Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, September 12, 2010

POLIS SAHKAN SOSILAWATI DAN EMPAT LAGI MATI DIBUNUH

Kes Sosilawati: Empat Ditahan Mengaku Terlibat Dalam Pembunuhan
KUALA LANGAT: Polis mengesahkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain mati dibunuh sebelum dibakar dan abu mayatnya dibuang di sebuah sungai berhampiran lokasi kejadian di sini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, keterangan itu dibuat berdasarkan pengakuan empat suspek yang ditahan.
Sehubungan itu katanya, Jabatan Forensik PDRM dan Jabatan Kimia sedang melakukan siasatan bagi mengesahkan penemuan empat mayat di Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini pada Sabtu adalah Sosilawati bersama tiga individu lain yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.
"Berdasarkan hasil tangkapan polis terhadap empat suspek telah mendedahkan pengakuan mereka terlibat dalam satu kejadian pembunuhan yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Empat mayat yang dibunuh, dibakar dan dibuang abunya di sungai berhampiran tempat kejadian di sini," katanya pada sidang media di sini.
Mohd Bakri berkata, polis telah menangkap lapan individu sejak 10 September antaranya individu bergelar datuk, adik-beradik dan remaja berusia 19 tahun.
Menurutnya, dipercayai keempat-empat mayat itu dibakar berdasarkan penemuan tempat pembakaran yang diperakui suspek.
“Bagaimanapun kita tidak dapat mengesahkan mereka yang dibunuh itu adalah Sosilawati dan tiga individu lain. Kita perlu tunggu hasil siasatan lanjut melalui pengesahan ujian deoksiribonukleik (DNA) dan sebagainya," katanya.
Selain Sosilawati, tiga individu terbabit adalah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Mereka dilaporkan hilang sejak hampir dua minggu lepas semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.
Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya.

Al-Fatihah. Semoga ahli keluarga mereka tabah

Mayat dibakar di ladang ayam



KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.
Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.
Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.
Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.
Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.
‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.
Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.
“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.
“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.
Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.
Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.
Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.
Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.
Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah.

Sekitar Solat Eidul Fitri di MOSCOW

Solat Aidil Fitri di jalanraya di Russia. Betapa Islam diangkat martabatnya..... sehingga bekas negara komunis yang tidak mempercayai ugama menutup sebahagian jalanrayanya untuk memberi laluan kepada solat Aidil Fitri. pernahkah kita bayangkan?



SALAM AIDIL FITRI dari MAHAZA.

Aidil Fitri kedua di Shah Alam. Seperti tahun-tahun lalu - surau masih belum ada orang. Malam esok ada dah kot?

GAMBAR ahli keluarga bonda tersayang 
Anak, Menantu serta cucu-cucu yang di ambil di pagi Aidil Fitri 1 Syawal 1431H, 
bersamaan dengan 10 September 2010. 

Salam Aidil Fitri.

Kroni Perlu Dikorban, Jika Mahu Pulih Ekonomi

Benar kata DSAI itu TETAPI jangan lupa dalam Pakatan juga ramai yang cuba menonjolkan diri untuk menjadi kroni. Walaupun aku takde apa-apa dalam Pakatan dan tak minat untuk ambil bahagian secara serius tetapi bukan tiada yang cuba 'rapat' untuk dapatkan contact atau connection dengan Adun atau orang kanan ADUN terutama BATU TIGA dan BANDAR ANGGERIK. Tak kuasa nak layan orang-orang macam ni. . . .  So jangan sampai terkena batang hidung sendiri sudahlah, sebab kena faham terutama dari PKR ramai bekas-bekas BN. So, how Datuk Seri gonna tackel that situation? 


Keghairahan Umno-BN menghabiskan wang rakyat pada kempen berslogan dan projek tidak bermanfaat, dan meminggirkan soal melaksanakan dasar-dasar yang efektif punca Malaysia corot dalam indeks daya saing dan rasuah.

Tahun demi tahun, Malaysia gagal mendapat tempat di kumpulan teratas indeks antarabangsa. Yang terbaru, Forum Ekonomi Dunia melaporkan Malaysia terus jatuh dari tahun ke tahun, dari tempat ke 21 ke 26, dalam Indeks Daya Saing sedunia.
Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-BN perlu mengorbankan kroni-kroni bagi memulihkan imej dan ekonomi negara di persada antarabangsa.
Beliau menggesa Kerajaan Pusat supaya meneliti saranan Forum Ekonomi Dunia yang menggesa Malaysia mengambil langkah drastik untuk memulihkan kebebasan badan kehakiman dan institusi awam bagi menghentikan kecorotan prestasi negara dari tahun ke tahun.
Anwar menjelaskan ekonomi Malaysia akan terus tempang, dan rakyat akan terus tertekan, jika Perdana Menteri Najib Abdul Razak terus melindungi kroni-kroni Umno-BN yang selama ini mendorong pemerintah untuk mencabul sistem politik, ekonomi dan undang-undang.
Sistem kehakiman yang benar-benar bebas dan tidak memihak kepada kekuasaan adalah ciri-ciri utama yang meletakkan negara seperti Switzerland mengungguli carta 10 ekonomi terbaik di dunia.
Najib digesa merenung keresahan rakyat dan pelabur apabila rasuah dan penyelewengan kuasa semakin membudaya lalu membawa kerosakan yang bukan kepalang.
"Perdana Menteri silih berganti, janji demi janji tapi tidak diperkota. Lihat sahaja isu pembubaran dan pembatalan ISA sampai sekarang tidak terjadi, rasuah masih lagi meluas, digunakan penswastaan 1 Malaysia termasuk kes Sungai Besi diberikan kepada kroni yang melibatkan projek berbilion ringgit yang tidak diberikan secara telus" jelas Anwar                     
Laporan Daya Saing 2010-2011 Forum Ekonomi Dunia yang dikeluarkan baru-baru ini membuktikan gagasan Dato Seri Najib dalam membangunkan Negara tidak membuahkan hasil malah membebankan rakyat.
Beliau berkata, kerajaan persekutuan hanya mengejar slogan dan pencapaian astetik 1 Malaysia, tanpa perlaksanaan dasar-dasar wajar.
Berhadapan dengan kedudukan ekonomi sebegini, ternyata generasi akan datang terpaksa jua menanggung permasalahan yang diakibatkan oleh ketirisan seperti rasuah, kelemahan pengurusan serta tamak membolot khazanah negara.
"Bila ditanya, mereka kaitkan pula dengan soal Melayu dan Bumiputera. Melayu mana dan Bumiputera mana yang dapat keuntungan? Hanya Melayu keluarga dan Bumiputera kroni. Kita pertahan majoriti yang miskin dan kelompok india, Cina, Kadazan, iban dan Dayak yang terpinggir. Ini mesti juga diberi perhatian. Ini negera kita dan kita berhak pertahankan hak kita," tambah Anwar

Cerita Dolu Dolu