Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, June 09, 2008

MASUK HOSPITAL - PART II

Salam Kemaafan aku mulai untuk semua.

Pada 5 Jun 2008 aku ada follow-up check dengan doktor. Dari Rabu lagi aku sebenarnya mengalami demam panas. Doktor tahan aku kat wad sampai semalam, Ahad (8 Jun 2008). Walaupun tak serious tapi tak tau punca. Org rumah kata hari Rabu malam tu aku meracau-racau (suhu lebihkurang 40 darjah).
Baru aku teringat satu benda :
Sementara memori masih elok ni, aku ingin memohon kemaafan kepada semua yang mengenali aku di dunia sebenar mahupun sekadar di dunia maya sekiranya terdapat keceluparan bahasa, tingkah laku dan kata-kata sepanjang tempoh hayat aku samada secara sengaja atau pun tidak sengaja.
Harap maklum.
Ucapan terima kasih :
Aku ingin merakam penghargaan terhadap tetamu yang datang melawat aku semasa sakit. Ahli keluarga aku, rakan sekolah, rakan sekerja, ahli kariah Surau Al-Husna (jiran-jiran). Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada warga haloland khususnya ILHAM yang buat post mengenai diri aku.
Terimakasih sekali lagi.

Monday, June 02, 2008

AKU MASUK SEPITAL DAAA. . . .

SENARIO

Pada 19 May 2008 bertempat di Kelab Golf Bukit Kemuning, aku join tournament organized by customer sebab MD dia dah nak balik ke Jepun.
Tee-off pada jam 08:25, flight aku terdiri dari 3 pax sahaja sebab sorang tak datang.
Routine aku okay ke tidak? Sarapan – OK. Ubat – OK. Panaskan badan – OK.Air – ada – 2 liter.

Selepas menghabiskan 16 lubang. Kepala mula terasa pening sedikit. Masa tee-off ok sahaja Cuma bola ke kanan dan masuk ke kawasan pepohon sawit. Dengan berbekalkan 6 iron, 2nd shot landing baek punya atas green pada jarak 3 meter – birdie chance tu beb. Masa bawak buggy pun takde masalah. Atas green masa nak baca line rasa kepusingan sedikit. Rehat sekejap dan kembali ke buggy. 5 Minit kemudian, muntah dengan teruk dan ada orang pick-up dan bawa ke Club House. Masa ni dah tak berapa sedar dah. Berehat di sofa sementara menunggu ambulan datang. Ambulan bawa ke Shah Alam Specialist Center (Known also as SALAM Medical Centre) di Seksyen 19.

Bermula di SALAM pada petang itu hingga hari Khamis (22 May 2008) memang tak sedarkan diri langsung – tak bangun. Khamis baru boleh bangun dan berjalan-jalan. Terus berada di Hospital sehingga Khamis 29 May 2008.

APA AKU DAPAT PELAJARI?

Aku dapati isteri aku saayaang aku. Dalam tak sedar pun aku boleh dengar jugak.
Dari cerita yang aku dengar, 2 ~ 3 hari pertama tu dorang ingat aku dah tak lama dah kot. Doktor pun cakap agak miracle aku sedar cepat jugaklah. Masa mula-mula masuk, macam-macam di diagnosis termasuk low sugar etc. Nasib aku masih baik atau Allah masih nak aku umur panjang agaknya.
Kesimpulan diagnosis selepas MRI Scan, aku kena Mild Stroke mungkin sebab dehydrate atau BP aku tak dapat bawak oksigen ke Otak Seribulum aku.

Dua perkara yang membuat aku berusaha untuk sedar dari baringan aku.

1- Anak Isteri. Aku tau dorang masih memerlukan kehadiran aku tapi bukannya di perbaringan.
2- Azan – aku mula sedar bila aku dengar azan tapi aku takleh bangun nak solat. Aku pikir masa tu “Ni camne aku nak amik wuduk?”

Dua factor ini membantu aku untuk berusaha dan trigger mind aku untuk bangun.

“IF YOU THINK HEALTH IS EXPENSIVE – TRY BEING SICK”

Sekarang aku masih melaksanakan rehibilation sebab walaupun imbangan sudah pulih dan aku boleh berjalan dengan baik tetapi vision aku masih terganggu. Mata kiri masih belum pulih sepenuhnya. Kebarangkalian untuk tidak pulih agak tinggi tapi aku perlu built up dan repair muscle aku dulu. So, sekarang masih takleh bawak kereta lah sebab Blind Spot dah bertambah. . ha ha ha ha.

Masih MC sampai entahlah – 2 ~ 3 minggu jugak kot kalau ikut kata doktor.

Hari ni datang opis sekejap untuk sign dan check dokumen-dokumen, tengahari balik rumah rehat. Nasib baik rumah dekat, drebar boleh datang amik.
Since aruah bapa ku juga kena stroke aku tahu apa aku perlu beri perhatian - memori. Bila MD datang melawat dan aku boleh berbalas cakap dengan dia - alhamdulillah, memori aku tak lost sebab aku tau kalau Japanese aku kantoi maknanya memori aku habis. . . .
Aku juga mungkin beruntung sebab kolestrol rendah (kawalan makan?) dan jantung aku masih berfungsi baik (Doktor cakap Jantung aku macam jantung athelete). Semalam pergi jumpa Dr Fatimah - Dr Iridiology di Seksyen 6. Few tissue aku dah rosak dan perlu repair. Sekarang aku dok minum air dan ubatan yang dia syorkan.
Nota : Kalau ejaan salah sorry ler. . . . aku tak nampak sangat.
"NO PARENTS SHOULD HAS BURY THEIR CHILD" King Theodore of Rohan (Lord of the Rings)

Thursday, May 15, 2008

KEMALANGAN DI SHAH ALAM

Pagi tadi pada jam 10:20 semasa salam perjalanan hendak ke MIDA, KL Sentral berlaku kemalangan di persimpangan lampu isyarat dari Persiaran Perusahaan.

Kenderaan yang terlibat adalah sebuah Avanza yang tergolek ke sisi seperti gambar di bawah.

Serta sebuah kenderaan yang saya rasa Toyota MR2.


Selepas kembali dari MIDA, driver pergi menjenguk ke tempat kemalangan - sebab dah lebih satu jam takde perubahan - masih terbiar. Polis sudah berada di tempat kejadian masa hendak pergi lagi. Makluman yang saya dapat kemudiannya, pemandu Avanza cedera parah dan pemandu kenderaan satu lagi meninggal dunia.
Berita seterusnya kena tunggu besok dalam Sinar Harian tentu ada sebab dorang ada kat situ jugak tadi.
Sekian laporan dari saya. . . .

Tuesday, May 06, 2008

SURAT TERBUKA

YB Dr Rodziah Ismail,
EXCO Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi,
Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.

Puan,

PER : BERITA SINAR HARIAN BERTARIKH 5 MEI 2008.

Saya terpanggil untuk menyatakan pendirian setelah membaca berita di Sinar Harian bertarikh 5 Mei 2008 berkaitan cadangan untuk melaksanakan manifesto pilihanraya berkaitan cuti bersalin di tambah dari 60 hari ke 90 hari dan cuti kepada suami sehingga 10 hari.
Walaupun cadangan tersebut adalah baik tetapi kita harus meneliti lebih luas lagi permasalahan yang akan di hadapi oleh pekerja mahupun majikan dalam melaksanakan manifesto ini.
1) Pekerja wanita cuti bersalin selama 90 hari merupakan tempoh yang amat panjang sedangkan tempoh berpantang biasa adalah selama 44 hari walaupun ada yang sehingga 60 hari. Dengan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan, syarikat-syarikat mengambil langkah pengurangan pekerja. Dengan pekerja yang jika meninggalkan tempat kerjanya sehingga 90 hari tanpa sebarang impak kepada kerja tersebut, bermakna pekerja tersebut tidaklah diperlukan. Ianya bukanlah satu pilihan yang baik untuk pekerja dan juga syarikat.
2) Dari kaji selidik yang saya lakukan, ramai tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Contohnya jika terdapat dua orang pekerja yang bersaing di satu tempat dan seorang darinya bercuti sehingga 90 hari, maka impak kepada kualiti dan kemahiran pekerja yang bercuti tersebut akan berkurangan. Ramai pekerja wanita juga sudah merasa kebosanan (bagi wanita berkarier) duduk di rumah selama 60 hari apatah lagi sehingga 90 hari.
3) Kebanyakan syarikat menyediakan cuti ehsan (cuti kelahiran) untuk kaum bapa selama 3 ~ 5 hari dimana ianya mencukupi bagi kaum bapa untuk menguruskan hal-hal pendaftaran dan hospital.
4) Wanita tempatnya bukanlah di luar (bekerja) tetapi dalam situasi ekonomi sesebuah keluarga tidak memungkinkan seorang isteri hanya tinggal di rumah tetapi perlu bekerja, cuti bersalin selama 60 hari adalah pengorbanan yang harus diterima oleh sesebuah keluarga.
5) Tindakan ini juga akan menyebabkan syarikat mengurangkan atau mengelak dari mengambil pekerja wanita yang merupakan tenagakerja penting dalam pelbagai sektor. Kenaikan tanggagaji serta kenaikan pangkat juga akan menyukarkan wanita berkeluarga serta mengukuhkan alasan syarikat untuk mengambil pekerja asing.
Saya berharap kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan persatuan-persatuan dan syarikat-syarikat untuk mendapatkan maklumbalas sebelum melaksanakan rancangan tersebut.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
mahaza
Nota kaki : Mana aci. . . . saya dah takde plan nak anak dah, jadi dah tentu tak dapat cuti 10 hari. Boleh ke begitu?

Monday, April 28, 2008

TERKESIMA

Dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah pagi tadi, aku terkedu apabila mendengar radio yang Polis akan mengambil tindakan ke atas ibubapa yang cuai hingga menyebabkan kehilangan anak. Denda sehingga RM 20,000 atau penjara.
Marilah kita buat senario seperti di bawah :
"Seorang ibu tunggal yang bekerja menjual kuih-muih dengan pendapatan harian di anggarkan RM 30.00. Mempunyai anak seramai 4 orang, dua masih kecil dan belum bersekolah. Oleh kerana tiada kewangan mencukupi untuk menghantar ke TASKA, anak-anak ini di biarkan bersendirian di rumah. Tiba-tiba seorang anak ini di culik dalam perjalanan hendak ke tempat jualan ibunya. Adakah ibu ini cuai? Ya. Ibu ini di sabitkan bersalah dan di denda RM5,000. Oleh kerana tidak mampu beliau di penjarakan."
Apakah anak-anak ini akan dijaga oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat? Adakah anak-anak ini bersekolah dalam keadaan tidak tertekan? Mungkin jika seperti senario ini, terdapat berbagai panduan atau maklumat yang mengatakan ianya tidak akan berlaku.
Aku bercerita pagi tadi dengan rakan-rakan dan kesimpulan yang aku dapat dari cerita kedai kopi ni adalah :
"Dorang boleh ler. . . ada bodyguard"
Aku rasa asasnya terletak pada sistem itu sendiri. Aku beri contoh mudah. Jika seseorang itu di tangkap (mungkin jiran anda?) kerana mencuri dan sebab utama dia mencuri kerana kelaparan, adakah dia bersalah? Ya dan juga mungkin. Jika dia mencuri kerana kelaparan dan tidak di bantu oleh jirannya, jirannya turut bersalah. Dari situ kita faham hukum Islam mudah sangat. Pastikan semua teratur dahulu baru ambil tindakan. Bukannya ambil tindakan bila keadaan dah teruk dan tindakan ini macam nak melepaskan tanggungjawab aje.
Isu kedua apabila aku baca berkaitan kenaikan harga beras dunia. Ada pulak mamat ni dok suruh kurangkan makan nasi sebab rakyat Malaysia ni kuat sangat makan nasik. "APA KER BAHALOL SANGAT NI WOIII!!!!" Kenapa tak syorkan langsung kita tukar cara hidup kita (Hmmm . . . . macam pernah dengar statement nih. . . .) dengan makan ubikayu. Kita kembali ke 60 tahun kebelakang. Atuk nenek dulu boleh idup gak aper makan ubi kayu campur dengan nasik. Jadi boleh mengurangkan perbelanjaan membeli beras. Itupun kalau rega ubikayu tak naik lah.
Beberapa minggu lepas aku ada berbincang dengan Director untuk meneliti dan mungkin menyelaraskan tanggagaji pekerja. Walaupun gaji operator paling rendah di bayar RM 550.00 tetapi masih jauh dari garis kemiskinan di Semenanjung iaitu RM 691.00. Aku harap kami boleh laksanakan pelarasan gaji pada bulan Jun tahun ini. Atau aku perlu cakap kat bebudak ni ubah gaya hidup atau berhenti kerja aje. Carik tempat lain yang lagi tinggi gajinya. Boleh kah begitu?

Cerita Dolu Dolu