Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, December 13, 2005

Narnia - The Lion, The Witch and The Wardrobe

Semalam since Selangor cuti ganti Hari Keputraan Sultan Selangor, pergi ke Summit USJ, GSC untuk menonton Narnia. Mula plan nak pergi JJ, Bandar Baru Klang tapi disyorkan oleh jiran ke Summit.
Cerita ini diadaptasi dari novel oleh C.S Lewis dan diarah oleh Adam Adamson (Pengarah Shrek)
Cerita yang bermula dari kisah 4 orang adik beradik yang di pisahkan dari ibu mereka akibat perang dan ditempatkan di rumah seorang Professor. Lucy, yang bongsu semasa bermain sorok-sorok telah masuk ke dalam The Wardrobe dan termasuk ke Narnia dan bertemu Mr. Tumnus (orang kambing). Narnia yang telah disumpah oleh ahli sihir menjadi beku, rupanya melalui ramalan memang menunggu kehadiran The Sons of Adam dan Daughters of Eve.... ni lah bebudak tu involved. Semasa bermain kriket, tingkap pecah dan ke empat-empat mereka lari dan menyorok dalam wardrobe dan masuk ke Narnia. Sebelum itu, Lucy dan diikuti secara rahsia oleh Edmund telah masuk kali kedua tapi Edmund membohongi abang dan kakaknya dan berkata Lucy berkhayal. Edmund masa itu telah bertemu dengan The Witch yang 'menjemput' adik beradiknya ke istana. Semasa mereka berempat di Narnia, Lucy membawa mereka ke rumah Mr. Tumnus tetapi rumah dah pecah dan rupanya dia telah ditangkap.
Semasa inilah Mr.Beaver nampak mereka dan membawa mereka ke tempat Mr.Beaver dan menceritakan kisah sebenar dan Aslan sedang mengumpulkan tentera untuk menentang The Witch. Semasa bercerita, Edmund secara senyap telah keluar pergi ke istana dan dia telah di kurung. Mr.Beaver telah membantu mereka melarikan diri untuk bertemu Aslan yang telah berkumpul bersama askar-askarnya. Seterusnya kena lihat wayang lah.
Cerita ini mengingatkan kepada Lord of The Ring dengan tempat dan persekitaran yang hampir serupa... pengambaran di buat di new Zealand.
Narnia telah mula ditayang pada 8 Disember, sehari awal dari tayangan di USA. Pada saya, ia harus di tonton di pawagam terutama semasa scene peperangan antara Aslan dan The Witch.
Ada part saya miss - sebab tengah ralit tengok tetiba ' Papa! Tak tahan nak kencing!' Dah lah jauh kena pusing nak gi toilet.... adalah 5 minit miss.... ceh!!!'
Kenapa cerita ini ditayang masa ini? Kerana terdapat beberapa scene yang berkait dengan Krismas seperti Narnia telah tidak menyambut Krismas selama 100 tahun akibat sumpahan serta Santa (?) yang membawa hadiah dan memberi pedang, panah dan healer kepada 3 beradik itu.
Ketepikan isu-isu logik kerana cerita ini memang amat sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.
Untuk review filem ini sila klik di sini

Thursday, December 08, 2005

Majlis Majlis Perkahwinan

Majlis di Bukit Beruntung

Majlis perkahwinan anak Dato Aziz di Putrajaya (Dewan Datin Seri Endon)

Pengantin menyanyikan lagu 'I'll be Your Man - versi Unplugged lagi

Majlis perkahwinan di Ampang Indah

Thursday, December 01, 2005

Family Day SIRIM @ A Famosa

Pada hujung minggu telah berlangsung Hari Keluarga dan Sambutan Perayaan Berganda SIRIM Berhad di A Famosa.... 2 hari 1 malam. Kami dapat banglo yang di kongsi bersama dengan bekas rakan sepejabat orang rumah so, since budak-budak tu pun dah kenal rapat, seronok giler lah diorang.
Bertolak dari rumah pada jam 11:00 sebab kami tidak join Treasure Hunt. Buat apa nak pegi cepat-cepat....check in pun pukul 15:00. Kami berhenti di R&R Seremban makan sebelum meneruskan perjalanan. Tiba dalam pukul 14:00 di Cowboy Town. Pergi ambil lunch pack dulu (nasib baik dah makan, kalau tidak parah sebab tempat duduk limited.... ramai tu bang...). Check in ke banglo pada 15:00 dan as usual, bebudak mana boleh tengok kolam renang.... terjun teruslah.
Sesudah maghrib, bertolak ke parking lot Animal Safari untuk majlis makan malam. Majlis berlangsung bermula dari 20:00. Makan, persembahan kebudayaan oleh penari-penari SIRIM dan cabutan bertuah. Ada persembahan dari artis jemputan iaitu Saiful Apek!!!
Budak-budak suka nih... penuh kat depan dan akhirnya, penuh atas pentas. Bak kata apek 'Oit? Apasal ko kaco rumahtangga aku?' Sesudah persembahan, Apek mengakhiri dengan 'Menjemput rakan artis saya, penyanyi baru yang diminati ramai....(masa ni depan pentas dah kosong....) MAWI!!!' huh? pentas kena serbu!.... 'Dia kirim salam dari kampung' CEH! Hampeh betul Apek ni.... lain lain gambar semasa majlis makan malam boleh klik gambar atas. Penutup kesemuanya, grand prize cabutan bertuah.... kali ni langsung satu pun tak sangkut... okay, jom balik ke banglo. Esok ada function di Water Park
Since takleh nak lelama update the info, kena masukkan entry ni dulu. Nanti sambung lagi. Sambil tu click kat gambar untuk tengok gambar yang lain yah!!

Tuesday, November 22, 2005

Farewell Colleagues

Entry ni sepatutnya dah di masukkan lama dah tetapi sebab komputer buat hal di rumah, saya memerlukan sedikit masa untuk updating gambar-gambar yang berkaitan. Sesiapa nak tengok gambar yang lain sila klik kat gambar beramai-ramai tu ye.

Pada 11 November 2005, telah di adakan Majlis Makan Malam Perpisahan di West Lake Garden, Sunway Lagoon Resort Hotel.
Majlis sepatutnya berlangsung pada jam 19:00 telah terlewat hingga ke pukul 19:30 akibat kesesakan jalan yang teramat sangat. Jadual asalnya hendak di adakan di Ocean Seafood Village, Kuala Lumpur. Oleh kerana pertukaran pentadbiran, bulan Disember baru bukak balik. Sekarang tengah renovation....kecewa tak dapat makan lobster sashimi dan elephant nose clam....
Jadual asalnya, bergambar dan dimulakan dengan ucapan. MD kata sebab dah terlewat sangat, takyahlah speech, terus je mulakan. Maka MD pun mulakan 'kampai' dan alamak! 4 Season kena fresh made jadi kena tunggu, okay, Mari pergi bergambar dulu!

Makanan di mulakan dengan 4 Seasons, sotong tu sedap beb!!

Sesudah pembuka selera, di ikuti dengan shark fin soup with crab meat. Aku confirm lain kali kalau gi makan aku tak nak order benda ni dah. Satu, masalah kepupusan jerung - SELAMATKAN ALAM SEKITAR KITA!!!. Kedua, tengoklah tu, untuk sorang, punya lah banyak dan langsung tak larat nak makan dah lepas tu....

Di ikuti oleh udang masak teochow spicy dan cold steam. Sedap tapi seperti biasa, spicy tu dgn kulit, macamana nak makan? bos tanya, aku cakap, belasah dengan kulit sekali sebab kalau isi saja takde rasa dah. Kulit dia cukup rangup untuk di kunyah....errr....tambah kalsium.

Menu sesudah itu, dah tak larat dah.... basically macam-macam ada. Taufu dengan seaweed, Ikan kerapu goreng isi dan tulang rangup ada, Ketam softshell goreng (ni berminyak sikit), egg noodle with eggplant. Di akhiri dengan desert mango sago ada aiskrim lagi. Dah hujung tu dah tak larat nak isi dah.

Majlis diteruskan lagi dengan cabutan bertuah 1 - hadiah mesin basuh. Dapat auto (aku nak semi-auto....) dan cabutan bertuah kedua dengan hadiah-hadiah seperti televisyen dan peti ais. Habuk pun tarak. Majlis di akhiri dengan pemberian tandahati berupa photo frame dan pen bertulis nama syarikat.

Satu meja untuk 10 orang dengan harga RM988.00 tidak termasuk minuman dan cukai tu kira reasonable lah.

Monday, November 21, 2005

Diary Mingguan

Okay, Lets move on!

Minggu lepas banyak perkara berlaku dan ada yang sudah saya postkan termasuk keputusan UPSR. Beberapa isu menarik untuk pandangan.
Seekers @ NTV7.
Dulu pernah dengar fasal rancangan ini tetapi tidak pernah berpeluang untuk menontonnya. Teringat terjahan abang rambut ketak a.k.a Nas Ahmad mewawancara the seekers dalam Melodi tempohari. Saya ada letak post saya berkenaan perkara tersebut. Seekers baru-baru ini memaparkan pencarian 'lembaga' di rumah pilot yang pernah hilang secara misteri. Actually, antara ingat tak ingat pulak isu ni. Seekers memberi peluang kepada orang awam untuk mencuba - try test tengok - bersendirian di tempat yang dikatakan menyeramkan. Saya sempat tengok masa seorang remaja perempuan, dan selepas memadamkan lilin, dia menjerit memanggil seekers untuk keluar. Takut sebab gelap agaknya.
Volunteer ke dua adalah rakyat Iran. Dia ni berlagak sikitlah.... mengaku benda ghaib itu ujud tapi mana boleh nampak, itu semua tahyul dan macam-macam lagi lah. Mamat Iran ni selepas duduk sebentar dalam gelap, pandang ke hadapan, bingkas bangun dan terjerit-jerit hingga keluar. Di katakan dia nampak lembaga hitam bermata merah.
Okay, paling menarik sebelum mamat tu menjerit lari, panggil mak, nak balik Iran lah....saya dah perasan benda itu lalu dan kemudian disahkan dengan video gerak perlahan Seekers. Apa dia? Cahaya dan bayang yang lalu.
Kenapa saya kata ianya benar, kerana saya pernah menonton pencarian misteri ini lebih 10 tahun lalu dan menjadi kemestian untuk acara TV swasta Jepun di musim panas setiap tahun. Cahaya yang lalu adalah satu petanda kehadiran lembaga selain kerosakan alat-alat perakam (dan selalunya yang canggih). Penggunaan kamera polaroid juga boleh menunjukkan laluan cahaya yang selalunya boleh dimanipulasikan (camera trick) dengan kamera yang lebih baik canggih dengan bukaan rendah.
Aneh apabila teringatkan Melodi tempohari. Abang Nas tu tak nak cuba ke?
Rumah Terbuka Lagi dan Lagi
Minggu ini banyak menghadiri rumah terbuka tetapi jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya agak menurun. Apakah kerana keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan? Atau kerana anak-anak yang sedang sibuk SPM dan STPM. Kemeriahan rumah terbuka bermula terutamanya pada hujung abad ke 20 apabila Kongsi Raya bermula. Mungkin masa itu ramai yang telah lega, anak-anak sudah mula sekolah dan ramai yang dapat bonus. Dengan Syawal, seperti kita ketahui akan berganjak kedepan, ramai yang hanya akan menikmati bonus seawal Hujung November. . . Raya dah nak abih dah. . . Saya merasakan, situasi ekonomi mungkin punca utama memandangkan harga barangan yang semakin meningkat akibat dari kenaikan harga petroleum.
NatGeoAsia
Semasa cuti hujung minggu berkesempatan menonton NatGeo bertajuk Top5. Rakaman mengenai kemusnahan alam berkaitan dengan gempabumi, hurricane dan gunung berapi. Sudah tentu ianya dirakamkan pada seawal bulan Mei. Kenapa? Ianya menceritakan berkenaan tsunami Asia yang melanda pada bulan Disember 2004 dan turutan gempa 3 bulan sesudah itu. Pergerakan plate bumi yang menyebabkan tsunami tersebut akan menjadi rentetan kepada pergerakan yang lain untuk menstabilkan bumi dimana antara kawasan yang dijangka bakal menghadapi ancaman adalah di Istanbul. Tentu semua ingat lagi gempabumi di Pakistan baru-baru ini. Ianya adalah rentetan dari punca tersebut. Minggu lepas gempabumi berukuran 6.5 berlaku sekali lagi di Nias yang berpotensi mengujudkan tsunami lagi. Paling menarik adalah kajian berkenaan hurricane yang dikatakan New Orleans sedang mengira waktu (atau dikatakan berada dalam waktu tambahan) untuk dilanda hurricane dan kita tau bagaimana dahsyatnya Katrina melanda New Orleans. Sudah tentu paling digusarkan gunung berapi di barat Afrika yang jika meletup, boleh menyebabkan tsunami yang setinggi 1,000 kaki.
Suratkhabar lama
Hujung minggu di penuhi oleh berita kekecewaan Maestro terhadap bekas AJK MawiFC yang bertindak meletak jawatan pada majlis pelancaran Album Mawi Yang Tercinta. Saya hanya boleh tersenyum apabila membaca coretan-coretan wartawan-wartawan hiburan berkaitan isu ini. Rata-rata tidak bersetuju dengan sikap X-AJK yang mengganggu majlis D'Reka dan pelancaran Album. Siti Jarum dalam ruangan pojoknya di Mingguan Malaysia juga memberi komen yang agak panjang berkaitan isu tersebut. Lain-lain sumber. Apakah ianya memberi impak kepada penjualan album Mawi? Kalau ikut sumber itu, 75,000 telah terjual dalam masa yang singkat. Semasa pelancaran Terengganu FM yang disiarkan secara langsung oleh TV1, Mawi yang merupakan salah seorang artis jemputan telah diperkenalkan oleh DJ sebagai artis yang telah menjual albumnya sebanyak 85,000 dalam masa 2 hari. Apakah target asal sahabat-sahabat a.k.a peminat Mawi untuk merealisasikan penjualan album penyanyi lelaki terunggul bakal tercapai mengalahkan Awie (Tragedi Oktober) atau M. Nasir (Canggung Mendonan) ? Sama-sama kita tunggu..

Cerita Dolu Dolu