Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, August 22, 2010

MIAOW.....

 Ini bukan JAKIM
Jakim Ibarat ‘Harimau Tanpa Taring’
JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diibaratkan ‘harimau tanpa taring’ kerana tiada akta atau undang-undang khusus menguatkuasakan tindakan.
Namun jabatan itu berhak menggantung atau menarik semula sijil halal bagi mana-mana premis sekiranya gagal mematuhi prosedur pensijilan halal. 

Demikian penjelasan Penolong Pengarah Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hub Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah mengenai ‘kuasa’ badan itu.
Beliau berkata, masalah yang sering berlaku terhadap kebanyakan pemohon sijil halal adalah tidak membuat pengisytiharan dengan jelas.
“Ini membabitkan senarai bahan ramuan, kelengkapan dan peralatan, kakitangan, menu serta proses penyediaan makanan.
“Pengisytiharan sebelum ini dilakukan terhadap setiap menu namun ia kini dipermudahkan dengan mengisytiharkannya secara menyeluruh selagi tidak membabitkan pengunaan dapur yang berbeza,” katanya.
Kebiasaannya, pengisytiharan tidak jelas itu disebabkan pengusaha mahu mendedahkan percampuan antara bahan halal dan tidak halal.
Segelintir mereka sewenang-wenangnya menggunakan bahan berasaskan alkohol dan kaedah penyembelihan daripada sumber tidak diiktiraf halal.
Sentiasa beri peluang

UTUSAN MASIH TAK PUASHATI

Klik tajuk untuk berita satu lagi. Bawah berita lain pula. 25 Jun? Lamanya? kenapa sekarang - kalau betul sesangatlah dan ikut logik UMNO, boleh dibiarkan aje ke? Kepada yang baca berita ni gunakan akal kat kepala jangan pakai akai kat bontot.

Doa dibaca dalam bahasa Melayu - Shabudin



SHABUDIN Yahaya (kanan) bersama sebahagian daripada kariah Padang Menora menunjukkan laporan polis mengenai khatib membacakan doa untuk Lim Guan Eng di Balai Polis Tasek Gelugor, Pulau Pinang, semalam.




TASEK GELUGOR 21 Ogos - Doa yang dibacakan oleh khatib pada khutbah kedua solat Jumaat di Masjid Jamek Padang Menora 25 Jun lalu dibuat dalam bahasa Melayu.
Kandungan doa itu adalah meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng terus kekal dan berjaya mentadbir negeri Pulau Pinang selain tidak menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abas.
Perkara itu dijelaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Shabudin Yahaya yang menafikan dakwaan kononnya berlaku salah faham dalam kalangan jemaah yang tidak memahami doa kerana ia dibacakan dalam bahasa Arab.
Menurut Shabudin, biasanya doa di dalam khutbah dibaca untuk ketua agama negeri seperti Yang di-Pertuan Agong atau Yang Dipertua Negeri dan tidak melibatkan unsur-unsur lain.
"Tetapi tindakan menyebut nama Guan Eng dalam doa khutbah itu seolah-olah ada agenda politik dan membawa imej beliau.
"Etika khutbah juga dah tak betul apabila melebihkan Guan Eng berbanding pemimpin agama Islam yang lain," katanya ketika mengiringi kariah Masjid Padang Menora membuat laporan polis di Balai Polis Tasek Gelugor di sini hari ini.
Ditanya tentang khatib yang bertugas, Shabudin mengesahkan Zakaria Ahmad tidak memiliki tauliah untuk membaca khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).
Malah jelasnya, jika sesiapa yang tiada tauliah tetapi dijemput membaca khutbah, mereka juga perlu mendapatkan keizinan daripada pegawai tadbir agama daerah yang berkenaan.
"Saya harap MAIPP ambil pendekatan yang lebih tegas mengenai perkara ini dan tidak membiarkan ia terus berleluasa bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku.

MANA BAGUS BUAT JANJI ATAU BUAT BOHONG?

"You help me, I help you" janji kasik BN menang....... Itu janji ke apa ye?
Pembangkang Semakin Galak Membuat Janji Untuk Pancing Rakyat:Najib
PEKAN: Kecenderungan pihak pembangkang yang semakin galak membuat janji ketika ini lebih dilihat kepada usaha mereka sekadar untuk memancing undi pada pilihan raya umum akan datang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata pihak pembangkang akan semakin menjadi-jadi membuat janji apabila pilihan raya umum dilihat semakin hampir.
"Mereka akan buat apa-apa janji ini dan semakin dekat dengan pilihan raya, semakin banyaklah janji yang mereka akan tabur," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian kuih raya Angkatan Tentera Malaysia di sini, Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kecenderungan pihak pembangkang yang dilihat semakin galak membuat janji untuk rakyat.
Antara yang terbaru ialah kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sasaran pakatan pembangkang ialah supaya setiap isi rumah menikmati pendapatan RM4,000 sebulan dalam tempoh lima tahun apabila gabungan pembangkang mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat.
Najib berkata rakyat perlu bijak menilai setiap janji yang dibuat sama ada ia adalah janji yang berpijak di bumi yang nyata atau hanya sekadar fantasi semata-mata.
"Dalam sistem demokrasi, tiada ubatnya (menangani pelbagai janji sedemikian)melainkan kemampuan rakyat untuk membuat penilaian berdasarkan pemikiran matang dan rasional. (Janji yang dibuat) Itu perkara biasa... pada pilihan raya dulu pun macam-macam janji dibuat, pada kali ini mereka tambah lagilah janji-janji mereka.
"Sebab itulah kita (kerajaan Barisan Nasional) tetap dengan perancangan kita yang realistik seperti Model Baru Ekonomi, seperti NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) dan sebagainya yang kita percaya satu perancangan yang disokong dengan fakta dan kajian yang mendalam," kata Najib.
Perdana Menteri berkata pihak pembangkang tidak pernah meneliti setiap janji yang dibuat itu sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak kerana apa yang penting mereka hanya inginkan sokongan rakyat untuk mendapat kuasa memerintah.
"Yang penting sekali mereka janji sesuatu yang menyeronokkan pengundi untuk menyokong mereka, ini semua strategi politik mereka sahaja," katanya.
Ditanya kecenderungan pihak pembangkang membuat pelbagai janji itu sebagai petanda pilihan raya umum ke-13 akan dilaksanakan tahun depan, Najib berkata: "Wallahualam...".
Najib kemudiannya turut menghadiri majlis mengacau dan penyampaian bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai anjuran akhbar Kosmo!, Wanita Umno dan beberapa badan bukan kerajaan di Dataran Pekan di sini. - BERNAMA

SUPERBUG - superhero? adiwira? SILA JAGA KESIHATAN ANDA


WHO urges countries to combat new superbug
The World Health Organization is urging countries to take measures against multidrug-resistant bacteria that are spreading across South Asia and Europe.

The new superbug is resistant to almost all antibiotics and has infected more than 140 people in India and Pakistan. It has also spread to Europe, mainly among people returning from the 2 countries. One person in Belgium died.

In a statement on Friday, the WHO called on countries to monitor and take preventive measures against the bacteria.

It recommended governments focus on surveillance for antimicrobial resistance as well as appropriate use of antibiotics. It also advised them to ban sales of antibiotics without prescription.
The UN health body says many countries have successfully controlled multidrug-resistant microorganisms. It calls for strict preventive measures, saying they can effectively reduce transmission.

KONTROVERSI ISU DOA KHUTBAH

Komen Dr Muhd Asri (Bekas Mufti Perlis) yang tiada saya jumpa online.

Cerita Dolu Dolu