Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, October 20, 2005

Takziah

Ucapan takziah kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di atas pemergian isteri beliau Datin Seri Endon Mahmood ke rahmatullah pada hari ini 20 Oktober 2005 jam 07:55 pagi. Beliau meninggal dunia di rumah beliau pada umur 64 tahun. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas beliau.

Al-fatihah.

Cukai baru Kenderaan Motor

Kerajaan umum struktur cukai baru

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Kerajaan mengumumkan struktur cukai baru bagi kenderaan motor merangkumi penurunan duti import dan eksais berkuat kuasa esok.
Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, langkah itu akan meliberalisasikan lagi sektor automotif negara dengan menurunkan duti import dan eksais bagi negara dari ASEAN dan lain-lain negara.
Intipati struktur cukai baru bagi kenderaan bermotor berkuat kuasa mulai 20 Oktober 2005 yang diumumkan oleh kerajaan hari ini. Sumber seterusnya
Nampak gayanya tahun depan harga kereta akan turun macam durian runtuh lah. Cuma musykil satu perkara berkaitan penyusunan semula duti import dan duti eksais. Kena tanya rakan yang lebih pakar fasal duti-duti ni sementelah saya meniggalkan bidang import-eksport ni sudah agak lama jadi agak konpius lah sikit.
``Formula bagi duti eksais ke atas kenderaan CBU diubah berdasarkan prinsip cukai atas cukai,'' kata Kementerian Kewangan.
Sebelum ini, duti eksais ke atas kenderaan CBU adalah berdasarkan nilai ke atas Kos, Insurans dan Fret (CIF).
Di bawah formula cukai atas cukai itu, nilai duti eksais akan berdasarkan kepada nilai CIF termasuk duti import. - Bernama
Jika saya buat perkiraan secara kasar:
Jika harga kereta CIF 10,000 maka duti import menurut kiraan lama pada kadar 20% akan menjadikan kereta tersebut 12,000 (Duti Import 2,000) dan Duti Eksais 90% bersamaan 9,000 maka harga kesekuruhan kereta tersebut adalah 21,000 menurut harga pengimport.
Disebabkan cukai telah di turunkan untuk Duti Impost dari 20% ke 15% dan Duti Eksais dari 90% ke 80% maka harga pengimport akan menjadi 11,500 + 8,000 = 19,500.00 penurunan sebanyak 1,500.00. Hmm not bad... cuma apabila memahami istilah duti eksais bertukar kepada cukai atas cukai (dulu atas CIF) maka harga menjadi harga + duti import = 11,500 di tambah duti eksais cukai atas cukai menjadi 20,700.00 maka perbedzaan harga menjadi amat minima atau hampir tiada langsung.
Fakta yang menarik untuk di teliti.
Agak mengecewakan apabila duti eksais untuk MPV pula meningkat sedangkan MPV merupakan kenderaan yang amat populor sekali dikalangan rakyat Malaysia. Apakah ini tindakan untuk melindungi Proton yang mengeluarkan kenderaan penumpang? Saya kurang pasti kerana MPV (untuk pempang melebihi 5 orang) seperti Avanza atau Innova bahkan Nazaria amat populor hingga terpaksa menunggu hampir setahun untuk mendapatkannya.
Perlukah kita beralih arah?

Thursday, October 13, 2005

E-mail dan Implikasi

Assalamualaikum w.b.t.
Post ni sepatutnya dimasukkan minggu lepas lagi tetapi blogger.com problem menyebabkan saya perlu recover balik dan itu pun separuh sahaja.
Dalam dunia tanpa sempadan dan internet telah menjadi gunaan harian maka tidaklah menghairankan pelbagai info boleh didapati dari internet. Sekarang ini, dibulan Ramadan ini dan sudah mula bahang hari raya aidil fitri (eid-fitr) mula dirasai, tentunya kad raya bakal pengganti diri - itu dulu, sekarang sudah ada kad on-line. Hari ni hantar, hari ni juga dapat (bak kata Mawi dalam Uniknya Ramadan bersama Mawi di Astro Ria).
Beberapa tahun kebelakangan banyak e-mail yang diterima melalui pelbagai sumber dan e-mail yang saya maksudkan di sini kebanyakannya berpunca dari negara Timur Tengah atau Eropah. Saya rasa ramai pernah mendapat e-mail tersebut dan di sini saya perturunkan contoh-contoh:
  1. Neil Amstrong (ada yang mengatakan ianya Edwin Aldrin) memeluk Islam apabila kembali ke bumi semasa lawatan ke Mesir setelah mendengar adzan; dikatakan Neil Amstrong mendengar adzan di bulan.
  2. Will Smith di katakan memeluk Islam setelah membintangi Ali the Greatest.

Tidak pula saya dengar berkenaan Denzel Washington samada beliau memeluk Islam setelah membintangi Malcolm X.

Akhir-akhir ini telah ada e-mail yang dimulai dengan pujian-pujian (Subhanallah, Alhamdulillah) dan disertai dengan unsur-unsur nasihat. Cuma yang mengecewakan apabila diakhiri dengan arahan supaya menghantar e-mail tersebut kepada 20 orang (?) maka penghantar akan dapat melihat keuntungan terutama dari segi kewangan. Saya khuatiri ini berunsur surat berantai dan boleh menggugat aqidah kita.

Isu terbaru tentulah berkaitan qiamat. Dari isu 2 gerhana hinggalah ke tarikh-tarikh tertentu. Selain dari mengundang kegusaran, apakah ianya tindak tanduk anasir yang hendak melencongkan umat Islam? Apakah ini tindakan untuk melekakan umat Islam? Buat apa berusaha sedangkan dunia sudah kepenghujung. Lebih baik beribadat walhal mencari rezeki juga ibadat dan lebih mulia dari sekadar beriqtikaf di masjid sambil mengharap ehsan orang lain.

Sedikit nota : Isteri saya telah menghantar e-mail kepada rakan-rakan sekerja - untuk booking order Kad Raya Mawi World dan SEPATUTNYA untuk kengkawan sahaja TETAPI entah bagaimana telah terlepas ke luar. Dimulakan dengan isteri saya mendapat panggilan dari KL dan yang paling best apabila adik ipar saya (adik isteri) call dia dan komplen kenapa tak beritahu dia kami order kad raya? konpius lagi... disusuli dengan panggilan telefon dari Pulau Pinang nak order jugak.... sapa pulak ni? Kami bukan dealer kad raya tu.... baik order dari AJK MawiFC terus....macam kami juga..... Hasilnya, saya terpaksa merayu seorang AJK ni untuk melepaskan kad-kad tambahan dan nasib baik berhasil. Terima kasih yang teramat sangat kepada beliau.

Berhati-hatilah apabila kita hendak menghatar e-mail walaupun kepada rakan. Teliti e-mail tersebut dan fikirkan baik/buruk jika kita menghantar e-mail tersebut.

Tuesday, October 11, 2005

Menjelang Syawal (walaupun lambat lagi)

Dalam kita berseronok bergembira untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, jangan dilupa perkara-perkara berikut. Sebelum itu hayati dahulu ayat di bawah ini. Surah 109 : Al-Kafirun
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ
لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُون
وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ
وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ

وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
Terjemahan ayat Surah Al-Kafirun : 109
[1]Katakanlah (wahai Muhammad) Hai orang kafir!
[2]Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3]Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4]Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5]Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6]Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.
Di perturunkan kenyataan dari Mufti Perak.
Haram merayakan perayaan orang-orang kafir

Ipoh 8 Ramadhan 1425 @ 12 Okt 2004 - Orang-orang Islam adalah dilarang sama sekali mencampuradukkan perayaan orang Islam dengan perayaan orang-orang kafir dalam apa jua bentuk sekalipun.
Menyentuh tentang para peniaga yang menggunakan perkataan "Deeparaya" yang dipercayai dari perkataan Depavali dan Hari Raya, adalah haram bagi umat Islam menggunakan perkataan itu meskipun bagi gimik melariskan jualan mereka.
Ustaz Zamri Hashim berkata demikian melalui radio Malaysia 3 Ipoh dalam siaran Soal Jawab Agama, pagi ini.

Menurut Ustaz Zamri lagi, umat Islam adalah diingatkan kepada surah Al-Kafirun yang menyebutkan amaran Allah bermaksud " Bagimu (orang kafir) agamamu dan bagi ku agamaku"
Hukum merayakan perayaan orang-orang kafir sudah disepakati oleh Jawatankuasa Syariah Negeri Perak sebagai salah satu perbuatan yang diharamkan.
Justeru itu umat Islam adalah dilarang merayakan perayaan orang-orang kafir biar dalam apa bentuk, secara bersama atau menghadiri perayaan itu. Biarkanlah orang-orang kafir merayakan mereka mengikut cara mereka tanpa melibatkan diri kita selagi kita mengakui keIslaman kita.
Semenjak 1998 kita mula diperkenalkan dengan Kongsi-Raya selama 3 tahun berturut-turut dan diteruskan lagi apabila Aidilfitri disambut serentak dengan Christmas. Nasib baik masa itu tidak diwar-warkan Merry Raya atau Merry Aidilfitri pulak. Sekarang Deeparaya dan mungkin tahun hadapan ada Raya-Valli? Jadi haruslah berhati-hati dengan sebarang kenyataan yang dikeluarkan. Disebabkan kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Mufti Perak, kenyataan tersebut selalunya akan hilang di arus perdana. Satu-satunya Mufti dibawah kerajaan BN yang dilarang memberi ceramah di Selangor. Sekadar renungan.

Cerita Dolu Dolu