Tuesday, August 03, 2010

Slogan 1Malaysia perlu penjelasan terperinci: Mahathir

Najib Pi Cuti, Mahathir Pi Belasah. Sebelum ni kenapa tak cakap?


GEORGE TOWN - Penjelasan terperinci dan  menyeluruh berhubung slogan 1Malaysia wajar diberi bagi mengelak pandangan dan pendapat berbeza dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir  Mohamad.

"Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu, masing-masing  ada pendapat berbeza dan tidak boleh disatukan, saya berpendapat satu  penjelasan perlu dibuat," katanya.

Dr Mahathir, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam  Malaysia (Perkim) berkata demikian pada sesi soal jawab sempena Multaqa Yang Dipertua Perkim bersama Guru-guru Pendidikan Islam dan warga Perkim peringkat zon utara di sini hari ini.

"Mereka (rakyat) tidak tahu yang mana satu, yang mana untuk  orang Cina dan yang mana untuk orang Melayu. Kalau suruh saya buat  penjelasan, mana saya tahu bukan saya yang buat slogan itu," katanya.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ANDA DI SINI. TUAN PUNYA BLOG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA KOMEN ANDA BERBAUR HASUTAN, CERCA DAN MAKIAN ATAU MELANGGAR UNDANG-UNDANG. TANGGUNGLAH SENDIRI. SAYA TIDAK AKAN USIK KOMEN ANDA.