Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, August 23, 2010

INI DOA UNTUK SAPA? MELAYU? ISLAM AJE?

Di Selangor setiap Jumaat, dalam khutbah kedua, khatib akan membaca doa ini sesudah doa untuk Sultan.

Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat,  suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianMu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Soalannya : Adakah doa dalam teks khutbah yang disediakan oleh JAIS ini khusus untuk orang Islam sahaja? 

LEPAS JASIN, KAT KUANTAN PULA.

Dipetik dari Pahang Daily Online yang pernah memberi 'amaran' di sini sebelum kes ini berlaku dan ada juga pengunjung yang beri komen berdoa agar perkara yang sama berlaku di Jasin tidak berlaku di Kuantan - dah berlaku dah.


Gempar: Tragedi Ribut Taufan Bazar Ramadhan Jasin, Kini Melanda Pula Bazar Ramadhan Dekat Mahkota Square Depan Masjid Negeri Kuantan !!

KUANTAN, 23 Ogos - Hujan lebat berserta ribut petir melanda bandar ini sekitar jam6.40 petang semalam. Kejadian yang berlaku ketika umat Islam sedang sibuk membeli juadah berbuka puasa itu jelas sekali mengejutkan sebahagian besar penduduk disini. Apa tidaknya, igauan ngeri kejadian ribut dasyat yang melanda Bazar Ramadhan Jasin di Melaka baru-baru ini masih meninggalkan kesan mendalam kepada mereka. Ramai yang panik apabila melihat petir sabung menyabung dan ribut beserta hujan tiba-tiba datang mengganas. Keadaan panik itu menyebabkan berbagai insiden lain yang dipercayai berlaku di merata tempat. Tinjauan krew kami ke beberapa lokasi yang berkenaan mendapati keadaan yang berlaku amat mengejutkan sekali. Inilah kali pertama "ribut dasyat umpama halilintar" melanda bandar ini. Memang sebelum ini pernah berlaku kejadian yang sama seperti itu, tapi ia tidaklah sehebat apa yang berlaku petang semalam. Rata-rata orang ramai yang ditemui menganggap kejadian itu merupakan pertama kali dalam sejarah sejak mereka bermastautin di bandar itu. Banyak insiden lain yang berkaitan menyebabkan orang ramai terkejut dan tidak menyangka segalanya. Tambahan pula, ketika kejadian umat Islam sememangnya sedang menantikan waktu berbuka puasa dan rata-rata diantara mereka sedang bersedia ke arah itu. Mungkin dek kerana "bala dan kemurkaan Allah terhadap umatnya", tiba-tiba ribut yang maha dasyat itu berlaku.

Kanopi Bazar Ramadhan Ranap Di Pukul Ribut 


Difahamkan, beberapa buah kanopi diBazar Ramadhan Mahkota Square(foto) di hadapan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I turut musnah akibat dipukul ribut petang semalam. Kejadian berlaku ketika orang ramai sedang sibuk membeli juadah berbuka puasa di kawasan terbabit. Malah, difahamkan insiden itu juga berlaku selepas seorang "VVIP" melawat ke situ. Tujuh buah kanopi dipercayai melambung ke udara dan menghempap beberapa buah yang lain. Ini menyebabkan beberapa orang peniaga gerai berkenaan terpaksa bertempiaran lari akibat takut kejadi ribut taufan di Bazar Ramadhan Jasin berulang. Menurut sumber terdapat beberapa orang awam dan peniaga yang tercedera dalam kejadian itu. Sebelum ini, kami pernah mendedahkan aktiviti berbuka puasa besar-besaran yang dijalankan diPadang MP3 di hadapan Masjid Negeri itu telah mencemar kesucian agama Islam. Ia berikutan orang ramai menjadikan aktiviti berkenaan sebagai pesta sedangkan mereka tidak mengimarahkan masjid sewaktu solat Maghrib berjalan. Malah, banyak terdapat adengan-adengan yang jelas melanggar kesucian agama Islam itu sendiri berlaku sebenarnya.


Ranap, sebahagian daripada gerai yang telah musnah dipukul ribut 
Malah, kami juga pernah mendedahkan terdapat beberapa orang peniaga yang sanggup tidak bersolat "Asar, Maghrib dan Isyak" apatah lagi"solat Tarawikh" biarpun jarak Bazar Ramadhan hanya beberpa meter dengan pintu masjid berkenaaa. Semuanya itu akibat kesibukan melayan pelanggan yang datang berpusu-pusu untuk membeli juadah berbuka puasa di situ. Penganjur tidak boleh disalahkan dalam hal ini, kerana peniaga sepatutnya mengutamakan tanggungjawab sebagai umat Islam daripada terus mengejar keuntungan duniawi. Akhirnya, apa yang kami khabarkan itu berlaku jua. Semuanya akibat kasilapan dan kealpaan mereka sendiri akibat tidak menghormati waktu solat dek kerana tertumpu kepada perniagaan masing-masing. Semoga kejadian yang berlaku ini dapat menyedarkan pihak yang berkenaan agar lebih berhati-hati lagi pada masa akan datang. Usahlah alpa dan lalai, sedangkan mereka mendengar laungan azan dan berada betul-betul di hadapan "rumah Allah itu sebenarnya". Ambillah ikhtibar atas apa yang telah berlaku semalam.

[Sesungguhnya apa yang berlaku semalam adalah sesuatu yang amat mengejutkan. Tambahan pula sebelum hujat dan ribut melanda, kelihatan awan begitu hitam dan petir yang amat kuat. Ini membuatkan rata-rata orang ramai tergamam seketika kerana mengesyaki sesuatu yang dasyat akan berlaku. Mujurlah dalam kejadian petang semalam, tiada kehilangan nyawa terjadi. Malah, tiada kecederaan serius yang dilaporkan terjadi. Apapun, semua pihak harus berhati-hati dalam setiap tindakan selepas ini.Amaran Allah sudah bila ada manusia yang terus engkar dengan perintahNya. Difahamkan, kawasan lain yang teruk terjejas juga ialah di sekitar Indera Mahkota, Cenderawasih dan Bukit Setongkol. Kerja-kerja pembersihan masih dijalankan oleh pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPA3) dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)].

BERI AKU BIASISWA !!


Sebelum baca kat bawah kita baca ini dulu - Artikel 153  Fasal 3 - Perlembagaan Malaysia.


(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

- Masa TDM dok cerita kemasukan ke Universiti ikut meritokrasi kenapa senyap? Biasiswa diganti dengan PTPTN kenapa tak cerita fasal Artikel 153 ni?

Kalau contohnya saya pergi ke mahkamah menuntut kerajaan memberi biasiswa kepada saya untuk saya sambung belajar kerana saya menuntut hak saya menurut artikel 153 ini apakah ianya boleh ke tidak? Bahasa mudahnya 'Give me that Quota'. Sebelum sibuk nak cerita fasal 'kontrak sosial', hak yang dihapuskan secara senyap kenapa tak pertikaikan dulu?

"Keluar Malaysia, Balik Ke Negara Asal...."

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyertai senarai pihak yang menggesa agar mereka yang menyentuh soal kepentingan Bumiputera dan kontrak sosial supaya balik ke negara asal mereka.

Dalam kenyataan dikeluarkan pagi ini, Ibrahim berkata “siapa yang tidak menghormati kontrak sosial iaitu Perkara 153 boleh keluar Malaysia, balik negara asal nenek moyang.”

“Jangan hipokrit,” kata Ibrahim yang lazimnnya lantang dalam kenyataan dikirim menerusi khidmat pesanan ringkas.

Pendirian yang sama ditulis oleh kolumnis Mingguan Malaysia Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah Ahad lalu.

Ia disusuli dengan pendedahan kenyataan seorang pengetua sekolah menengah di Kulai Jaya, Johor dan baru-baru ini didakwa dikeluarkan oleh pengetua sekolah rendah di Kedah.

Pendirian Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dikeluarkan ekoran kenyataan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon semalam.

Koh berkata, rakyat perlu berhenti daripada terlalu memikirkan isu perkauman termasuk mengenai kuota serta ekuiti Bumiputera dan berhenti daripada bergaduh berhubung perkara itu.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata pertengkaran secara terbuka tidak membawa apa-apa kebaikan dan beliau sebaliknya meminta setiap individu untuk memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi negara.

“Saya merayu kepada semua agar jangan memperbesarkan isu perkauman dan kritikan.

“Jangan terlalu memikirkan tentang sudut perkauman. Jika perkara ini berterusan, kita akan semakin kurang berkongsi dan lebih banyak bertengkar,” katanya.

Koh berkata beliau menasihatkan Ibrahim agar lebih memberi tumpuan tentang bagaimana memperkasakan pengetahuan, pengalaman dan daya saing di kalangan Bumiputera daripada melukakan perasaan kaum lain dengan “berkata itu dan ini.”

“Komen saya terhadap  Koh Tsu Koon yang tegur saya,  suruh ambil tindakan positif memperbaiki nasib Bumiputera  bukan dengan hanya bercakap dan melukai hati kaum lain.

“Tapi kaum lain tak luka hati kaum Bumiputera ke? Isunya, sebagai Menteri Perpaduan, kenapa dia tak tegur Cina, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan dia dan ICU  kena bertanggungjawab membuat Melayu Pulau Pinang merempat,” katanya.

Ibrahim berkata Koh perlu menyatakan pendiriannya dalam soal ekuiti 30 peratus sedangkan Bumiputera 67 peratus.

“Nyatakan pendirian. Koh juga adalah dalam satu kumpulan anti-Melayu secara halus,” katanya lagi.

SAPA SETUJU? AKU TAK SETUJU!


Kalau adalah dari pihak Pakatan Rakyat setuju memang kena bahasa dengan aku nanti. Bila 'orang kita' ISA tak bagus, 'orang dia' ISA bagus. Kalau itu yang hendak disampaikan marilah beramai-ramai kita bersetuju dengan ISA dan jangan syorkan penambahbaikan langsung - hapuskan ISA? Poodah!

MPM mahu tindakan ISA ke atas Soi Lek

August 22, 2010
MPM mendakwa bahawa Dr Chua cuba merompak hak Bumiputera mendapatkan rezeki. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Majlis Perundingan Melayu (MPM), hari ini sepakat mendesak kerajaan mengenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap  Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang didakwa mencetuskan ketegangan kaum selain melanggar semangat perlembagaan dengan mempersoalkan hak istimewa orang Melayu.
Ahli Jawatankuasa Pemandu MPM, Dr Zubir Harun berkata kenyataan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim semalam yang mendakwa Dr Chua melanggar Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dengan meminta ekuiti 30 peratus pegangan bumiputera dalam perniagaan dikurangkan.
“Mengikut kenyataan  Datuk Rais semalam, kami rasa pelanggaran ini sebagai satu perkara serius.
“Beliau cuba merompak hak Bumiputera mendapatkan rezeki,” tegas Zubir kepada wartawan ketika sidang media sempena mesyuarat tergempar MPM di sini.
MPM, sebuah badan gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu ditubuhkan Mac lalu dengan tujuan mempertahankan hak kaum Melayu dan Bumiputera.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung MPM Dr Hasan Mad berkata resolusi Kongres Ekonomi Cina anjuran MCA Sabtu lalu seolah-olah sengaja mencabar hak Melayu.
Malah, Hasan menempelak penafian Dr Chua hari ini bahawa beliau tidak mempersoalkan Dasar Ekonomi Baru atau hak Bumiputera.
“Itu yang saya panggil lidah biawak. Resolusi itu dalam bentuk bertulis jelas menunjukkan beliau memang meminta pengurangan (ekuiti Bumiputera). MPM tidak mahu pemimpin yang tidak menyumbang kepada pembangunan negara seperti ini,” tegas beliau.
Menurut Hasan, MPM akan mengeluarkan resolusi sendiri selepas mesyuarat tergempar har ini menuntut kerajaan tidak tunduk dengan permintaan MCA atau mana-mana NGO kaum Cina.
“Kita akan tulis surat. Pertama kepada menteri Kabinet Melayu, kedua kepada ahli Majlis Tertinggi Umno minta supaya tidak tunduk dengan permintaan kaum Cina dari MCA atau mana-mana pihak,” kata Hasan.
Dr Chua sebelum ini juga telah meminta kerajaan menambah peruntukan kepada sekolah aliran Cina kerana mendakwa pertambahan murid di samping kepentingan berbahasa Mandarin bagi menarik pelabur dari China.
Seorang lagi Ahli Jawatankuasa Pemandu MPM, Datuk Kamaruddin Kachar berkata hanya sekolah kebangsaan layak menerima peruntukan kerajaan mengikut Perlembagaan Persekutuan.
“Perlembagaan kata sekolah bukan kebangsaan tak boleh terima peruntukan. Jadi mengapa nak bagi peruntukan (kepada Dr Chua). Kita menuntut sekolah Cina dan Tamil dimansuhkan dan hanya nak sekolah satu aliran,”katanya.
Seorang lagi Ahli Jawatankuasa Pemandu MPM, Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail menambah hanya Malaysia masih memiliki sekolah pelbagai aliran.
“Di negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia tak ada sekolah vernakular. Hanya Malaysia ada,” ujar beliau.
MPM turut memberi amaran kepada MCA bahawa orang Melayu tidak akan memberi sokongan kepada parti itu jika ia terus mengungkit hak istimewa orang Melayu.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, salah satu ahli gabungan MPM sebelum ini telah membuat laporan polis terhadap  Dr Chua berhubung kenyataannya yang dikatakan berbaur perkauman apabila mempersoalkan sistem kuota ekonomi Bumiputera.
Dr Chua semasa ucapannya di Kongres Ekonomi Cina Malaysia 14 Ogos lalu menuntut ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat tetapi mendapat tentangan hebat pelbagai NGO Melayu

TINDAKAN PRO AKTIF PANTAS - TAHNIAH


Pakatan Rakyat Pulau Pinang Lulus 10 Usul

Mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat hari ini mencapai kata sepakat meluluskan 10 usul berkaitan tohmahan media arus perdana yang melaga-lagakan kepimpinan kerajaan Pulau Pinang dan Yang Di Pertuan Agong.

Antara intipatinya ialah taat setia kepada Yang Dipertuan Agong dan Yang Dipertuan Negeri dan menegakkan Islam sebagai agama rasmi, serta mengutuk amalan politik kotor UMNO yang memperalat agama untuk cita-cita politik mereka.

Satu kenyataan Media Bersama Pakatan Rakyat ditandatangani Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang , Ustaz Rosidi Hussain .

Dalam mesyuarat itu,  EXCO  Pulau Pinang portfolio agama Islam, Abdul Malik Kassim memberi penjelasan mengenai teks khutbah yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

Sebanyak 10 usul diluluskan dalam mesyuarat tergempar yang dipengerusikan Pengerusi Pakatan Rakyat Lim Guan Eng.

Cerita Dolu Dolu