Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, January 18, 2010

Susulan isu penggunaan perkataan Allah

Aku dapat e-mail pasal perkataan Allah dan siap gambar sekali.
Assalamualaikum w.b.t….


[ Brother & sisters..
Just want to share something with you all…
Think carefully for our next future generations…
Remember the quote “to see the future of nation just look at their youth @ youngster…
What their done is the mirror of what will happen in future….”
So what happen now give big implication on our next generation…
It’s a story about using Allah as same word as other God which in Christian they believe Jesus is the son of God.
So, the Malaysian Christian (which I believe only some of them) currently claim that the word Allah not only belong to Muslim but also for them..
For me, it’s really sad they can’t even simplest thing & hurt Malaysian people really bad…
After many decade we Malay Muslim had sacrifice a lot for the others Malaysian (neither race or religion) in the name of unity but right now when it relate to ‘Aqidah’ & purity of Islam religion it’s really too much….
I don’t want our past mistake happen again & again…..
I believe this part of the Jewish plan.]

Dan aku jawab sebegini.
Perkataan Allah dalam bible dari Indonesia telah di gunapakai oleh orang-orang kristian di Sabah dan Sarawak sebelum merdeka lagi.

Semasa Sabah dan Sarawak masuk dalam Malaysia, perkara ini tidak boleh di sentuh oleh Perlembagaan(?) to be rectify.

Isu ni dah terlalu lama dan di buat derk oleh mereka yang berada di tampuk pimpinan negara. Sekarang nak kecoh?

Dulu kenapa diam? Isu ni di bawa ke mahkamah apabila Herald Tribune di haramkan oleh KDN menggunakan perkataan Allah.

Kalau dari awal KDN tetapkan boleh bersyarat mungkin tak berpanjangan sebegini. Contoh seperti di tetapkan oleh perlembagaan tidak boleh di sebarkan dengan maksud boleh menarik Muslim jadi Kristian.

Bak kata Ustaz Mahyuddin (Ceramah di Surau Al-Husna pada 11 Jan 2010) dalam Quran dah jelas tiada larangan.

Antara nas yang paling jelas adalah: "Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" - (al-Zukhruf: 87-88). pandangan membolehkan adalah terlebih kuat daripada hujjah kumpulan yang menolak. Dalam konteks Herald Tribune ni risalah terbitan ni di sebarkan di KLIA. Untuk siapa? UMUM jadi menyalahi perlembagaan negara.

Tetapi di Malaysia memanglah tidak sesuai dari segi mudarat dan maslahat kepada masyarakat Malaysia. Sekarang dok sibuk fasal yang asas – guna nama Allah, Tindakan lain yang menuruti puak-puak Kristian dan Yahudi tak pulak sesapa bising (bagi puak-puak yang bising sangat ni lah) Contoh : Sambutan Tahun Baru 2010. Di Masjid Negara buat Solat Gerhana Bulan. Kat Dataran Merdeka? Lu pikirlah sendiri.

Allah yang digunapakai oleh puak kristian tu tak sama dengan Islam. Samalah Ustaz Mahyuddin yang bagi ceramah tu tak sama dengan Mahyuddin ni walaupun sama nama. Jadi Allah bagi Islam adalah satu (Surah Al-Ikhlas) tapi Kristian (Trinity) iaitu Allah ada anak. Jadinya seperti contoh tadi, Mahyuddin yang di sebutkan tidak sama, Allah yang disebut oleh kristian tidak sama dengan Allah orang Islam. Teruk sangatkah aqidah Muslimin di Malaysia ni? Mana tak teruk kalau dah sekolah agama di anak tirikan, peruntukan di sekat. Berapa banyak sekolah tahfiz buat kutipan derma kat masjid, surau atau kat pasar menggunakan pelajar untuk menampung perbelanjaan?.

Cuma dalam konteks Malaysia, kemudaratannya lebih besar dan sebaiknyalah ianya di larang tetapi dengan penjelasan yang lebih jelas bukannya VETO. Macam yang tulis kat atas tu, Perlembagaan melarang penyebaran ugama lain selain Islam secara bebas.

Satu lagi fakta yang perlu difikirkan adalah, mengapa gereja-gereja di Eropah termasuk UK dan Vatican City di Itali TIDAK MENGGUNAKAN kalimah Allah untuk God, malah negera-negara majoriti Kristian juga tidak pernah sibuk ingin menggunakan nama Allah ini. Malah dalam filem-filem bercorak agama terbitan Hollywood, pihak Kristian tidak pernah diskrip menggunakan kalimah Allah bila menyeru tuhan, mereka hanya gunakan God atau Lord sahaja. Ini kerana itulah yang terpakai di sisi Kristian seluruh dunia sebenarnya.

Cuma kita sedar kumpulan ini hanya memperjuangkan penggunaan kalimah ini di negara-negara majoriti umat Islam seperti Mesir, Indonesia, beberapa negara arab dan kini Malaysia. Tahukah apa sebabnya berlaku demikian?. Dah tentulah ada udang di sebalik batu. Dalam kes ni, paling penting aqidah umat Islam bagaimana nak di pertahankan? Paling penting hujah lawan hujah. Bukan tangkap muat.

Kalau kita lihat keadaan di zaman rasulullah, Yang risau pada zaman Rasulullah adalah kaum Kristian sendiri sebab bila mereka gunakan nama Allah pengikut-pengikutnya akan membandingkan dengan Allah yang umat Islam percaya hingga akhirnya berbondong-bondonglah kaum Kristian memeluk Islam kerana yakin Allah itu tiada beranak dan tidak diperanakan. 

Seperti petikan bible ni : This is eternal life, that they may know You, the only true God (ALLAH), and Jesus Christ whom You have sent.” -John 17:3.

Akibat dari masalah ramainya umat Kristian memasuki Islam dan tiadanya undang-undang yang boleh menghukum kaum krsitian yang memasuki Islam, maka kitab-kitab Bilble dan ucapan serta penulisan kaum Kristian berubah mengunakan nama Allah kepada God atau Tuhan. Dahulunya nama-nama Allah tertulis dalam kitab mereka seperti contoh dalam kurungan "(ALLAH)" diatas. Tetapi selepas zaman perluasan empayar Islam, mereka sudah tiada menggunakan perkataan Allah kerana mereka amat takut umat Kristian murtad dan peluk Islam ramai-ramai.

Wallahua’lam.

Monday, January 11, 2010

KECOH SEANTERO FASAL ISU 'ALLAH'

berita

Termasuk yang aku terbaca di Masjid Negeri - Allah untuk Orang Islam Sahaja.
Aku musykil satju benda sahaja. Di sekolah bebudak di surh nyanyi masa perhimpunan lagu Negaraku dan kat Selangor lagu Negeri Selangor.

Salah satu frasa adalah "Allah lanjutkan usia Tuanku"
Kena tukar lagu negeri kah? Atau kena paksa bukan Islam jangan nyanyikah?

Somebody? Anybody?

Monday, January 04, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Selamat Tahun Baru 2010. Apakah azam anda?
Harga barang dok naik dengan bermulanya kenaikan harga gula. Obesity? Diabetes? jadi punca harga gula dinaikkan? Gula bukan punca kenapa diabetes. Pemakanan terutama pengambilan karbohidrat tanpa kawalan juga punca utama. Kenalah naik rega beras pulak? Kat berita subsidi roti putih di tarik balik? Aku dah lama tak makan roti putih dah.... Kesimpulannya takyah le nak bohong kenapa subsidi gula kena tarik balik. Letih aku dengar alasan-alasan tak masuk akal.

1 Malaysia masih jadik slogan lagi.... sat jap..... 1 Malaysia = Se Malaysia ke? Jadiknya PAS = PARTI ISLAM SEMALAYSIA = PARTI ISLAM SATU MALAYSIA. PAS tak nak komplen kat NAJIB ke curik idea PAS - KAH KAH KAH

Thursday, December 31, 2009

MENUJU TAHUN BARU 2010

Hari ini 31 Dec 2009. Esok kita akan memasuki tahun baru 2010.
Apakah azam baru anda? Azam baru Awal Muharam hari tu dah buat kah?
Menuju tahun baru azam aku cuma satu dan amat mudah.
"MEMASTIKAN KESIHATAN AKU PULIH SEDIA KALA - INSYAALLAH"
Matlamat? Next year aku nak main golf balik!!!!. Kang tetiba Dato Seri Najib ajak main golf katy Mines, takkan aku nak diam lagi gak? EWAH! Perasan.....

1 Jan 2010 bermakna bertambah umur aku setahun lagi jadi 44 (kalau orang lain boleh kira beberapa hari lagi.... ha ha ha) Kalau ikut hijrah? pada Ramadan 2010 (1431 Hijrah) nanti umur aku akan jadik 46 tahun. jadi hari ini aku masih 45 tahun lah.

SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA

Monday, December 28, 2009

GST - GOODS & SERVICE TAX

Tengah tahun depan akan di laksanakan GST yang aku tak berapa clear camana implimentasinya. Maklumat yang jelas adalah 4%. Okay. Buat masa ini kebanyakan barangan yang di jual telah di masukkan cukai oleh penjual terutamanya yang import iaitu cukai jualan 10%. Bila GST nanati cukai jualan ni mansuh ke? Banyak juga kedai kedai mengenakan (mengena? terkena?) cukai perkhidmatan 5% walaupun kadangkala tak nampak pun sticker kastam - ni wajib tampal untuk perkhidmatan dercukai macam restoran yang penjualan tahunan melebihi RM250,000 kalau tak silap. Selain itu kita jugak ada duti import bagi barangan import dan duti eksais bagi barangan terkawal seperti kereta, rokok dan liquor.
Persoalannya. Apakah akan terhapus cukai jualan dan cukai perkhidmatan apabila GST di laksanakan? Aku tak jumpa maklumat yang jelas pasal tu.
Pengalaman aku kat Jepun masa dorang mula implement GST 3% tahun 1989. Sekarang dah naik 5% dari 2007. Barang yang biasa di beli katalah harga sebelum GST adalah 400 yen, selepas GST tetap 400 yen (Lepas 2007 aku tak tau). Maknanya harga barang telah jatuh jadi 388 yen dan di tambah GST 3% - 12 yen - Harga jualan adalah 400 yen. Macam tu ke?
Macam tak kena ajer sebab ade mentioned pasal barang keperluan tak kena GST. Bagaimana pula cukai jualan yang 10% tu? Kalau sebelum ini kilang-kilang perlu bayar 10% kepada kastam apakah harga barang akan turun dengan penghapusan cukai jualan?
Kebanyakan barangan keperluan pengilangan masih di import oleh kilang-kilang yang mengeksport kembali (cukai di kecualikan) tapi kalau barang tersebut di jual ke dalam negeri kena cukai jualan. Contoh kalau kita beli botol plastik sebelum ni harganya RM 30.00 + cukai jualan = RM 33.00. Apakah botol yang sama akan di jual oleh pembekal pada harga RM 31.20 (RM 30 + GST 4% 1.20) atau kena beli ikut harga lama RM 33.00 tambah GST 4% jadi RM 34.32?
Mekanisma penentu harga dan pemantauan harus di jelaskan supaya kurang keliru. Jika mekanisma penentu harga seperti contoh kat Jepun yang aku tunjukkan tu rasanya takde sapa yang nak bantah kot sebab harga masih sama. Penjual? kalau betul cara dorang tak rugi jugak. Entahlah. Tapi kalau GST kena, Cukai Jualan maintain, cukai perkhidmatan maintain memang hancing ler...

Cerita Dolu Dolu