
Sishh. . . hari ini dah 18 Ogos 2005. Bermakna tinggal 18 hari sahaja lagi untuk anak ku yang pertama, Adli Harith menghadapi peperiksaan UPSR nya. Argghhh. . . mak bapak yang pening kepala. Hari-hari buat latih-tubi di rumah, walaupun kat sekolah buat juga, Sabtu pun full day tuisyen. Minggu depan sekolah cuti! Takde maknenyerr. . . kena pergi latih-tubi di sekolah lagi. As ayah, cuma boleh bagi latihan yang sewajarnya dan tips menjawab soalan-soalan, cara mengkaji soalan supaya tak wasted masa. Selain itu juga, macam-macam disumbat ke mulut anak. . . biasalah kan? Air Musoffa, Kismis, Kurma, Aura IQ dan juga mandi Air Aura lagi. Ishh. . . Silap gaya mau masa periksa duduk kat rumah ni. . . teringat mak aku yang dulu masa aku periksa (waktu periksa sedang berlangsung tu. . ) sembahyang hajat. . . huh, tak terbalas budi bonda ku. . . tapi tak boleh juga sebab takkan nak tinggalkan kerja. Lepas habis UPSR, tengah bulan September ada PSRA pulak. Walaupun nampak gaya dia boleh maintain tapi still Tajwid dan Bahasa Arab masih un-stable. Tajwid boleh lah refer tapi Bahasa Arab? Dah lah bapa dia ni belajar pun masa sekolah rendah, ingat tak ingat aje. . . Pening kepala. Teringat masa adik aku nak ambil peperiksaan Bahasa Arab agama tinggi. Masa tu aruah Tuan Guru Hamzah Al-Hafiz masih hidup. Dia yang ajar camana nak catch the Arabic language tu. Aku tak ikut sama sebab duduk kat hostel U.
Baru ku sedari, susahnya jadi seorang bapa (walaupun dah lama tahu).
Sharings :
Malam tadi sekolah anak aku telah buat gathering dan buat solat jemaah maghrib, bacaan yassin dan solat hajat untuk mendoakan kesejahteraan dan paling utama kejayaan anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan. Bulan ni pun bulan Rejab, jadi kalau dapat ibu-bapa sama-sama melaksanakan berpuasa Rejab dan solat Tahajjud dan solat Hajat pada hari dan malam peperiksaan, insyaallah kejayaan akan tercapai sambil jangan lupa teruskan latihan/mentelaah. Target sekolah amat besar untuk menjadi sekolah terbaik di Selangor jadi pressure bukan sahaja kepada anak-anak tetapi kepada guru dan ibu-bapa juga. Jumlah pelajar 300 orang, target minima 100 orang mendapat 5A dan Mumtaz. Seriously, rasanya boleh dengan usaha dan kesungguhan yang ditanam kepada anak-anak dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru-guru sekolah. Terima kasih Cikgu...

