Wednesday, September 01, 2010

Kampung ku pula dilanda ribut (Tapi tak balik raya kat situ la)

75 rumah rosak dilanda ribut

KEADAAN sebuah rumah yang rosak akibat ribut kencang yang melanda Teluk Intan, Perak kelmarin.


TELUK INTAN - Sebanyak 75 buah kediaman di sekitar Rumah Awam Padang Tembak, City Mewah dan Kampung Banjar di sini rosak teruk dalam kejadian ribut pada petang kelmarin.
Kejadian kira-kira pukul 3.45 petang itu turut menggemparkan pengunjung bazar Ramadan di ketiga-tiga kawasan tersebut yang sedang membeli juadah berbuka puasa apabila sembilan gerai makanan di situ diterbangkan angin.
Ekoran ribut tersebut, penduduk mengalami kerugian akibat kerosakan harta-benda termasuk barangan elektrik dan atap rumah namun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ANDA DI SINI. TUAN PUNYA BLOG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA KOMEN ANDA BERBAUR HASUTAN, CERCA DAN MAKIAN ATAU MELANGGAR UNDANG-UNDANG. TANGGUNGLAH SENDIRI. SAYA TIDAK AKAN USIK KOMEN ANDA.