Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, July 25, 2010

Saari : Kerajaan Pusat Petualang Sebenar Kes Curi Pasir

Sekarang barulah faham apa maksud MB Khalid suruh TPM Muhyiddin tolong tangkap pencuri pasir. 
QUOTE : "Penahanan hanya boleh dibuat ketika operasi bersepadu yang melibatkan pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilakukan. Bahkan sekiranya ada kes kecurian yang terbongkar, ianya pantas dibersihkan melalui agensi yang tertakluk dibawah telunjuk kerajaan pusat."

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meneruskan gesaan kepada Kerajaan Pusat untuk tidak mensabotaj usaha Kerajaan Negeri Selangor membasmi kegiatan mencuri pasir. Adun Hulu Kelang, Saari Sungip berkata Kerajaan Pusat menyuburkan kegiatan mencuri pasir dengan memansuhkan kuasa Pejabat Tanah dan Daerah serta Jabatan Galian Tanah, seraya menjadikan agensi terbabit tidak berupaya untuk memberkas petualang pasir terbabit. Saari dalam nada berseloroh pada awalnya menyoal siapa gerangan yang bertanggungjawab dalam isu kecurian pasir di Selangor, diikuti dengan penjelasan bagaimana isu kecurian pasir di negeri ini dikatakan sebagai satu usaha terancang oleh Kerajaan Persekutuan.   
" Tuan-tuan, siapa yang curi pasir ini? Pencuri. Yang curi pasir ini ialah pencuri. Isu pencuri ini bidang kuasa pihak polis" seloroh Saari.  
Berucap dalam ceramah umum "Siapa Curi Pasir", Saari menjelaskan, amalan kerajaan UMNO-BN ketika memerintah Selangor menjadikan masalah pasir di Selangor semakin rumit untuk diselesaikan. Ianya menjadi semakin teruk apabila berlakunya amalan pendakwaan terpilih serta wujud usaha untuk melindungi pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.  " Isu pencuri pasir ini ialah masalah penguatkuasaan di peringkat persekutuan. Saya hendak bawa satu isu besar, di dewan pun tidak terbawa sebab tidak dapat maklumat yang sepenuhnya" tambahnya lagi. Tambahnya, amalan menyelamatkan kroni ini dikukuhkan oleh kerajaan pusat dengan meluluskan akta baru di peringkat Persekutuan pada November 2008 apabila kuasa menahan orang yang mencuri atau pun disyaki mencuri pasir tidak lagi di bawah bidang pegawai penguatkuasa PTD dan PTG. Penahanan hanya boleh dibuat ketika operasi bersepadu yang melibatkan pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilakukan. Bahkan sekiranya ada kes kecurian yang terbongkar, ianya pantas dibersihkan melalui agensi yang tertakluk dibawah telunjuk kerajaan pusat. 

Sohih Ustaz Asri Tak Masuk UMNO (Tak Dapat Masuk?)

SAYA INGIN MEMUJI TUN SITI..
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin 

Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr. Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah yang saya lihat ialah ketika beliau memakai telekung untuk solat. Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di IJN. Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. MasyaAllah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah nenek saya yang sudah kembali ke rahmatullah.
 Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah.
Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi. Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi ‘menteri tambahan’. Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara. Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London. Saya masih ingat jawapan Tun Siti: “ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan”. Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.

Heat wave in Japan kills another 19



The ongoing heat wave across Japan claimed 19 lives on Saturday.

In Saitama Prefecture near Tokyo, police and fire departments announced that 13 people had died, apparently from heat stroke. Another 6 deaths were reported in Chiba, Miyagi and elsewhere.

11 people remain in serious condition, and are receiving treatment in hospital.

NHK learned that as of 7:30 PM on Saturday, 314 people had been taken to hospital in major cities across the country, apparently suffering from heat stroke. Of these, 60 cases occurred in Tokyo.

Pakatan Selangor Tidak Akan Bubar DUN Jika BN Panggil PRU Tergempar


Mari kita lihat apakah perkara seperti di bawah berlaku:


1. Ada orang sudah pening kepala sebab sudah plan mahu kasi surpurise PRU-13 ... tapi sudah kena surpurais sama PR Selangor.

2. Esok akan adalah mana-mana kangkong yang memberi ulasan.
3. Pakatan Rakyat gila kuasa, Takut kalah PRU-13 dan berbagai sebab lagi.
4. SPRM makin aktif  terutama terhadap ADUN Seri Muda (Khir Toyo cakap dia nak bonus 6 bulan maa......)
Pakatan Rakyat (PR) Selangor telah memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jikapun Barisan Nasioanl (BN) memanggil pilihan raya umum tergempar di peringkat pusat dalam waktu terdekat.

The Malaysian Insider difahamkan keputusan itu dicapai oleh PR pada mesyuarat pimpinan negeri itu Isnin lalu.

PR Selangor mahu menggunakan tempoh mandat lima tahun sepenuhnya, tanpa mahu terikat dengan rentak BN bagi membolehkannya menunaikan janji-janji pilihan raya umum lalu.

Selangor salah satu daripada empat negeri yang kini diterajui PR. Tiga negeri yang lain ialah Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Menteri Besar dan Ketua Menteri boleh memutuskan untuk memanggil pilihan raya negeri dengan memperoleh perkenan Sultan ataupun Yang Dipertua Negeri.

Perdana Menteri pula boleh berbuat demikian di peringkat pusat dengan menperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Lazimnya pilihan raya umum negeri dan pusat akan diadakan serentak.

Bagaimanapun pemerhati dan penganalisis menjangkakan kelainan ekoran perubahan landskap politik negara sejak 8 Mac 2008.

Ketua Penerangan PAS Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir ketika mengesahkan perkara itu berkata, PR memerlukan masa yang secukupnya memandangkan Umno-BN terus-menerus mendakwa pihaknya tidak melaksanakan program yang dijanjikan ketika kempen pilihan raya.

“Ya, memang kami sudah memutuskan perkara ini pada mesyuarat yang terbaru awal minggu ini... cuma Menteri Besar belum mengumumkannya,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Dalam entri blognya semalam di bawah tajuk “Tidak ada kerjasama PAS-Umno di Selangor”, Roslan antara lain menulis, PR mempunyai banyak kerja yang perlu dibereskan selain memperkasakan ikatan PAS-DAP-PKR itu.

“Kerusi-kerusi yang kita kalah mahu kita tawan. Kita mahu meyakinkan para penyokong dan rakyat kita di Selangor bahawa cerita-cerita basi BN akan panggil pilihan raya awal langsung tidak menarik minat kita.

 “Bubarlah Parlimen tetapi DUN Selangor akan kekal hingga ke akhir penggal,” kata beliau merujuk kepada kempen Umno-BN sejak kebelakangan ini bahawa PR Selangor telah gagal menunaikan janji-janji pilihan raya umum 2008.

Mengulas lanjut Roslan berkata, memandangkan baru dua tahun PR memerintah Selangor, pihaknya memang memerlukan masa untuk melaksanakan program ekonomi dan sosial yang telah pun diatur.

“Kami tidak mahu terperangkap dengan langkah BN, yang didakwa akan memanggil pilihan raya lebih awal... kami akan meneruskan mandat semasa sekurang-kurangnya sehingga selesainya empat tahun pemerintahan.

“Kami memutuskan pilihan raya negeri hanya akan dipanggil selepas tahun keempat jika perlu, jika tidak kami akan melengkapkan tempoh lima tahun,” kata Roslan lagi.

Mandat semasa akan berakhir Mei 2013.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberitahu The Malaysian Insider bahawa PAS yang mengadakan sesi pemukiman di Port Dickson baru-baru ini telah mengambil pendirian untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 akhir tahun ini.

“Kami punya kiraan ialah pilihan raya umum (kemungkinan) diadakan hujung tahun ini,” kata beliau.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider dua minggu lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beliau berharap kesemua negeri sama ada yang dipimpin BN ataupun PR akan mengadakan pilihan raya umum serentak.

Tanda dan bayangan pilihan raya umum tergempar mula muncul dengan Umno-BN memulakan serangan terhadap kerajaan negeri dengan memfokus isu pasir.

Semalam, Umno Selangor telah memulakan penganjuran 19 program ceramah sempena jelajah Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE), yang akan berlangsung hingga 8 Ogos ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, program ceramah itu merangkumi 19 bahagian Umno di negeri itu, bermula dengan Shah Alam.

Noh berkata, program SSDE fasa satu itu akan memberikan gambaran lebih jelas kepada rakyat Selangor mengenai isu-isu kontroversi termasuk membabitkan dakwaan penyelewengan anggota pentadbiran, tadbir urus anak syarikat yang buruk dan isu peribadi serta moral pemimpin kerajaan PR.-MalaysianInsider

Stesen solar Hibrid untuk penduduk di Pulau-Pulau Mersing


Adalah diharapkan kepada TNB dan Kerajaan agar sistem ini diberi tumpuan dan mungkin jika perlu dinaik taraf. Jika teknologi ini telah terbukti berjaya kenapa kita perlu memikirkan janakuasa alternatif yang PALING tidak MUNASABAH - Reaktor Nuklear? 

PETIKAN"Stesen solar hibrid, yang hanya terdapat di Malaysia menggabungkan teknologi penjanaan kuasa solar, bateri dan set generator."

Stesen solar Hibrid untuk penduduk di Pulau-Pulau Mersing  25/07/2010 12:22pm


JOHOR BAHRU - Semenjak tahun 2004, kehidupan harian penduduk di Pulau Aur, pulau yang terletak paling jauh di luar perairan Mersing telah banyak berubah. Malah kehidupan penduduk di pulau itu kini tidak banyak bezanya dengan penduduk di bandar-bandar besar negara ini, dengan siaran televisyen satelit, komputer, internet dan pelbagai kemudahan moden terkini. Kesemua perubahan yang dikecapi oleh penduduk di Pulau Aur sejak enam tahun lepas berlaku berikutan wujudnya perkhidmatan bekalan elektrik 24 jam sehari oleh syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB).
TNB menerusi anak syarikatnya, TNB-Energy Services Sdn Bhd (TNBES) berjaya menyelesaikan masalah bekalan elektrik di pulau-pulau Mersing seperti di Pulau Aur menerusi kaedah pembinaan stesen-stesen solar hibrid. Stesen solar hibrid, yang hanya terdapat di Malaysia menggabungkan teknologi penjanaan kuasa solar, bateri dan set generator. Bekalan elektrik yang dijana oleh stesen solar hibrid itu bukan sahaja telah berjaya meningkatkan keadaan sosio-ekonomi penduduk, tetapi juga telah merapatkan jurang digital di antara pelajar luar bandar dan bandar. - Bernama

Cerita Dolu Dolu