Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, June 27, 2010

Azmin Ganti Abdul Khalid Terajui PKR Selangor

SUMBER Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melepaskan jawatan sebagai PengerusiMajlis Pimpinan Negeri Selangor berkuat kuasa serta merta.

Jawatan berkenaan kini diambil alih oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

"Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat hari ini bersetuju untuk melakukan sedikit perubahan di peringkat negeri... selain itu kita turutmelantik Datuk Zaid Ibrahim untuk mengetuai Wilayah Persekutuan," kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Wan Azizah lagi, keputusan berkenaan dibuat atas permintaan Abdul Khalid sendiri yang akan memberi tumpuan kepada pentadbiran Selangor, pembangunan di Kampung Baru dan kawasan bersempadan dengan Selangor.

Aku setuju Khalid harus tumpu pada PENTADBIRAN NEGERI SELANGOR

Salah Minta Guna Peruntukkan Wang Negeri Untuk Bantu Parti - Fuziah Salleh



GAMBAR dan beza tajuk berita ini "Anwar, PKR evasive over Khalid absence from party retreat" SUMBER dari MALAYSIAN INSIDER
SUMBER Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh membidas tindakan segelintir Ahli Parlimen parti itu yang membelakangkan parti bagi menyuarakan kepincangan yang wujud terutamanya melibatkan kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, tindakan menggunakan saluran media bagi melakukan sebarang pendedahan menggambarkan kumpulan berkenaan tidak berpegang kepada prinsip politik baru yang diamalkan parti.

Malah katanya, tanggapan bahawa timbulnya perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin peringkat cabang dan ranting di Selangor kononnya ekoran tiada peruntukkan bagi mengerakkan aktiviti parti, perlu diubah.

Menurut beliau, PKR tidak pernah dan tidak sepatutnya menggunakan wang kerajaan negeri untuk menggerakkan aktiviti parti.

"Parti tak pernah digerakkan menggunakan wang kerajaan negeri, itu adalah salah... salah kalau ada pihak anggap wang kerajaan boleh digunakan untuk menggerakkan pentadbiran parti.

"Parti sentiasa digerakkan oleh wang parti, tak ada pernah guna duit kerajaan negeri, kalau tak ada duit itu perkara biasa kerana PKR memang tak ada duit," katanya.

"Saya percaya kita mahu bergerak ke hadapan ke arah politik baru... kita perlu bincang setiap perbezaan pendapat secara terbuka (dalam parti), dan jangan ikut jalan belakang.

"Jangan pergi kepada media tanpa berbincang kepada pemimpin parti, sampai pemimpin parti pun tak tahu siapa anda," katanya ketika ditemui selepas berakhirnya program pemukiman PKR di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan wujudnya kumpulan terdiri 15 Ahli Parlimen parti itu yang merancang untuk menggulingkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun Fuzaih yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, laporan berkenaan tidak berasas kerana tiada bukti jelas yang mengaitkan mana-mana Ahli Parlimen dalam pakatan berkenaan.

"Saya pun pening kepala... malah kita tak dapat nak namakan (siapa) mereka, media yang mulakan," katanya.

Sementara itu Fuziah turut menyangkal dakwaan Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semalam yang mendakwa Abdul Khalid dan barisan ahli exconya gagal melakukan perubahan di Selangor terutamanya berkaitan hal ekonomi.

Menurut Ahli Parlimen Gombak itu, beliau kecewa kerana selepas sebulan teguran dibuat semasa Kongres PKR di Kota Baru baru-baru ini, tiada tindakan proaktif diambil oleh Abdul Khalid.

"Saya tak setuju dengan dakwaan itu, semasa kongres, Menteri Besar sudah berjanji untuk perbaiki banyak perkara, contohnya beliau berjanji untuk lakukan perubahan dari segi penerangan Kerajaan Negeri Selangor.

"Kita dapat lihat selepas sahaja kongres PKR di Kota Baru, beliau telah melantik seorang pengarah penerangan, ini tandanya progres sedang berlaku... saya fikir dakwaan itu sangat tak berasas apabila dikatakan tak ada tindakan progres, (sebenarnya) tindakan sedang diambil," katanya.

APA MASALAH RIDHUAN TEE dengan LIM GUAN ENG?


Judi hak bukan Islam? — Dr Mohd Ridhuan Tee June 27, 2010

27 JUN — Albert Einstein pernah berkata: ‘‘God does not play dice with the universe. If God isn’t a gambler, are his followers? Kata-kata itu membuatkan saya amat teruja dengan kenyataan mengenai judi yang dikatakan hak orang bukan Islam. Persoalannya, dari sumber manakah fakta tersebut diperolehi? Atau sekadar mahu mengambil hati atau menjaga hati orang lain? Kita tidak seharus membuat generalisasi bahawa amalan budaya sesuatu kaum merupakan hak mereka, tanpa merujuk kepada sumber asasi atau berautoriti.

Jika kita tidak rajin membaca, sekurang-kurangnya tanyalah mereka lebih arif serta pakar, seperti pakar perbandingan agama atau sami Buddha, Hindu, paderi Kristian dan sebagainya.

SETERUSNYA.....

Seperti tertulis dalam gambar apakah ianya benar-benar kenyataan Ridhuan Tee atau penambahan oleh EDITOR, tak tahulah kecuali Ridhuan Tee mengeluarkan kenyataan menempelak atau mengakui.... KITA TAKKAN TAHU...... kerana isian dan kenyataan yang saya bulatkan tersebut menghina diri sendiri namanya.... bersangka buruk? atau memang Lim Guan Eng pernah cakap macam tu pada dia?

Mihama No1 reactor may keep running for 50 years

Kat JEPUN pun kena lepas tahap keselamatan untuk reaktor nuklear melebihi 40 tahun...... Bayangkan kalau Malaysia ada reaktor Nuklear... dengan bangunan yang semenjak dua menjak asyik runtuh ajer.... konfiden boleh beroperasi 40 tahun? Silap gaya ada lak yang dengan penuh 'BANGGA" Malaysia akan buat reaktor yang boleh beroperasi lebih 100 tahun.....

The Kansai Electric Power Company hopes to keep its nuclear reactor in Mihama running for another 10 years. In November, it will be 40 years since the Number 1 reactor went into operation. If the authorities approve the extension, it will become the longest serving reactor in Japan.

A nuclear reactor must clear additional national safety standards if the operator hopes to continue running it beyond 40 years.

The Industry Ministry's Nuclear and Industrial Safety Agency has already looked into the 10 year plan and will possibly approve it.

The Kansai Electric Power Company will then present the plan to Fukui Prefecture and Mihama Town and seek their approval.

The Japan Atomic Power Company's Number 1 reactor at its Tsuruga power plant has been in service for 40 years and has been given another 6 years. It is the longest operational nuclear reactor in Japan.
2010/06/26 22:49(JST)
(JST: UTC+9hrs.)

Dr Asri Isytihar Kekal Ulama Bebas, Tidak Sertai Parti Politik

Ini Dr Asri kasik spoil la.... baru je CAKAP CAMNI.... Kasik muka la.. sket....

SUMBEROleh ROZAID A. RAHMAN

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diuar-uar akan menyerahkan borang sebagai ahli Umno malam tadi menegaskan beliau tidak menyertai mana-mana parti buat masa ini.

"Ingin saya tegaskan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik.

"Sokongan saya adalah kepada kebenaran dan fakta tanpa mengira batasan parti, kaum atau agama. Itulah prinsip Islam yang adil untuk semua," katanya dalam kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar kira-kirapukul 10.35 pagi semaalm.

Pada masa yang sama, kata ulama muda itu, beliau menghormati mana-mana pihak untuk melakukan dakwah khususnya dalam parti politik.

"Saya tidak berhasrat untuk membuat kenyataan yang panjang lebar dalam hal ini demi menjaga perasaan sahabat-sahabat saya dan pihak-pihak lain.

"Apa yang penting ialah saya tidak menyertai mana-mana parti politik dan tidak bercadang untuk memilih jalan itu buat masa ini," tegas beliau.

Malam kelmarin gembar-gembur bekas Mufti Perlis itu akan menyertai Umno tidak menjadi kenyataan apabila beliau tidak muncul pada majlis penyerahan borang keahlian malam semalam sejurus sebelum berlangsungnya mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibu pejabat parti itu di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) .

Cerita Dolu Dolu