Wednesday, October 27, 2010

PROJEK NI TENTU DIRANCANG SETAHUN LEPAS......

RM10.8j Untuk Orang Asli
DAH KEBETULAN PRK KAT GALAS APA NAK BUAT.... TERUSKAN AJE LAH. . . . . INI BUKAN PROJEK MEE SEGERA. . . . 
Tapi statement "Kita setUju" tu macam baru dirancang aje bunyinya?
GUA MUSANG: Masyarakat orang asli di kawasan Pos Brooke menerima peruntukan sejumlah RM10.8 juta bagi tujuan pembangunan termasuk pembinaan 200 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Peruntukan itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap di majlis ramah mesra bersama penduduk orang asli Pos Brooke di Sekolah Kebangsaan Pos Brooke di sini, Rabu.
"Kerajaan amat prihatin tentang tempat tinggal rakyat... oleh itu kita setuju supaya dibina 200 unit rumah PPR yang bernilai RM36,000 setiap unit," katanya.
Selain itu Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.7 juta bagi program membaik pulih 250 unit rumah rumah di kawasan itu.
Turut diumumkan ialah peruntukan sejumlah RM150 ribu bagi tujuan membekal 30 generator elektrik.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ANDA DI SINI. TUAN PUNYA BLOG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA KOMEN ANDA BERBAUR HASUTAN, CERCA DAN MAKIAN ATAU MELANGGAR UNDANG-UNDANG. TANGGUNGLAH SENDIRI. SAYA TIDAK AKAN USIK KOMEN ANDA.