Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, July 12, 2010

TANDA TANDA RAMADAN HAMPIR MENJELMA.

Tak seronoknya anak-anak yang bakal menghadapi Hari Raya dengan tangan cedera dek mercun.
RAMPAS... Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang, Datuk A. Samawe Hassan menunjukkan pelbagai jenis mercun dan bunga api seludup yang dirampas pada sidang media di perkarangan Wisma Kastam di Kuantan, hari ini. Nilai keseluruhan barangan berkenaan dianggarkan RM400,000 dan jumlah cukai terlibat dianggarkan RM300,000. Kes disasat dibawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 yang boleh denda tidak kurang 10 kali dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. -foto BERNAMA 

PBT Lemah, Kajian Penurunan Cukai Pintu Diteruskan



DS Khir Toyo tentu setuju SERAHKAN PENYAPU kepada LIMA PBT yang tak dapat kutip cukai sasaran 70%.


Kerajaan negeri masih dalam kajian untuk menurunkan cukai pintu memandangkan prestasi kewangan setiap Pihak Berkuasa Tempatan di negeri ini masih lagi belum berada di dalam keadaan kukuh kukuh.

Berdasarkan penyata kewangan PBT sehingga 31 Disembar 2009, analisis terhadap baki tunai berbanding purata bulanan PBT Selangor mendapati terdapat hanya lima PBT yang mampu beroperasi dengan baik setakat ini.

“Selangor mendapati hanya lima PBT mampu beroperasi sekiranya tiada langsung hasil dapat dikutip iaitu MBPJ-5.49 bulan, MPAJ-3.21 bulan, MPKJ-4.06 bulan, MPSP 5.45 bulan dan MDSB 4.37 bulan. Manakala tujuh PBT lain tidak dapat menampung operasi sekiranya tiada kutipan dikutip dalam tempoh setahun. Malah, terdapat PBT yang berada dalam kedudukan kewangan yang tidak baik.”


Selain itu, Ronnie berkata pada tahun ini, kerajaan negeri memutuskan agar pengecualian cukai taksiran diberikan kepada mana-mana premis komersial yang tidak dapat diduduki atau disewakan. Beliau berkata kaedah bagi pelaksanaan arahan ini juga sedang dalam perbincangan antara kerajaan negeri dan PBT.


Ronnie turut memperincikan langkah-langkah lain bagi memantapkan pengurusan kewangan PBT adalah dengan penyeragaman sistem perakaunan di PBT dan penyeragaman penyata kewangan yang sedang diusahakan oleh kerajaan negeri dapat beroperasi dengan lebih baik sekali gus dapat menurunkan cukai pintu pada masa hadapan.


Menjawab pertanyaan bertulis yang dikemukakan oleh ADUN Kg. Tunku, Lau Weng Sa  berhubung apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri dalam memastikan kutipan cukai mencapai sasaran 90 peratus , ini jawapan Ronnie. 
“Langkah-langkah yang sedang diambil oleh kerajaan negeri buat masa ini adalah untuk memastikan kutipan cukai semasa emcapai sasaran 90 peratus dan tunggakan cukap dapat dikutip sehingga 70 peratus. Antara langkah-langkah yang telah diambil bagi menggalakkan kutipan tunggakan cukai taksiran, kerajaan negeri telah memberikan diskaun terhadap denda lewat cukai taksiran sehingga 70 peratus kepada para penghutang cukai taksiran pada tahun 2009.”

18 TAHUN YANG LALU


Hari ini tanggal 12 Julai 2010 adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 18. 18 tahun yang penuh dengan pelbagai pahit manis alam rumahtangga.


Terimakasih dan sayang tak terhingga ku kepada isteri tercinta. 


Semoga Allah panjangkan umur dan boleh menyambut Ulangtahun Jubli Perak (Emas tu jauh sangat)......

Kerajaan Umno-BN Lepas Tangan, Hutan Simpan Diceroboh


Kalau ada gambar tentu jalan masuk ke sanan ada papantanda cawangan Hutan Simpan? Kalau kebun getah orang pun sanggup pi tolak ikut suka mak bapak lepas tu letak papantanda apatah lagi hutan tak bertuan.....


Sebanyak 80 rumah yang tidak memiliki hak milik sementara dikesan  menceroboh hutan simpan Kapar sejak lebih 20 tahun lalu. Perkara tersebut terbongkar pada lawatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Selangor (PAC) ke Hutan Simpan Kekal Kapar, semalam. Ahli Jawatankuasa PAC, Lee Kim Sin  berkata demikian pada sidang media selepas membuat lawatan ke Hutan Simpan Kapar dan Hutan simpan Raja Musa. Selain rumah, beliau berkata beberapa binaan lain juga ditemui  di hutan simpan ini.

"Kita dapati ada rumah burung walit yang tinggi dan besar, rumah JPS, deretan kedai makan, tempat paintball. Ini menunjukkan tiada pemantauan dan tindakan tegas daripada Jabatan Perhutanan, Majlis Daerah dan pejabat tanah daerah kuala Selangor. "Kegiatan-kegiatan ini masih beroperasi walaupun notis suadah dikeluarkan kerana tiada tindakan tegas yang kita nampak," katanya.

Beliau berkata, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor harus memantau setiap hutan simpan  di negeri ini supaya pencerobohan tidak berleluasa. "Laporan Ketua Audit Negara mendapati memang terdapat pencerobohan dan sehingga hari ini, masalah itu belum selesai. Terdapat 46 buah rumah yang diberi geran hak milik sementara. 
"Ada juga rumah yang tidak memiliki hak milik sementara ini yang bermaksud menduduki tanpa kebenaran," katanya. Katanya, perkara ini  berlaku berikutan tiada tindakan tegas ketika pemerintahan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN). "Kita mendapati, mesyuarat exco kerajaan yang lepas telah memberi kelulusan hak milik sementara kepada mereka ini tanpa merujuk kepada Jabatan Perhutanan Selangor.

"Bermaksud pencerobohan ini dibenarkan oleh MMKN pada masa itu tanpa merujuk Jabatan Perhutann. Sepatutnya kawasan ini, sekiranya hendak diberi hak milik sementara mesti diwartakan keluar dari hutan simpanan kekal tapi proses ini tidak dilakukan," katanya. 

DIPETIK DARI TV SELANGOR

Sunday, July 11, 2010

Marilah kita berdoa semoga mereka mendapat hidayah.

Oii... Takde sesapa nak buat demonstrasi ke? Dorang ni kapir weh..... Siap pegi Masjid lagi tu....Kang dorang bacakan makna Al Quran ke kang kena report Polis pulak, Kesianlah Polis nak pegi sana nak tangkap dorang nih.....
Angelina Jolie Ajar Anak-anak Agama Islam
PASANGAN pelakon Hollywood Angelina Jolie (gambar) dan Brad Pitt mengaku memberikan pendidikan agama kepada anak-anak mereka.
Jolie tidak membataskan pendidikan itu pada satu atau dua agama sahaja, malahan enam anaknya mendapat pendedahan terhadap semua bentuk agama yang ada.
"Brad dan saya membesarkan anak-anak kami untuk menghargai sesama manusia," ujar ibu kepada Maddox, Pax, Zahara, Shiloh dan si kembar Vivienne dan Knox itu kepada majalah Parade.
Jolie dan Pitt memperkenalkan semua agama yang ada di dunia ini kepada enam anak mereka dengan menyediakan rak yang memuatkan pelbagai buku dan kitab agama di rumah mereka.
"Kami ada Injil, al-Quran dan semuanya. Kami juga mengajak anak kami ke gereja, kuil, menghadiri upacara ajaran Buddha, pergi masjid, mengajar mereka tentang semua kepercayaan," katanya pada Sabtu. Menurut Jolie, walau apapun agama yang dipilih oleh anak-anaknya kelak, dia tidak akan membantah. "Pilihannya (agama) terletak pada tangan mereka," ujarnya.

Cerita Dolu Dolu