Thursday, July 05, 2012
MAHU PEMAHAMAN FASAL HUDUD? SINI TEMPATNYA
ATURCARA
8.15 am Pendaftaran
9.00 am Aluan Pengerusi Majlis
9.10 am Majlis Perasmian/Ucaptama
9.40 am Minum pagi
10.00 am Pembentangan 1
Islam Agama Komprehensif
Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman
Universiti Malaya (UM)
10.45 am Pembentangan 2
Falsafah Uqubah Dalam Kesalahan Jenayah Islam
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus dan Negeri Terengganu Darul Iman
11.30 am Pembentangan 3
Adakah Sistem Federalisme Penghalang Kepada Pelaksanaan Syariah di Malaysia
Puan Nurhafilah bt. Musa
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
12.15 pm Pembentangan 4
Kedudukan Undang-Undang Jenayah Islam Di Malaysia
Tuan Hj Mahamad Naser bin Disa
Biro Undang-Undang, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
1.00 pm Rehat/makan tengahari
2.00 pm: Pembentangan 5
Penerimaan Non Muslim Terhadap Undang-Undang Jenayah Islam
Ustaz Nik Muhammad Zawawi bin Salleh
2.45 pm Pembentangan 6
Political Will Dalam Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam
Prof. Madya Dr. Hasan Bahrom
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
3.30 pm Pembentangan 7
Hukuman Mati dan Hak Asasi Manusia
Prof. Madya Dr. Azman bin Mohd Nor
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
4.15 pm Pembentangan 8
Kemalangan Jalanraya Dan Penyelesaiannya Mengikut Islam
Ustazah Shahidra Abdul Khalil
Universiti Malaya (UM)
5.00 pm Pembentangan 9
Kaedah-Kaedah Pembuktian Dalam Undang-Undang Jenayah Islam
Prof. Madya Dr. Ruzman bin Mohd Nor
Universiti Malaya (UM)
5.45pm Pembentangan 10:
Kesalahan Murtad Dan Senarionya Di Malaysia
Ustaz Mohamad Zamri Mohamad Shafik
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN
YURAN PENYERTAAN :
Organisasi / Agensi / Pertubuhan : RM100.00
Individu / Perseorangan : RM100.00
Pelajar / Ahli PUM : RM 50.00
Pendaftaran Penyertaan :
Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 05 Julai 2012 dengan menghubungi:
Sdra. Azmi : 013-384 0710
Pn. Suraya : 013-403 8507
Pejabat : 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Email : pumpusat@yahoo.com
Website : http://www.pum.org.my
Wednesday, July 04, 2012
TENTU RAMAI KECEWA
Bernama nafi keluar berita bonus Aidilfitri
4 Julai 2012
KUALA LUMPUR - Bernama tidak mengeluarkan berita yang melaporkan kononnya kerajaan akan memberi bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua penjawat awam untuk sambutan Aidilfitri tahun ini, kata Ketua Pengarangnya, Datuk Yong Soo Heong.
Berita palsu itu disiarkan Isnin lepas dalam sebilangan akaun Facebook
selepas mereka yang tidak bertanggungjawab itu menampalkannya pada satu halaman portal berita "myMetro", untuk membuatkannya kelihatan sahih.
“Ini satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh pengguna siber yang tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda tertentu," katanya.
"Sementara Bernama sentiasa bersyukur apabila semua berita kami diakui dan diiktiraf, tapi ianya bukan sesuatu yang lucu apabila nama kami disalah guna," katanya.
Beliau berkata satu laporan polis akan dibuat hari ini. – Bernama
APAKAH KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN NANTI?
Bapa Saiful Rayu Fail Petisyen
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim, 58, pada Rabu merayu pihak Peguam Negara supaya mengemukakan petisyen rayuan terbaik demi keadilan anaknya.
Selain itu Azlan turut berharap agar petisyen rayuan itu sempat difailkan oleh barisan pendakwaan dalam masa kurang sepuluh hari lagi sebelum tempohnya berakhir.
"Apa yang penting adalah agar Peguam Negara mengambil pertimbangan yang sewajarnya dalam memfailkan petisyen rayuan tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan, yang kini saya percaya tinggal kurang daripada sepuluh hari sahaja lagi.
"Saya dan keluarga amat yakin dengan kepakaran pihak Peguam Negara dan barisan pendakwaan dalam mengenal pasti alasan-alasan bagi menyediakan satu petisyen rayuan yang terbaik," katanya menerusi satu kenyataan di sini.
Beliau berkata demikian selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa mengeluarkan alasan penuh penghakiman kes liwat membabitkan anaknya dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Alasan Penghakiman tersebut dikeluarkan enam bulan selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful yang juga bekas pembantu peribadinya.
Pihak pendakwaan mempunyai masa selama sepuluh hari selepas menerima alasan penuh penghakiman kes itu.
Mengulas lanjut Azlan berkata, pihaknya percaya hak anaknya sebagai seorang warganegara untuk melalui proses rayuan tidak akan dinafikan.
"Saya juga percaya bahawa hak untuk anak saya diadili sehingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi tidak akan diabaikan dan tidak dinafikan oleh pihak Peguam Negara," katanya.
Monday, July 02, 2012
ADUN JOHOR TERSILAP BERI BOLA TANGGUNG
Nik Aziz Sokong Penuh Johor Dahului Kelantan Laksana Hudud
Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong penuh cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat supaya Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau amat bersyukur dengan cadangan itu walaupun ia datang daripada orang Umno.
“Pada saya, saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Tidak perlu cabar-mencabar, saya menyokong sepenuh hati.
“Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud. Jika Johor mendahului Kelantan, silakan. Insya-Allah giliran Kelantan akan tiba juga,” kata beliau menerusi tulisannya di Facebook pada Isnin.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Ayub di sebuah portal pada Sabtu lalu mencadangkan supaya Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud.
Nik Aziz berkata, beliau berharap agar cadangan ADUN Kemelah itu tidak akan ditarik balik dan menjadi kenyataan.
“Mari kita bekerjasama memperlihatkan Islam yang sebenar kepada masyarakat Malaysia. Tahniah kepada Umno Johor dan saya menunggu langkah yang seterusnya,” kata beliau.
Dalam laporan itu, Ayub berkata, beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud “sebenar” yang menurutnya berbeza daripada hudud PAS.
ADUN Kemelah itu berkata, perbezaan paling ketara adalah hukum sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam.
Beliau turut mencabar PAS menyokong cadangan hukum hudud walaupun ia datang dari Umno sekiranya mereka benar-benar ikhlas mahu memartabatkan Islam.
“Apabila Umno sebut tentang hudud, PAS kena sokong jugalah,” katanya lagi yang dipetik dalam laporan itu.
