Friday, March 09, 2007

Sambutan harijadi Adlis

Huh, lama betul tak update. Kesibukan yang teramatlah sangat.

Bawah ni gambar kek semasa sambutan harijadi Adli Aiman, Adli Ahmed Fayedh dan jugak Bonda saya. Kebetulan tarikh lahir Adlis 12 Februari dan Bonda 13 Februari jadi kami buat pada hari sabtu minggu tersebut.

Sebab yang utama kanak-kanak, menu juga simple sahaja. tetapi sebab ada jemputan keluarga jugak, isteri telah menyediakan masakan tempatan (?) iaitu udang masak cili, daging bakar dengan rebung masak lemak, sayur campur, ikan kering kurau bercili, paru goreng serta ulam dan sambal belacan.



pada hari ahad berjalan ke Kuala Kangsar. Jadual balik hari Isnin terpaksa postpone hingga hari Rabu sebab? kereta buat hal lagi lah pulak...... Lain kali leh update cerita kereta pulak lah.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ANDA DI SINI. TUAN PUNYA BLOG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA KOMEN ANDA BERBAUR HASUTAN, CERCA DAN MAKIAN ATAU MELANGGAR UNDANG-UNDANG. TANGGUNGLAH SENDIRI. SAYA TIDAK AKAN USIK KOMEN ANDA.