Hishammuddin Ragui Tindakan Benarkan Bukan Islam Guna Simbol PAS
PUTRAJAYA: Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sangsi dengan langkah PAS membenarkan, secara bersyarat, calon bukan Islam menggunakan simbol parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau yakin langkah itu tidak akan berjaya "kerana seseorang itu akan hanya memutuskan (untuk bertanding) berdasarkan pertimbangan politik jangka pendek." "Rakyat mengetahui rekod PAS.
Individu yang membuat cadangan itu kini adalah individu yang sama yang dahulunya tidak pernah termimpi untuk berbuat demikian.
Mereka akan berdepan dengan masalah dalam parti mereka sendiri.
"Langkah tidak konsisten, semata-mata untuk memenuhi kepentingan politik, tidak akan membantu PAS dalam jangka panjang. (Dalam kes) BN, Umno, baik atau buruk, sekurang-kurangnya kita konsisten," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Hari ini PAS mengumumkan bahawa parti itu akan membenarkan calon bukan Islam yang bertanding atas tiket PAS, menggunakan simbol parti itu pada pilihan raya umum akan datang, tetapi ia bersyarat.
No comments:
Post a Comment
TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ANDA DI SINI. TUAN PUNYA BLOG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA KOMEN ANDA BERBAUR HASUTAN, CERCA DAN MAKIAN ATAU MELANGGAR UNDANG-UNDANG. TANGGUNGLAH SENDIRI. SAYA TIDAK AKAN USIK KOMEN ANDA.