Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, March 09, 2007

Sambutan harijadi Adlis

Huh, lama betul tak update. Kesibukan yang teramatlah sangat.

Bawah ni gambar kek semasa sambutan harijadi Adli Aiman, Adli Ahmed Fayedh dan jugak Bonda saya. Kebetulan tarikh lahir Adlis 12 Februari dan Bonda 13 Februari jadi kami buat pada hari sabtu minggu tersebut.

Sebab yang utama kanak-kanak, menu juga simple sahaja. tetapi sebab ada jemputan keluarga jugak, isteri telah menyediakan masakan tempatan (?) iaitu udang masak cili, daging bakar dengan rebung masak lemak, sayur campur, ikan kering kurau bercili, paru goreng serta ulam dan sambal belacan.



pada hari ahad berjalan ke Kuala Kangsar. Jadual balik hari Isnin terpaksa postpone hingga hari Rabu sebab? kereta buat hal lagi lah pulak...... Lain kali leh update cerita kereta pulak lah.

Tuesday, February 06, 2007

TAHNIAH !


Well, what can I say? Tahniah kepada Mawi atas kejayaan beliau memenangi 3 kategori dalam ABPBH 2006 yang di siarkan secara langsung di TV3 pada 4 Februari 2007 baru-baru ini.
Nasihat saya, lain kali kalau tidak Mawi sendiri, Mawi World atau Maestro sediakan lah teks ucapan untuk Mawi hafal (tak perlulah bawa ke atas pentas - nanti orang kata beria-ia pulak, jadi isu lagi. . . . ) sebagai persediaan jika di izinkanNya menaiki pentas. Keadaan dan ucapan Mawi yang kurang bersedia agak mengecewakan sedikit dan mengundang kontroversi kepada diri Mawi sendiri.
Kalau Mawi boleh meluangkan masa bermain PS2 - WWE game, takkan tiada masa untuk menghafal seperenggan dua ucapan bukan?
Semoga Mawi akan terus sukses. . . . .
Ikhlas dari saya.

Friday, January 26, 2007

Hari Isnin - Hari Asyura 10 Muharram

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram, bersamaan Isnin, 29hb Jan 2007)

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok disyurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil
sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin didunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua
selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

13. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Semoga bermanfaat dan dapat dipanjangkan kepada yang lain-lain.

Tuesday, January 16, 2007

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah

Hari ini 19 Januari 2007 bersamaan 29 Zulhijjah 1427H. Bersama-sama kita meramaikan masjid dan surau pada petang ini untuk mengamalkan doa penutup tahun dan pembuka tahun sepeti tertera di bawah.
Ucapan Selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua. Apakah azam anda tahun ini? Sudah tertunaikah azam anda tahun lepas? Semoga tahun baru akan lebih baik dari tahun sebelumnya. Insyaallah.



Tuesday, December 19, 2006

Cuti Cuti Sekolah #2


Pada 16 Dec dan 17 Dec kami sekeluarga bersama keluarga adik serta rakan sekerja isteri telah pergi ke Sg Congkak untuk sessi perkhemahan yang telah di rancang. Kami seperti biasa bertolak awal untuk memastikan tempat yang sesuai walaupun telah menelefon Wak Borhan, pengusaha taman rekreasi di sana. Kami tiba pada jam 10:30. Chalet (untuk simpan barang dan makanan kami ambil juga.... RM30.00).
Di sebabkan masih awal, anak-anak bermandi manda sambil kami menyiapkan khemah. Tengahari makan mihun goreng yang dibawa dari rumah.
Adik saya tiba jam 13:30 beserta anak-anak buah. Di ikuti pula oleh rakan pada jam 16:30.
Cuaca yang kurang menentu membantutkan sedikit keceriaan terutama rancangan BBQ di luar. Akhirnya kami buat BBQ di bawah pondok.
Menu makan malam -
BBQ ayam, ikan, sotong, udang serta seperti biasa hotdog.
Telur dadar
Sayur kobis goreng
Nasi putih
Sambal sardin
Walaupun malam dingin, agak selesa juga di bawah pondok. Selepas selesai, anak-anak pergi membasuh pinggan makan - bagus, belajar berdikari.
Tiba-tiba terdengar jeritan, ingatkan apa? Rupanya ada yang ternampak belut dan menyangkakan ular..... ceh !
Keesokan hari sesudah solat subuh, anak-anak tidak sabar untuk mandi.
Menu sarapan pagi pula merupakan
telur rebus + mayonis
scramble egg
hotdog goreng
roti
nasi goreng
sambal sardin
Anak-anak ada yang terus mandi sehingga jam 12:00 masih tidak keluar dari dalam air - sejuk giler air di situ..... kejernihan air di waktu pagi berkurangan seiring dengan pertambahan pengunjung menjelang tengahari.
Tengahari kami sambil ada yang sedang bersiap untuk pulang, juga ada yang bersiap untuk makan tengahari. Dua keluarga lagi hadir untuk bersama kami. Mereka membawa
Nasi goreng dan kudapan.
Kami menambah menu tengahari dengan
Ayam (BBQ) masak kicap
Ikan (BBQ) masak cili
BBQ - ayam, hotdog dan burger.
Nasi putih
Menjelang jam 14:00 semua sudah bersiap untuk berkemas. Kami akhirnya meninggalkan Sg Congkak pada jam 15:30 dalam cuaca yang terang.
Sempat singgah membeli pucuk paku.
Anak-anak tidur kepenatan dalam perjalanan pulang yang mengambil masa tidak sampai 1 jam itu.
NEXT! Jom Camping ke Janda Baik pulak!

Cerita Dolu Dolu