untuk mengenal pasti kadar pengurangan penggunaan plastik pada masa ini berikutan kempen itu hanya akan dilaksanakan pada tahun depan. (KENAPA TAK CHECK REKOD SELANGOR?)
"Kita akan membuat kajian mengenainya bagi meneliti sejauh mana penggunaan plastik dalam sehari dapat dikurangkan.
“Pada masa sama, usaha 3R dipergiatkan bagi memastikan sistem pengurusan sisa pepejal lebih cekap agar 30,000 tan sisa pepejal menjelang 2020 dapat dikurangkan,” katanya mengenai peranan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara sebagai agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Pelaksanaan kempen Hari Tanpa Plastik itu bukan satu percubaan tetapi memperlihatkan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam usaha memelihara alam sekitar.
Nadzri berkata, selain KPDNKK, terdapat beberapa kementerian lain turut memberikan kerjasama dalam usaha memelihara alam sekitar melibatkan konsep 3R.
“Seperti Kementerian Pelajaran yang memberi kesedaran kepada pelajar agar mengurangkan penggunaan beg plastik dan membuat kitar semula,” katanya.
Beliau menambah, pengurangan atau reduce adalah penting bagi mengatasi kandungan sisa pepejal yang diuruskan sebelum ia terlepas ke tapak pelupusan.
“Plastik adalah bahan yang tidak mudah dilupuskan mengambil masa berpuluh-puluh atau ratusan tahun untuk dilupuskan.
“Oleh itu, lebih baik penggunaannya dioptimumkan daripada membiarkannya terus menjadi sampah. Ini semua melibatkan kerjasama dan kesedaran semua,” katanya.

ELAK GUNA USB PENDRIVE TAK BERDAFTAR


PC users warned about Stuxnet virus
Computer security experts are urging people to protect their PCs from a new virus that has attacked critical industrial infrastructure.

The Stuxnet virus infects PCs via USB flash drives and disables them or gives attackers access to them. It mainly attacks German-made control software used at power plants and water treatment facilities. It has also been found on 63 personal computers in Japan.

Researcher Kaoru Hayashi at computer security firm Symantec says computer users should exercise caution when using USB flash drives.

Cerita Dolu Dolu