Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, October 11, 2010

Artikel MERDEKA REVIEW - Tajuk aje dah sakit perut aku......

Satu dubur tentukan masa depan Malaysia

Lim Hong Siang | Oct 11, 2010 12:12:17 pm


Saya tidak menganggap rakyat Malaysia memerlukan drama politik sebegini, sama ada sebagai hiburan untuk meredakan tekanan hidup harian, mahupun sebagai rancangan realiti untuk meningkatkan pengetahuan seks masyarakat umum merentasi sempadan umur.
Saya tidak pasti apakah kesudahannya, malah saya lebih mencurigai apakah ia mempunyai kesudahan.  Saya tidak tahu sama ada benar atau mampu Anwar Ibrahim melakukannya, saya juga tidak berminat sama ada Saiful Bukhari Azlan mencuci duburnya, bahkan saya tidak pasti versi akuan bersumpah (SD) Rahimi Osman (gambar kiri, kedua dari kiri) manakah yang ditandatanganinya tanpa paksaan.
Apa yang pasti, dubur Saiful Bukhari Azlan akan terus dijadikan tumpuan satu Malaysia, malah satu dunia.  Ruang dada akhbar akan sarat dengan berita pendedahan demi pendedahan untuk menghakis dan menggoyah keyakinan rakyat terhadap Anwar Ibrahim; bekas rakan seperjuangannya akan tampil seorang demi seorang untuk membongkar "wajah sebenar" Anwar, dan ruang rencana akan menyiarkan artikel demi artikel untuk mengupas, menganalisa, malah meramalkan masa depan Anwar Ibrahim, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) - yang sudah tentu akan hancur dan ranap dalam masa terdekat, kononnya.
Jelas, ini kes politik
Saya menghormati proses perbicaraan mahkamah yang sedang berlangsung, malah untuk mendukung prinsip keadilan saya terpaksa menghormati juga mereka yang berhempas-pulas menegakkan keadilan, kononnya, untuk Saiful Bukhari Azlan.  Namun demikian, segala-gala ini gagal mengubah hakikat bahawa Kes Sodomi II ini merupakan kes politik.
Dari segi undang-undang, Anwar Ibrahim didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan - kesalahan melakukan hubungan seks di luar tabii yang melibatkan dua pihak secara sukarela.  Dengan kata lain, Saiful Bukhari Azlan perlu tampil sebagai tertuduh bersama Anwar, dan bukannya pengadu yang memberi keterangan - seandainya mengikut Seksyen 377B.
Namun demikian, Saiful mendakwa dirinya diliwat tanpa kerelaan sejak awal lagi.  Jadi, Anwar seharusnya didakwa di bawah Seksyen 377C, iaitu hubungan seks di luar tabii secara paksaan - barulah Saiful boleh tampil ke mahkamah sebagai "pengadu".  Apa yang berlaku kini memperlihatkan kontradiksi yang ketara antara pertuduhan dengan keterangan pengadu.
Justeru itu, sukar untuk kerajaan Najib Abdul Razak meyakinkan rakyat bahawa sistem kehakiman profesional dan bebas ketika membicarakan Kes Sodomi II ini.  Malah, tidak mungkin ia sekadar "kes jenayah" biasa, seandainya dilihat kepada pendekatan lidah UMNO, Utusan Malaysia membuat liputan berita ini.
Liputan luas diberikan kepada kandungan soal-jawab dalam perbicaraan mahkamah.  Malah, perbincangan isu ini dilanjutkan dengan wawancara bersama bekas pemimpin PKR, yang menyindir agar "Anwar tidak perlu takut", sambil mempertikaikan "Kenapa mahu tangguh perbicaraan kalau tidak bersalah?"  Kemudian bekas orang kanan tampil memohon maaf, "Kerana membela Anwar Ibrahim dalam kes liwat pertamanya".  Sumpah-seranahnya bagaikan ludah ke langit, dan jatuh bagaikan hujan kebetulan ketika menjelang pilihan raya kecil...

JANGAN BERITAHU NOH OMAR - nanti dia nak tali 1Malaysia pulak.


Jumbo tug-of-war in Okinawa
A traditional tug-of-war using the world's longest rice-straw rope was held on Sunday in Okinawa Prefecture.

The event is said to have started about 400 years ago in what was then the Ryukyu Dynasty. In those days, it was a national celebration.

The 200-meter long jumbo rope is 1-and-a-half meters in diameter and weighs 43 tons. It is said to be the world's largest rope made of rice-straw.

The event takes place in the middle of the main road running through Naha City, Okinawa Prefecture's capital city.

At the sound of a gong, people grasped the rope and started to pull from both ends.

The winner of the event is the side that pulls the rope 5 meters into its own end.

The rope hardly moved, though, and the battle ended in a draw, just as it did last year.

A visitor from Kyoto said it was a powerful display and he enjoyed it very much. Another participant, a local resident of Naha, said that while the contest ended in a draw he did his best and wanted to try again next year.

Around 270,000 people watched the spectacle.

PROTON SAMA TARAF DENGAN MERCEDES LAH YE?

Mercedes tarik balik C-Class, E-Class

Mercedes Benz C-Class.


WASHINGTON - Pengeluar kereta Mercedes-Benz mengumumkan penarikan semula kira-kira 85,000 unit kenderaan model C-Class 2010 dan model E-Class Coupe serta Cabriolet 2011 kerana masalah stereng.
Menurut agensi berita AP semalam, sistem stereng kenderaan itu mungkin gagal berfungsi sepenuhnya ekoran kebocoran cecair stereng.
Laporan mengenai masalah itu dikemukakan kepada Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA).
Menurut pengeluar kereta itu, satu penyambungan pada saluran stereng kuasa didapati tidak berfungsi dengan sempurna sekali gus mengakibatkan cecair untuk stereng mengalami kebocoran.
"Pemilik-pemilik mungkin tidak mempunyai kawalan yang mencukupi ke atas kereta itu ketika berada dalam keadaan seperti mahu meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang memerlukan kuasa maksimum stereng," kata pengeluar kereta tersebut dalam satu laporan kepada NHTSA yang didedahkan oleh LA News Monitor.com.
Syarikat pengeluar kereta dari Jerman itu mengetahui masalah itu berdasarkan aduan daripada beberapa pengguna kenderaan berkenaan.

SAPA YANG AJAR BAB NI?

“Kaum Cina bukan pendatang” 
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat Malaysia keturunan Cina bukan pendatang sebaliknya adalah warga setia negara ini. 

Perdana Menteri itu berkata, kata-kata hinaan dan sentimen negatif seperti itu perlu dikikis. 

“Saya setuju dengan anda bahawa kaum Cina Malaysia tidak boleh digambarkan sebagai kaum pendatang. 

“Itu mungkin bagi beberapa generasi sebelum ini tetapi hari ini, anda adalah warga Malaysia yang setia,” katanya ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan MCA ke-57 di Wisma MCA di sini. 

Beliau berkata, dengan melihat ke depan, semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan perlu bekerjasama bagi menyumbang ke arah membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara progresif. 

Katanya, semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh orang-orang tua dahulu perlu diteruskan agar Malaysia akan terus bertambah kukuh dan dapat bersaing di arena global. 

“Impian saya agar Malaysia menjadi negara maju abad 21 yang benar-benar berkelas tinggi. Bukan negara sederhana kelas kedua tetapi menjadi antara negara maju yang terbaik di dunia,” katanya. 

Najib berkata, kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat. 

“Itu sebab saya nak sangat kemenangan pada pilihan raya umum ke-13. Kita tidak boleh mentransformasi (negara ini) kecuali kita mendapat mandat baru (daripada rakyat) dalam Pilihan Raya Umum ke-13. 

“Ini merupakan sebahagian daripada usaha mentransformasikan Malaysia,” katanya. - Bernama

Sunday, October 10, 2010

SELAMAT KE TIDAK? BOLEH MASUK KE TIDAK?

Hiasan pagar istana dicuri


HANYA dua kuntum bunga hiasan (dalam bulatan) yang tinggal manakala yang lain dilarikan pencuri dari pagar belakang Istana Nur Nadhirah, Kuala Terengganu baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU- Kira-kira 650 ukiran bunga hiasan tembaga pada pagar bahagian belakang Istana Nur Nadhirah, Jalan Kamarudin di sini hilang dipercayai dicuri baru-baru ini.
Kejadian itu hanya disedari kira-kira pukul 9 pagi Khamis lalu ketika pihak polis menjalankan pemeriksaan rutin di sekitar kawasan itu.
Istana itu menjadi tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin apabila Seri Paduka berangkat pulang ke bandar raya ini.
Ia berlaku sehari sebelum keberangkatan pulang Seri Paduka bagi menyaksikan upacara pelepasan peserta kejohanan sukan berkuda Sultan's Cup Endurance di negeri ini semalam.
Difahamkan, individu yang terlibat dalam kehilangan ukiran tersebut mungkin menyangka ia mengandungi emas kerana warnanya yang kekuningan atau mahu menjualnya kepada peniaga barangan lusuh.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan ketika ditemui mengesahkan kejadian itu namun beliau tidak mahu mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan.

Cerita Dolu Dolu