Thursday, April 06, 2006

Ubahsuai ikut Citarasa

Saya telah menetap di rumah sekarang selama satu dekad. Dalam tempoh tersebut tiada pengubahsuaian yang kami lakukan kecuali bumbung tambahan di sebelah kiri. Setelah sedekad, terasa bosanlah pula dan sudah pasti keadaan agak sempit. Kebetulan isteri saya dapat contact pembuat/pereka pergola dan wakaf. Mereka mempunyai rangkaian showroom seperti di SACC yang di uruskan oleh partners mereka. Sudah tentu jika kita pergi ke tempat seperti itu, harganya agak mahal tetapi kerana kami direct deal dengan mereka ini, harga amat berpatutan.

Mula-mula mereka perlu bersihkan bumbung asal dan sekitaran. Kerja telah bermula pada jam 11:00 pagi. Pemasangan tiang kayu dan alang pegola dilaksanakan sebelum pangkin wakaf dapat di lakukan. Sesudah pemasangan bumbung poly, pangkin di bentuk dan di sempurnakan

Hasilnya adalah seperti yang dapat di lihat - sebelum dan selepas

Apakah ianya berbaloi. Pada saya, amat berbaloi. Pangkin bersaiz 8' X 12' dengan bumbung sepanjang 14'. Diperbuat dari kayu resak dan ditambah sedikit pada main porch (sebelah kanan gambar) untuk keseragaman. Tiang bersaiz 4"X4" menambah keseragaman dan balance. Oleh kerana kami memang mempunyai tanaman dalam pasu, tanaman tersebut di selaraskan. Ruang kosong dihujung pangkin tersebut telah disesuaikan dengan kerusi taman yang dibeli 7 tahun dulu di Fella. Warna dan design kerusi tersebut juga bersesuaian. Pohon palm yang diletak disudut juga setara. Hiasan dari bahan buangan kelapa di ikat di sudut pegola. Akhirnya, hiasan yang telah di beli 4~5 tahun dahulu akhirnya berjumpa dengan regunya.

Sedikit tambahan perlu dilakukan kemudian untuk bidai buluh atau kayu bagi melindungi dari tempias hujan. Penataan cahaya yang sesuai juga dirancang supaya menepati konsep.

Ada sesiapa berminat nak mendapatkan khidmat mereka ini? Pengubahsuaian landskap ini telah dilaksanakan oleh SHS GARDEN dan anda boleh contact Ayie (yang pakai topi dlm gambar di atas) di 012-367 5877. Sila rujuk blog ini untuk memudahkan bicara. (Ayie - ok ke? kalau ada nak tambah info nanti beritahu ye!)

Gambar lain boleh di lihat di sini

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ANDA DI SINI. TUAN PUNYA BLOG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA KOMEN ANDA BERBAUR HASUTAN, CERCA DAN MAKIAN ATAU MELANGGAR UNDANG-UNDANG. TANGGUNGLAH SENDIRI. SAYA TIDAK AKAN USIK KOMEN ANDA.