Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, September 27, 2010

HARAP LEBIH JELAS MAKNA HINA....

Harap ianya bukan sekadar retorik semata-mata atau apabila ada isu yang dikecohkan semata-mata. apakah garis panduannya, tindakan dan agensi yang bertanggungjawab - mahkamah syariah kah? mahkamah persekutuankah? Majlis agama negerikah dan banyak lagi. Bagaimana pula jika melibatkan orang ISLAM yang menghina agama Islam itu sendiri secara halus? Apakah tindakannya pula jika melibatkan VVIP? Kalau takat cakap, aku pun boleh - ye tak?
Hina Islam: Kerajaan Tidak Berdiam Diri - Mashitah
PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan berdiam diri terhadap sebarang bentuk penghinaan terhadap agama Islam di negara ini, bagi mengelak perkara yang tidak diingini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata perkara itu tidak boleh terus dibiarkan dan tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang menghina Islam.
"Tidak boleh setakat dimaafkan. Kalau tidak orang Islam akan bangun dengan satu kemarahan yang akan berbentuk perkauman.
"Saya khuatir akan berlaku (sesuatu) kalau tindakan tegas tidak ambil," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Waqaf Malaysia bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini pada Isnin.
Beliau diminta mengulas berhubung kewujudan beberapa klip video dalam laman web YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam.
Dalam laporan akhbar hari ini, Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA), Zainol Abideen berkata paderi yang didakwa bernama Benjamin Stephen itu dikatakan menyampaikan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak.
Mengulas lanjut, Dr Mashitah yang kesal terhadap perkara itu, menggesa Jabatan Agama Islam Sarawak, yang bertanggungjawab terhadap isu itu, supaya segera membuat penyiasatan agar ia tidak berleluasa.
"Sebelum ini, kita cuma dengar (penghinaan terhadap Islam) di Barat sahaja...ancaman bakar Quran. Kalau penyakit ini berjangkit dalam negara, perkara ini harus dilihat secara serius.
"Apa pun, dalam hal ini kalau bertepatan, KDN (Kementerian Dalam Negeri)perlu ambil tindakan dan pada masa sama, umat Islam diingatkan supaya kefahaman tentang Islam dipertingkatkan," katanya.-BERNAMA

BYE BYE PUTRAJAYA - BEHAVE OR BE GONE.

“Hanya indah khabar dari rupa” 
SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikatakan menjunjung prinsip demokrasi dan ketelusan tidak terlepas daripada insiden kekecohan semasa proses pemilihan jelas menggambarkan parti tersebut hanya ‘indah khabar dari rupa’. 

Tambahan pula, pemimpin tertinggi PKR sebelum ini sering melaung-laungkan pemilihan parti mereka adalah yang terbaik dan contoh proses demokrasi sebenar serta patut menjadi ikutan parti-parti lain terutamanya UMNO dan Barisan Nasional (BN). 

Kekecohan yang berlaku semalam pada beberapa pemilihan peringkat cabang semalam didakwa bermula dari kertas undian yang sudah diisi, malah terdapat aduan dari calon yang berang kerana nama tercicir sedangkan sudah mengisi borang pencalonan sejak awal lagi. 

Pemilihan yang sepatutnya dijalankan secara harmoni akhirnya bertukar menjadi kacau-bilau apabila ada beberapa ahli yang tidak berpuas hati mula bertindak liar dengan membaling kerusi, memulaukan pemilihan dan sebagainya. 

Ditambah pula kelemahan pemantau dan pegawas pemilihan menyebabkan mesyuarat di beberapa cabang tidak dapat berjalan dengan lancar. 

Penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, PKR adalah sebuah parti baru dan percubaan mereka mengadakan konsep ‘satu ahli satu undi’ adalah amat baik tetapi memerlukan badan pemantau yang kukuh dan berkesan. 

Menurutnya, parti itu perlu bersedia lebih awal dengan tenaga manusia yang cukup dan terlatih serta mempunyai garis panduan yang jelas sebelum melaungkan pemilihan mereka adalah proses demokrasi sebenar. 

“Kalau tiada kawalan pasti terjadi kekecohan, jadi mereka tidak perlu berkata merekalah terbaik kerana jelas sekarang ia hanyalah retorik politik semata-mata,” katanya, semalam. 

Selain itu, Ahmad turut menegur sikap sesetengah pemimpin PKR yang menganggap menjadi ketua adalah satu tugas mudah sedangkan ia sebenarnya memerlukan pengalaman dan kebijaksanaan. 

“Sepatutnya kekecohan ini boleh dielakkan jika semua orang berpegang kepada prinsip dan tidak bermain kotor, jangan berfikir mudah untuk menang semasa pemilihan parti, sebenarnya ia sukar. 

“Oleh itu jangan mengutuk parti lain, cerminkan diri dahulu, seperti pepatah paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih,” katanya. 

Sementara itu, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir menyifatkan insiden kekecohan membuktikan pemilihan PKR kali ini petanda terdapat pertarungan yang amat sengit di kalangan pemimpin akar umbi. 

Katanya, kekecohan seperti ini sedikit sebanyak akan menjejaskan tanggapan rakyat terhadap PKR yang dikatakan pendukung demokrasi dan ketelusan berbanding parti politik lain di negara ini. 

“Punca kekecohan ini jelas mengetepikan adat dalam demokrasi, mereka menggunakan konsep matlamat menghalalkan cara dan perkara ini tidak seharusnya terjadi dalam PKR. 

“Kekecohan ini pasti menjadi pukulan hebat kepada pemimpin mereka kerana selama ini mereka melaungkan ketelusan dalam pemilihan,” katanya.

SAPA PANAS TELINGA DGN UST ASRI?

Wang bantuan hasil judi tidak haram: Dr Asri 


SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan bahawa bantuan dari kerajaan negeri hasil daripada pendapatan perjudian kepada rakyat miskin beragama Islam adalah tidak haram. 

Beliau berkata, Kerajaan Pusat juga menggunakan sumber pendapatan yang serupa iaitu melalui kutipan cukai seperti judi, arak, hiburan dan lain-lain. 

Menurutnya, kegiatan yang menggalakkan perjudian perlu dicegah oleh Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri kerana kegiatan tersebut adalah haram di sisi Islam dan boleh merosakkan masyarakat. 

“Hakikatnya di Malaysia, berapa banyak lagi cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain yang dipungut oleh kerajaan. 

“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga berasal dari pelbagai sumber pendapatan,” katanya kepada Sinar Harian ketika berada di Beijing, China, semalam. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu. 

Dr Asri berkata, penggunaan wang hasil sumber perjudian untuk membantu orang miskin tidak menyebabkan wang yang diterima rakyat menjadi wang tidak halal. 

Menurutnya, sekiranya penerima bantuan kemiskinan mahu menggunakan untuk berniaga, hasil pendapatan daripada perniagaan itu juga dikira halal. 

“Transaksi itu dibuat atas tujuan ‘bantuan’, bukan atas judi. Kesalahan ditanggung kerajaan dan syarikat judi, bukannya rakyat,” katanya.

DURIAN TAIK GAJAH OK TAK? ADA LAGI KE?

Kontroversi kopi luwak



KOPI luwak diambil daripada biji kopi yang telah dicernakan musang melalui sistem perkumuhan.




KOPI tahi musang atau lebih dikenali sebagai kopi luwak sangat terkenal di kalangan penggemar kopi di Indonesia serta di peringkat antarabangsa.
Biarpun kopi tersebut dihasilkan melalui proses dengan fermentasi secara semula jadi dalam sistem pencernaan musang, ia tetap berjaya menarik minat manusia untuk menikmatinya disebabkan cita rasanya yang unik dan enak.
Tidak dinafikan, harganya yang mahal juga turut menjadi penarik di kalangan para penggemar kopi.
Di Amerika Syarikat, kopi luwak dikenal sebagai kopi kotoran kucing atau cat-poo coffee dan dijual dengan harga AS$190 (RM596) untuk 500 gram. Kopi tersebut juga didakwa jarang ditemui kerana setiap tahun, hanya 250 kilogram sahaja dihasilkan.
Di pasaran antarabangsa, harganya berkisar antara AS$100 (RM314) sehingga AS$350 (RM1,099) sekilogram.
Ramai yang meragui sama ada kopi luwak itu halal untuk diminum. Kopi Luwak difatwa halal oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) dengan syarat biji kopi berkenaan telah dibersihkan dari kotoran.
"Kopi luwak dihukumkan mutanajis, ertinya terkena najis. Kopi luwak dinyatakan halal setelah melalui proses pembersihan. Meminum kopi luwak dihalalkan, kemudian mengeluar, menjual beli, meminum kopi luwak, hukumnya boleh," kata Ketua Suruhanjaya Fatwa MUI, Ma'ruf Amin.
Proses kopi luwak terjadi apabila biji kopi yang masih berkulit, ditelan kemudian sisanya yang berupa biji kopi dengan kulit dalam kopi, keluar bersama kotorannya. Sebelum diolah, biji kopi yang telah keluar tadi dipisahkan dari kotoran musang secara manual.
Sementara itu, setiausaha Suruhanjaya Fatwa MUI Aminuddin Yakub pula memberitahu, MUI telah melakukan kajian dan mendapati haiwan musang hanya makan kulit luar buah kopi dan menyisakan kulit dalam buah tersebut.
"Kalau ditanam, biji kopi itu boleh tumbuh. Disebabkan itu kopi luwak bukan najis, tetapi mutanajis," katanya.
Meskipun begitu, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid, secara peribadi berpendapat kopi luwak adalah haram untuk diminum biarpun telah melalui proses pembersihan.
"Biji kopi yang dimakan musang tadi sudah masuk ke dalam perutnya dan telah bercampur dengan enzim yang terdapat dalam badan binatang tersebut lalu dicernakan melalui sistem pembuangan najis.
"Akibat percampuran biji kopi dan najis musang tersebut ia adalah haram untuk diminum. Sebabnya, kulit biji kopi tersebut adalah nipis dan ia berkemungkinan telah dimasuki atau bercampur dengan najis musang," jelas beliau.

NASIB TAK BALING TAIK.


Man throws flare at Chinese consulate general
A man who claims to be a member of a right-wing organization threw a smoke marker at the Chinese Consulate General in Nagasaki City on Sunday.

Police officers guarding the facility at the time arrested 20-year-old part-time worker Kazuki Tanigawa.

No one was injured as the office was closed for the weekend.

Police say more officers were deployed than usual following the release of the captain of a Chinese fishing boat that collided with Japanese Coast Guard vessels near the Senkaku Islands.

US Ambassador to Japan John Roos is also visiting the city.

Cerita Dolu Dolu