Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, July 23, 2010

Pendapat Dalam Washington Times Dakwa Anwar Bukan lagi "Kawan Amerika"



Appa daa... ini Joshuo Trevino sudah spoil, kacau dawun... macamana Utusan mao hantam Anwar ini macam......
CNN nafi, Yahudi nafi.... cis..... tinggal Sodomy ajjer......


KUALA LUMPUR: Joshua Trevino, penulis ucapan Presiden George W. Bush dari Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Insan dari 2001-2004, berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi rakan dan sekutu berpotensi Amerika Syarikat.
Menulis dalam ruangan pendapat bertajuk "The end of an affection" yang disiarkan dalam Washington Times semalam, beliau berkata Anwar pada satu masa dulu begitu dihormati rakyat Amerika tetapi "masa itu sudah berlalu".
"Sedekad lepas, orang Barat yang berfikiran logik dan bermaklumat percaya yang beliau seorang yang memperjuangkan demokrasi Islam yang sempurna dan toleran. Kini beliau hanya seorang pejuang dunia Islam yang cuba mengumpan Yahudi dan anti Amerika. Amerika dan dunia Islam dan pastinya Malaysia, sepatut tidak diperlakukan sebegitu," tulisnya.
Trevino, yang sejak sekian lama disifatkan sebagai pemerhati hal ehwal Malaysia, mempersoalkan sama ada adakah Anwar pernah menjadi sekutu atau rakan Amerika, terutamanya dengan pendekatannya yang "retorik anti Semitik dalam politik Malaysia."
Anwar lantang mengutuk tindakan Israel merampas kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza kira-kira enam minggu lepas dan telah mengetuai demonstrasi yang disertai ribuan orang di depan Kedutaan AS di sini pada 4 Jun lepas sebagai membantah tindakan itu.
Pendekatan retorik antiSemitik Anwar dalam politik Malaysia sejak dua tahun lepas ternyata tidak dapat diterima oleh B'nai B'rith, pertubuhan perkhidmatan kemasyarakatan tertua Yahudi, yang kemudian pada 25 Mei lepas menggesa pegawai kanan AS menghentikan hubungan dengan Anwar.
Trevino juga membuat perbandingan antara Anwar dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah mengutuk Israel kerana merampas kapal berkenaan.
Tetapi penulis itu mendakwa dalam kes itu, Anwar telah "menyerang Yahudi dengan semua perumpamaan klasik antiSemitisme - dan beliau pada masa yang sama turut mengutuk Amerika."- BERNAMA

Badrul Amin Tidak Mahu SPRM Pilih Bulu



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup tiga kes profil tinggi dan salah satunya membabitkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim kerana tiada bukti kukuh. Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Badrul Amin Baharom berkata pihaknya menghargai keputusan yang dibuat SPRM berhubung penganjuran majlis terbuka hari raya, di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 2008. “Kami menghargai keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menutup siasatan kes terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang membabitkan jamuan Aidilfitri rumah terbuka Menteri Besar Selangor di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 2008," katanya. Menurutnya, SPRM tiada bukti dan saksi  dalam menjalankan siasatan selama dua tahun yang dapat membuktikan tindakan awal terhadap Khalid.  Beliau berkata tindakan SPRM itu juga  adalah tidak berasas dan bermotif politik untuk memburukkan imej Menteri Besar Selangor. Badrul juga meminta pihak SPRM menjalankan tugas secara profesional dan tidak memilih bulu dalam kes penyelewengan dan rasuah yang membabitkan pimpinan tertinggi kerajaan. Tambah Badrul lagi SPRM wajar menjalankan siasatan dan dakwaan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo dan pimpinan Umno Barisan Nasional lain yang jelas terbabit dalam kes rasuah agar dapat memulihkan keyakinan orang awam terhadap SPRM. 

Dakwaan ‘cinta’ Saiful, DPP hantui pasukan pendakwa kes liwat Anwar

Ini contoh paling tepat untuk bidalan " Telan Mati Emak, Luah Mati Bapak". Jika Farah keluar - gossip mengesahkan hubungan dengan Saiful akan bertebaran terutama di FB. Jika tak dikeluarkan, gossip "kenapa tak siasat?" atau "Mahkamah takleh dipercayai" akan memenuhi ruang maya.


July 22, 2010
KUALA LUMPUR, 22 Julai – Dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwa kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam hubungan 'romantik' dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan mula menghantui pendakwa raya, tetapi status staf muda berkenaan masih belum diputuskan.
Pasukan pendakwa raya belum memutuskan sama ada akan menggugurkan rakan mereka itu apabila perbicaraan disambung semula pada 2 Ogos ini.
Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin awal hari ini mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan mereka, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.
Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.
Mohd Yusof enggan mengatakan sama ada anggota wanita itu akan digugurkan kelak.
“Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini.

Pemuda MCA: Kami terpaksa turun kereta seandainya...


KAPAL NAK KARAM....... anak kapal tengah sibuk nak cari pelampung.

Dari MERDEKA REVIEW. Jul 22, 2010 01:31:57 pm

Kenyataan Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi bahawa MCA dan Gerakan adalah penumpang Barisan Nasional amatlah menyedihkan.  Ramai lagi pemimpin dalam UMNO yang mempunyai pemikiran ketinggalan zaman sehingga hari ini.
Ketua Pemuda MCA Bahagian Petaling Jaya Selatan, Sheah Kok Fah berkata, gagasan 1Malaysia oleh Perdana Menteri Najib Razak (gambar kanan) menuntut rakyat untuk mengikis konsep perkauman, menyumbang kepada negara tanpa mengira kaum, dan membawa Malaysia untuk meluncur di landasan ke arah negara maju.
Namun demikian, apa yang mengecewakan, ramai lagi pemimpin UMNO yang masih kekal dengan pemikiran kuno, mengagih mengikut kuota, malah melihat isu negara dari perspektif hegemoninya, iaitu UMNO adalah big brother, kata Sheah Kok Fah.
Beliau menambah, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber semula jadi.  Tetapi, langkah kemajuan negara terbantut kerana dibelenggu dengan pelbagai sistem yang ketinggalan zaman.  Lebih-lebih lagi, sesetengah negara seperti Singapura, China dan sebagainya telah jauh meninggalkan kita dalam tempoh 10 tahun kebelakangan.
Sheah Kok Fah berkata, logik Ahmad Zahid (gambar kiri) dan ramai lagi pemimpin UMNO yang menuntut agar kuota perkauman diaplikasikan dalam pelbagai perkara di Malaysia, merupakan sesuatu yang menongkah arus zaman.
"Gagasan 1Malaysia oleh Najib menaruh harapan agar perubahan berlaku.  Tetapi sistem yang lama ini masih kekal, malah pemikiran yang kuno masih berlegar dalam minda pemimpin UMNO.  Secara jujur, ekonomi Malaysia bagaikan kereta lembu yang lapuk, amat susah untuk berjalan jauh."

Thursday, July 22, 2010

Farouk Hussain nafi menghasut




Kata Farouk "Saya bersuara atas kapasiti saya sendiri sebagai ahli UMNO, seorang rakyat yang mempunyai hak untuk mengundi dan menyuarakan pendapat."
Petikan dari KOSMO (geng Utusan Meloya). Betullah kata Aspan Alias UMNO - Perlukan 'replanting?'








FAROUK (kanan) bersama rakan gandingannya dalam siri Warung Kita, Azrul Hadi.




MARILYN ni kalau bab politik bukanlah bijak sangat, tapi kalau ada topik hangat timbul, Marilyn mesti masuk campur sekali. Haa..Ini kisah seorang artis komedi yang dikatakan 'menyerang' kerajaan menerusi lawan sosialnya sepertimana laporan sebuah akhbar tabloid (bukan terbitan Kumpulan Utusan) baru-baru ini. Artis komedi itu dikatakan telah menulis lebih 10 komen dalam laman sosial dengan kritikan termasuk meminta rakyat menukar pemimpin. Tapi tidak pula disebutkan nama artis itu, cuma diberikan klu iaitu 'artis lelaki berusia 40-an yang suam-suam kuku'.
Disebabkan ramai sangat yang bertanya Marilyn siapakah artis komedi itu, Marilyn pun melayari laman sosial Twitter dan Facebook. Lalu terjumpalah laman sosial pelakon komedi siri Warung Kita yang disiarkan di Astro Prima, Farouk Hussain. Apabila membaca beberapa komen pada status Facebook pelawak berusia 43 tahun itu, nyata ada komen-komen Farouk yang berunsur mengkritik kerajaan seperti yang didakwa akhbar tabloid tersebut. Tidak tunggu lagi, Marilyn pun terus menghubungi Farouk.
Beritahu Farouk tenang: "Kalau benar apa yang dipaparkan dalam akhbar tabloid itu ditujukan kepada saya, saya tidak menafikannya kerana saya memang ada memberi komen-komen dalam Facebook. Namun katanya lagi: "Mungkin ada yang merasakan kenyataan pada status Facebook saya itu berbaur hasutan, antikerajaan dan sebagainya. Tetapi untuk makluman, saya adalah ahli UMNO seumur hidup yang sah dengan nombor 2951848. "Saya bersuara atas kapasiti saya sendiri sebagai ahli UMNO, seorang rakyat yang mempunyai hak untuk mengundi dan menyuarakan pendapat. Menurut Farouk, fakta yang ditulis hanya sekadar untuk paparan dan tujuan dia menulis adalah untuk meluahkan apa yang dia rasa dan mungkin juga dikongsi bersama ramai lagi rakyat Malaysia. Tambahnya: "Mungkin kenyataan saya di Facebook itu agak keras dan bunyinya seakan-akan mencabar dan menentang kerajaan. Ia sama sekali tidak. Pemimpin yang saya maksudkan seharusnya dilihat dari konteks yang luas, bukan cetek.
"Pemimpin yang saya maksudkan adalah wakil-wakil rakyat, ketua-ketua bahagian, cawangan, ADUN-ADUN dan lain-lain yang kurang memainkan peranan dalam menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat. "Itu yang cuba saya sampaikan. Kalau itu dikatakan sebagai hasutan dan antikerajaan, saya minta dikaji semua komen-komen pada Facebook saya itu," katanya. Dalam pada itu, kata Farouk kemungkinan bukan dia yang dimaksudkan oleh laporan akhbar tabloid itu pun ada. Malah, Farouk tidak menolak ada kemungkinan golongan artis yang menyokong parti pembangkang. Eh! Marilyn tak beranilah nak komen lanjut. Tapi, hmm...Harap semua yang bertanya kat Marilyn tu dah puas hati dengan jawapan Farouk Hussain itu yea.

Cerita Dolu Dolu